KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100701

Apa Menteri Pelajaran tak kisah Cikgu tak Senonoh ?


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Insiden guru-guru perempuan menyerbu pentas ketika Mawi sedang beraksi dalam majlis rasmi Perhimpunan Hari Guru pada 26 Jun 2010 di Padang MPS Seremban anjuran Kerajaan Negeri Sembilan adalah merupakan satu insiden yang amat memalukan profession perguruuan. Walaupun ianya hanya nila yang setitik, tetapi ianya merosakkan susu sebelanga.

Walaupun berita ini hanya tersebar dalam internet dan dalam blog-blog, namun sikap Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran yang tidak menjalankan siasatan ke atas insiden ini , memberi persepsi kepada masyarakat umum bahawa adalah tidak mengapa nila setitik yang berwarna BIRU PEKAT tersebut terus merosakkan susu yang berwarna putih dalam belanga yang lain pada masa yang akan datang.

Kementerian Pelajaran harus mengkaji dari semua aspek insiden ini. Adakah selepas ini Kementerian Pelajaran boleh membenarkan mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri menganjurkan perhimpunan hari guru tanpa sebarang garis panduan ?

Apakah Kementerian Pelajaran tidak perlu mengambil sebarang tindakan walaupun sekadar menasihat guru-guru yang secara spontan hilang kawalan seketika apabila melihat Mawi atau artis-artis lain dalam satu majlis rasmi ?

Apakah keutamaan dalam program Kementerian Pelajaran , persembahan kebudayaan dari pihak sekolah, guru dan murid harus diutamakan ?

Apakah persembahan kebudayaan setempat harus diutamakan, dalam contoh di Negeri Sembilan , Bongai, Cak Lempong, Tarian Piring perlu diketengahkan dalam sesuatu majlis rasmi ?

Sikap berdiam diri Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran dalam isu ini akan memberikan 1001 macam persepsi masyarakat lebih-lebih lagi para murid dan pelajar terhadap para guru , para pengarah pelajaran dan para menteri.

Kementerian Pelajaran boleh memulakan siasatan dari gambar-gambar dan berita dari blog-blog berikut :

AURA MAWI MEMBUATKAN RAMAI CIKGU-CIKGU WANITA NEGERI SEMBILAN LUPA SAKIT LUTUT DAN SENDI
http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/aura-mawi-membuatkan-ramai-cikgu-cikgu.html

CIKGU PELUK MAWI DI SEREMBAN
http://warnailahhidupku.blogspot.com/2010/06/cikgu-peluk-mawi-di-seremban.html

WAHAI GURU .. TUNJUKLAH CONTOH YANG BAIK
http://assirkami.blogspot.com/2010/06/wahai-guru-tunjuklah-contoh-yang-baik.html

HARI GURU PERINGKAT N9
http://qistinafilzah.blogspot.com/2010/06/hari-guru-peringkat-n9.html

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010
http://hadfurrayyan.blogspot.com/2010/06/perhimpunan-hari-guru-peringkat-negeri.html

1 ulasan:

siti ika berkata...

ese memang hangin nengok perangai cikgu2 cam ni.. macam tak ingat apo2 dapek jumpo mawi..