KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100730

Saman Ekor tak pakai Topi Keledar, Kah Kah Kah

Ini yang paling lucu yang pernah saya baca dalam blog mengenai saman ekor. Pemilik kereta di saman ekor kerana tidak memakai topi keledar. Tak tahu, betul ke tak dakwaan tersebut. Boleh baca sendiri pada pautan berikut http://bongekensem.blogspot.com/2010/07/saman-ekor-antara-mencari-salah-atau.html

Tolonglah Menteri Dalam Negeri, janganlah buat lawak macam ni. Kata Saman Ekor ni nak mendidik rakyat supaya bersopan santun dan berbudi bahasa di jalanraya, Tapi saya tengok budak-budak bawah umur bebas bawa motosikal tanpa lesen, tanpa topi keledar.

Kata Saman Ekor nak mendidik pengguna jalanraya. Tapi saya tengok banyak , terlalu banyak motosikal tak ada lampu depan, tak ada lampu belakang, waktu malam pula tu. Apa jadi undang-undang dulu motosikal wajib pasang lampu waktu siang ? Juga apa jadi topi keledar dulu wajib ada pemantul cahaya ?

Kata saman ekor nak menjaga pengguna jalan raya, tapi saya lihat banyak terlalu banyak kereta pasang cermin terlalu gelap sampai tak nampak pemandu pakai baju atau tidak.

Entahlah apa nak jadi Malaysia ni. Buatlah apa yang dicakapkan.

Kalau Pak Menteri dan Ketua Polis Negara boleh didik rakyat jangan bagi anak-anak menunggang motosikal tanpa lessn dengan menempatkan polis di setiap taman perumahan, barulah betul.

Ini tak, mendidik melalui saman ekor. Bertahun-tahun pengguna buat salah, barulah dididik dengan saman ekor , cukai jalan tak boleh renew.

Tolong Pak Menteri, tunjukkanlah kebijaksanaan anda.

Mulakan dengan diri sendiri, taman perumahan sendiri, kampong sendiri, tengok berapa ramai anak-anak jiran Pak Menteri dan Pak Ketua Polis bawa motosikal tanpa lesen tanpa topi keledar.

Sudah-sudahlah kita sibuk berbicara mengenai politik. Marilah kita sama-sama membina masyarakat yang berhemah di jalan raya dengan berbudi bahasa. Betul tak Dato Rais Yatim ?

Jangan Marah, Nanti Cepat Tue

Tiada ulasan: