KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100729

Sekolah pelajar hamil, Melaka patut dipuji

Ada beberapa perkara yang saya tertarik dengan Ali Rustam ni walaupun dia bukan parti yang sama dengan yang saya sertai. Mungkin itu sebabnya begitu sukar Pakatan Rakyat , terutamanya PAS dan PKR untuk menang satu kerusi pun di Melaka. Dalam bab seks bebas dan gejala sosial beliau memberikan idea-idea yang tidak bercanggah dengan syarak dan praktikal , cuma perlu pengkajian yang mendalam untuk dilaksanakan.

Beliau tidak mencadangkan pendidikan seks di sekolah. Beliau tidak mencadangkan pemberian kondom percuma. Beliau hanya mencadangkan sekolah khas untuk pelajar terlanjur. Dan sekarang beliau setuju dengan cadangan menggalakkan pelajar kahwin awal yang tak mampu lagi dah kawal nafsu.

Kerajaan Negeri Sembilan senyap saja ke dalam isu ni ? Macamana pula kerajaan Kelantan , Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ? Pahang, Johor dan lain-lain yang ditadbir BN macamana ?

Takkan nak sibuk isu pasir je , isu ketuanan Melayu lah, isu perpaduan Melayu lah. Sedangkan ramai Melayu yang dan terbunting.

Juga baca artikel saya sebelum ini Khutbah Jumaat cerita Sex, banyak Syok di http://waghih.blogspot.com/2010/07/khutbah-jumaat-cerita-sex-banyak-syok.html

*********************

Mstar , Rabu Julai 28, 2010

Melaka Galak Remaja Mampu Supaya Kahwin Awal

MELAKA: Sidang Dewan Undangan Negeri, Rabu, diberitahu, Majlis Agama Islam Melaka (Maim), telah meluluskan dua resolusi iaitu menggalakkan remaja yang berkemampuan berkahwin awal dan membenarkan pelajar mengandung meneruskan persekolahan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, resolusi Maim bertarikh 18 Mei lepas itu adalah satu rumusan untuk mengatasi gejala sosial di kalangan remaja Melayu di negeri itu.

"Ibu bapa perlu menerima hakikat ini, sekiranya kalangan remaja yang mempunyai nafsu luar biasa untuk bernikah, kita kahwinkan dia dan jangan tahan," katanya menjawab soalan Chua Kheng Hua (BN-Bemban) mengenai indeks jenayah di negeri ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Beliau berkata resolusi Maim itu adalah rumusan bengkel sosial untuk menangani gejala sosial di kalangan remaja dan bagi remaja yang ingin berkahwin awal melakukan demikian selepas menjalani sesi kaunseling.

"Ini untuk mengelakkan maksiat kerana cara halal ini (berkahwin) lebih baik daripada melakukan perbuatan haram iaitu seks di luar nikah," katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 112 kes rogol dilaporkan pada tahun lepas dan 40 kes bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini manakala bagi kes buang bayi, satu kes pada tahun lepas dan tiga kes dari Januari hingga Jun tahun ini.

Mohd Ali berkata, kebanyakan kes rogol melibatkan remaja Melayu dan pada awalnya adalah perbuatan "suka sama suka" sebelum ia diketahui oleh ibu bapa gadis yang terlibat dan membuat laporan polis.

Dewan yang bersidang sejak tiga hari lepas ditangguh kepada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/28/mstar_berita/20100728185842&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: