KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111002

Ini baru betul, Judi Tidak Berlesen



Ini baru betul penggunaan istilah judi, iaitu judi tidak berlesen, bukannya judi haram, kerana judi sememangnya haram. Harap selepas ini semua media menggunakan istilah judi tidak berlesen, tidak menggunakan judi haram. Sebab kalau menggunakan istilah judi haram, maknanya adalah judi halal.

Ahad Oktober 2, 2011
Polis Pahang Tahan 10 Orang, Rampas RM400 Ribu Dalam Ops Dadu

KUANTAN: Polis Pahang menahan 10 orang dan merampas wang tunai RM40,000 dalam Ops Dadu bagi membanteras aktiviti perjudian nombor ekor tidak berlesen, di sini, Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata operasi membabitkan pemeriksaan di lapan kawasan di sekitar bandar ini.

Hasil operasi itu, polis menahan empat wanita dan enam lelaki berusia antara 40 dan 60 tahun, dan mereka dipercayai ejen nombor ekor tidak berlesen yang beroperasi di rumah persendirian, katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu menerusi faksmili, telefon bimbit dan komputer, katanya.

Beliau berkata operasi selama sejam setengah sehingga 7 petang itu membabitkan lapan pegawai dan 26 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari lepas sehingga kini, polis melakukan 163 serbuan membabitkan kegiatan mesin perjudian tidak berlesen di seluruh negeri.

Daripada serbuan itu, seramai 732 individu membabitkan pelanggan dan operator mesin perjudian ditangkap manakala 1,749 unit komputer dirampas, katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/10/2/mstar_jenayah/20111002135012&sec=mstar_jenayah

Tiada ulasan: