KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120404

Lagi pelajar maut disambar petir, kementerian perlu bertindak



Memanglah ajal maut itu adalah ketentuan Allah. Akan tetapi kita sebagai manusia tidak seharusnya sengaja menempah maut. Kesedaran masyarakat dan pelajar kita mengenai bahaya petir masih amat rendah. Diburukkan lagi dengan fakta yang menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang menerima panahan petir yang tertinggi di dunia.

Fakta Malaysia antara negara yang menerima panahan petir yang tertinggi di dunia di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Pelajar maut disambar petir
3 April 2012

SERDANG - Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.

“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pelajar-maut-disambar-petir-1.37288

Tiada ulasan: