KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120423

Masjid yang mati di Chembong, Negeri Sembilan


Pada hari Ahad 22 April 2012 dalam perjalanan balik ke Seremban ketika terdengar azan zuhur berkumandang di corong radio kereta, saya pun mengambil keputusan untuk solat zuhur di Masjid Kariah Bt 17 Chembong. Sesampai saya di perkarangan masjid, azan sedang berkumandang.

Masjid Kariah Bt 17 ini , betul-betul terletak di tepi jalan utama Seremban - Tampin, di kelilingi Sekolah Menengah Dato Sedia Raja, Sekolah Menengah Teknik, beberapa kampung dan taman perumahan berhampiran. Ianya bukan terletak jauh dari jalan utama, atau jauh dari penempatan orang ramai.

Selesai berwuduk, saya pun masuk ke ruang solat. Di dapati di dalam masjid hanya ada saya dan tukang azan. Saya tak pasti yang tukang azan ialah Nazir, Imam, Bilal, Siak, AJK Masjid atau ahli kariah masjid. Kemudian datang seorang lagi yang saya kira juga sedang bermusafir atau sedang dalam perjalanan seperti saya.

Selesai solat sunat , tukang azan tadi toleh ke  belakang, seolah-olah beri isyarat untuk solat jemaah zuhur. Lalu saya pun ke saf hadapan dan qamat. Imam yang tukang azan tadi, makmumnya saya dan seorang lagi tadi.

Inilah hakikat masjid-masjid di Negeri Sembilan ini, masjidnya banyak yang mati. Ini adalah merupakan satu malapetaka besar terhadap umat Islam di Negeri Sembilan yang setiap kita perlu memainkan peranan untuk menghidupkan masjid-masjid ini.

Nazir ada peranannya, imam ada perananannya, bilal ada peranannya, ahli kariah ada peranannya, Mufti ada peranannya, Pengarah Jabatan Agama Islam ada peranannya, Wakil Rakyat ada peranannya, Menteri Besar ada peranannya.

Semua mereka ini akan ditanya di akhirat nanti apa peranan mereka masing-masing apabila masjid-masjid ini mati daripada menjalankan fungsi utama sebuah masjid, iaitu solat berjemaah 5 waktu tiap hari.

Sebelum ini juga saya ada menulis artikel bertajuk “Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Tiada ulasan: