Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa dari Rembau ada seorang ulama yang amat tersohor bukan sahaja di Rembau tapi di Siak. Beliau ialah Tuan Lebai Aris bin Ahmad (1905 – 1947), dari Kg Nerasau, Penajis, Rembau. Begitu besar jasa Lebai Aris kepada Sultan Siak, kerajaan Siak dan rakyat Siak, beliau telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Sultan Siak dan dianugerah tanah seluas 500 ekar.
Saya
dikhabarkan juga Lebai Aris adalah merupakan datuk saudara kepada seorang ulama
muda dari Rembau yang terkenal di negara kita pada ketika ini.
Perbilangan
yang berbunyi, “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau”
mempunyai maksud yang mendalam dari segi sejarah.
Dikhabarkan
juga loghat orang Siak adalah mirip loghat orang Negeri Sembilan. Sedangkan
loghat orang Minang adalah jauh berbeza dari loghat orang Negeri Sembilan.
Untuk
mengikuti kisah lanjut mengenai Lebai Aris terdapat di http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00744.pdf
TUTUR KATA ORANG
SIAK MIRIP ORANG NOGORI
Sekali lagi saya
teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya Zainal
Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang di
Negeri Sembilan.
Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang
hubungan Siak dengan Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan
satu petikan dari sebuah buku, “ Raja
Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan menetap di Penajis dengan
gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari Sultan Johor pada kurun
ke-17. Maka adalah perbilangan yang
berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”
Nurhalim
berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud orang-orang di Negeri Sembilan,
khususnya Rembau kebanyakannya mempunyai
hubungan keluarga dengan orang Siak. Ada pertalian darah.
Lenggok intonasi
pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi lenggok intonasi
pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak.
3 ulasan:
Sapo namo ulama mudo dari rombau tuh??
Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
nk jemput dato fuad ceramah masjid padang sebang...mohon bantuan
Catat Ulasan