Tak pernah
saya tengok Masjid Negeri di Seremban ramai yang hadir dalam apa jua program
sebelum ini seperti apa yang berlaku pada hari Ahad 22 April 2012. Penuh
sesak Masjid Negeri, orang ramai hadir, yang tua, yang muda, yang kanak-kanak,
yang wanita, ingin mendengar nasihat dan menatap wajah Sheikh Habib Umar, ulama
dari Yaman yang merupakan keturunan ke 39 daripada baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Saya terpaksa letak kereta di luar sebuah gereja tengah
bandar Seremban, kerana tempat letak kereta berhampiran Masjid Negeri penuh
sesak, termasuk yang atas bahu jalan.
Ribuan yang
hadir ini datang secara sukarela. Mereka tak perlu disediakan bas, tak perlu
disediakan t-shirt, tak perlu disediakan wang saku, tak perlu disediakan makan
minum, tak perlu ada artis terkenal, tapi mereka tetap datang. Ada yang saya
tengok plet kenderaan dari Singapura pun ada. Kalaulah pemimpin kita boleh buat
perhimpunan sebegini untuk memberi kesedaran kepada umat agar kembali taat
kepada Allah dan Rasulnya dalam amalan seharian alangkah baiknya.
Pada siang
harinya sebelum program bermula, cuaca di Seremban begitu panas terik sekali,
bahangnya terasa sampai ke lewat petang.
Tapi
apabila saya berada di anjung masjid ( tak dapat masuk, dalam masjid dah penuh
sesak) , suasana nyaman, tidak panas, tidak sejuk, hujan turun setitik dua,
membasahi jalan tetapi tidak membasahi rambut.
Semoga
dengan kedatangan Habib Umar akan membuka lembaran baru di Negeri Sembilan dan
memberi keinsafan kepada semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan