KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141112

Bantuan baiki motosikal keluarga penoreh getah miskin lagi daif



Baru-baru ini pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) telah membantu satu keluarga penoreh getah yang miskin lagi daif di Rembau hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. Kejatuhan harga getah telah menambah lagi kesempitan hidup keluarga ini.

Mereka tidak pun meminta-minta untuk dibantu. Kebetulan pihak kami sedang mencari keluarga yang daif. Anak-anak mereka bertahun-tahun belajar dalam keadaan rabun kerana tidak mampu membeli cermin mata. Rumah mereka jauh masuk ke dalam. Mereka hanya ada satu motosikal lama lagi uzur. Motosikal inilah digunakan sebagai satu-satunya pengangkutan keluarga. Lima orang anak mereka dihantar bergilir-gilir menggunakan motosikal yang uzur ini. Sekolah anak-anak mereka terletak lebih kurang 7 kilometer dari rumah.

AJK YAMNS, Sdr Izamri Med telah membantu untuk menghantar motosikal yang uzur ini untuk dibaiki pada kos sekitar RM300 dan menjelaskan semua hutang-hutang sekitar RM1000, termasuk yuran PIBG dan duit rombongan sekolah anak. Semua ini hasil sumbangan orang ramai.

Rata-rata mereka yang miskin tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan motosikal dan tidak mampu juga untuk mendapatkan lesen memandu atau memperbaharui lesen memandu.

Pihak JPJ dan PDRM yang kenal keluarga yang miskin dan daif seperti ini biasanya mereka tidak akan saman.

Andaikata ada lagi keluarga miskin dan daif seperti ini sekitar Negeri Sembilan harap maklumkan kepada kami, agar kami dapat usahakan apa yang termampu. Termasuk juga berbincang dengan pihak JPJ dan PDRM agar hubungan masyarakat antara keluarga miskin dengan pihak berkuasa lebih akrab.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
12 Nov 2014

Tiada ulasan: