Mengendalikan beberapa kes keluarga
yang kesempitan, keluarga kesusahan akhir-akhir ini, dan kes ini
semakin bertambah hari demi hari dengan kos sara hidup yang semakin
meningkat, pihak kami merayu kepada semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
seluruh Malaysia dan Kementerian Pendidikan agar mengecualikan Yuran
PIBG kepada para pelajar dari golongan miskin ini terutamanya
keluarga yang ada menerima bantuan JKM atau Baitul Mal, atau dalam
proses memohon bantuan JKM atau Baitul Mal.
Ada kes yang pihak kami kendalikan para
pelajar ini amat miskin hinggakan tidak mampu membeli cermin mata,
mereka terpaksa meminjam dan menyalin nota dari rakan sekelas mereka
selama bertahun-tahun. Ada pula yang keluarga mereka makan sehari
sekali, itu pun sekadar mengalas perut. Ada pelajar yang malu untuk
hadir ke kelas akibat kemiskinan dan sebagainya.
Dan lebih menyedihkan lagi ialah
apabila ada keluarga Islam ini memohon bantuan daripada pihak gereja
dan sebagainya.
Ada banyak cara lain pihak PIBG atau
pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan untuk menjana dana. Alumni
setiap sekolah haruslah lebih memainkan peranan untuk membantu bekas
sekolah mereka apatah lagi terdapat ramai bekas-bekas pelajar yang
telah berjaya.
Sekali lagi pihak kami merayu agar
golongan keluarga miskin dan kesempitan ini dikecualikan daripada
membayar yuran PIBG atau yuran khas dan sebagainya.
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
E-mel : rozmal@yahoo.com
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
27 Nov 2014
4 ulasan:
Saya tanya bangla kenapa dtg Malaysia?
Jawabnya sini senang cari duit
Saya tanya Indon kenapa dtg Malaysia?
Dia jawab " Itu kwn2 bilang di Malisia wang nya kayak rumput. Bisa asal nyabit tepi2 jalan udah boleh kayak punya wang."
Tapi kok kita di Malaysia masih ada yg sampai nak pergi sekolah pun malu? Kok malu nak kerja pak?
Kalau malu kerja jangan malu miskin dong!!
Ngak gitu?
Terima kasih admin kerana membangkitkan isu ini dan saya pada dasarnya setuju golongan yang susah ini dikecualikan daripada membayar yuran PIBG..
Harus diingat bahawa PIBG adalah persatuan yang dianggotai oleh ibu bapa dan guru. Usul tersebut perlu dibangkitkan dalam mesyuarat agung PIBG dan dipersetujui oleh mesyuarat. Masalahnya ada di kalangan ibu bapa yang susah sangat nak hadir mesyuarat itu. Pihak sekolah menyediakan jamuan dan cabutan bertuah untuk meramaikan kehadiran tetapi selalu tidak mencapai sasaran.
Semua masalah boleh dibincang tapi kena hadir. Kalau malu nak berjumpa dengan guru besar atau pengetua, ibu bapa boleh berjumpa dengan pengerusi.
Aduh.. Hina sungguh si miskin..nak disamakan dengan pendatang..hati2 dengan doa mereka..pendatang tak alami kos sara hidup bawah kerajaan Be End yang serba-serbi meningkat..tak bawa anak bini ke sini...wajarkah nak disamakan dengan penoreh getah, petani dan warga sendiri??
TN 3.59
Saya berpendapat TN12.11 tidak bertujuan untuk menghina sesiapa, cuma beliau menyarankan agar rakyat kita cuba berusaha sedaya upaya dan jangan memilih pekerjaan. Yang pentingnya dapatkan rezeki yang halal dan terus berusaha.
Catat Ulasan