Terkejut bila rakan kerja saya yang bukan Islam tanya saya
adakah saya tahu bahawa di Seremban terdapat banyak pusat hiburan yang
menyediakan pelacur yang dilanggani oleh orang Islam. Dia kata ini semua mendatangkan
masalah sosial, masalah penyakit, lelaki Islam menghabiskan duit dan masa untuk
melanggani pelacur dan minum arak.
Dia tanya kenapa tiada tindakan pihak berkuasa? Saya kata
memang ada tindakan pihak berkuasa, tetapi mereka tidak boleh hendak mengawasi
setiap pusat hiburan pada setiap masa. Serbu di satu tempat, mereka buka di
tempat lain.
Saya kata kekurangan anggota penguatkuasa dan kuasa juga
adalah antara kenapa masalah ini berlarutan. Juga masalah umat Islam sendiri
yang kurang mendalami agama yang melanggani pelacur ini.
Rakan sekerja saya yang bukan Islam ini amat risau masalah
gejala sosial ini dan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan mencegah
maksiat, boleh ke?
Kalaulah lebih ramai orang Islam mempunyai risau seperti rakan
sekerja saya yang bukan Islam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan