Ini satu kisah dari terlalu banyak
kisah pelajar di IPT dari keluarga yang susah, mengikat perut untuk
meneruskan harapan keluarga dan survival diri. Cuba bayangkan
pendapatan keluarga tersebut tidak sampai RM 1200 sebulan, mempunyai
seorang anak di IPT dan beberapa anak di sekolah menengah dan sekolah
rendah. Anak yang di IPT tidak mendapat pinjaman PTPTN kerana
permohonan ditolak atas alasan teknikal.
Pinjaman dari beberapa agensi kerajaan
pula tidak layak kerana pengajian hanya di peringkat diploma di IPT.
Semakin hari, ada saja pihak kami
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kisah
sebegini. Ada yang terus mengikat perut, ada yang putus harapan
memberhentikan pengajian, ada yang diperdaya untuk membuat pinjaman
along, ada pelajar yang membuat kerja sampingan dan seterusnya.
Pihak kami tidak mempunyai dana yang
tetap untuk membantu kes sebegini, hanya mengharapkan sumbangan orang
ramai.
Mereka yang ingin menghulurkan
sumbangan kepada para pelajar di IPT dari keluarga yang susah
bolehlah menghubungi saya.
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
10 Nov 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan