KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141115

Rumah pun dicuri, asalkan boleh dapat duit


Mereka yang ada rumah di kampung harap tinggalkan nombor telefon kepada jiran, agar jiran boleh hubungi sekiranya ada aktiviti mencurigakan sekiranya rumah lama ditinggalkan. Saya sedang berusaha mengumpul sukarelawan kampung khususnya di Rembau untuk menjaga rumah-rumah yang banyak ditinggalkan yang boleh menjadi sasaran pencuri untuk dijual sebagai besi buruk, kayu terpakai dan sebagainya.

Masalahnya, susah nak cari sukarelawan kerana kebanyakan mereka kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Namun kepada mereka yang mampu untuk membayar atau mengupah orang menjaga rumah kampung ini eloklah di bayar kepada ramai orang kampung yang memerlukan duit sekarang ini di saat harga getah begitu rendah dan harga barangan keperluan harian semakin tinggi.

Kepada mereka yang ingin menjadi sukarelawan kampung di Rembau sila hubungi saya 012-2267406.

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
15 Nov 2014

Rumah pusaka hanya tinggal tangga batu
15 November 2014

REMBAU – Seorang anak terkejut apabila rumah pusaka berusia 100 tahun milik ibunya, Asmah Abdul Latip, 73, di Kampung Batu 17, Chembong, dekat sini kini tinggal tangga batu serta sisa-sisa kayu sahaja.

Mangsa, Haziman Shah Abu Hassan, 55, berkata, dia terkejut apabila jirannya, Rokiah Maulud, 40-an, menghubunginya bagi meminta kebenaran mengambil kayu-kayu dari rumah pusaka berkenaan.

Kata Haziman, jirannya memaklumkan kepadanya terdapat pekerja dipercayai warga Indonesia melakukan kerja-kerja merobohkan rumah pusaka terbabit, sejak Isnin lalu.

"Saya yang menetap di Seremban terus datang ke sini untuk melihat keadaan rumah. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati hanya tangga batu sahaja yang tinggal bersama sisa-sisa kayu.

"Sebelum ini rumah pusaka ini pernah dipecah masuk dan barang-barang di dalamnya dicuri. Yang tinggal hanyalah ukiran-ukiran kayu tradisional,” katanya ketika ditemui, semalam.

Haziman berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Chembong, kelmarin

"Saya sangat sedih kerana rumah inilah yang menyimpan segala memori buat kami enam beradik. Semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja.

“Sebelum ini, pernah berlaku kes seperti ini, tetapi saya tidak sangka ia berlaku pada diri saya sendiri.

Tiada ulasan: