KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141116

Yayasan Amal komited untuk membantu mereka yang memerlukan


Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan adalah merupakan pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang berdaftar. Pihak kami terdiri dari sukarelawan. Sukarelawan kami terdiri dari mereka yang bekerja sepenuh masa pada hari dan waktu bekerja di pelbagai sektor industri, agensi kerajaan dan swasta. Kerja-kerja amal yang dilakukan adalah selepas waktu bekerja samada pada sebelah malam atau pada cuti hujung minggu dan sebagainya.

Saya sendiri bekerja di sektor perkilangan.

Kami tidak mempunyai sumber dana yang tetap, dana yang diperolehi adalah daripada sumbangan ahli dan orang ramai.

Oleh itu kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai.
Alhamdulillah, Allah izinkan kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan menangani beberapa kes pada tahun ini, hanya melalui kehendak Allah semata-mata dengan sokongan doa dan sumbangan orang ramai.

Antaranya :
1. Kes pelajar cemerlang tak cukup wang daftar masuk IPTA di Johor
2. Kes pelajar IPTA yang ditahan sijil kerana tak mampu bayar yuran tertunggak IPTA di KL
3. Kes remaja hamil luar nikah
4. Kes ibu tunggal dengan tunggakan sewa yang tinggi di perumahan awam DBKL
5. Bantuan pelajar madrasah, sekolah pondok yang susah mempunyai tunggakan yuran
6. Bantuan kempen sumbangan untuk pembangunan sekolah tahfiz
7. Bantuan kempen sumbangan program di surau rumah pangsa kos rendah
8. Sumbangan laptop terpakai untuk pelajar IPT dari keluarga susah
9. Program waqaf buku belajar solat untuk golongan mualaf
10. Bengkel temuduga untuk graduan, percuma untuk graduan dari keluarga susah

Saban hari semakin ramai yang mengadu nasib kepada pihak kami, terutama mereka yang kesempitan dan menghadapi masalah kewangan.

Sumbangan untuk bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
16 Nov 2014

Tiada ulasan: