KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150112

Rumah siap, kemudahan tiada



Mungkin kos pembinaan rumah ini RM20,000 yang pada pandangan saya adalah murah maka bekalan elektrik dan air tidak dapat disediakan. Oleh itu peranan masyarakat setempat untuk membantu. Harap sahabat di Kuala Pilah dapat kumpul maklumat berapa kos diperlukan untuk pasang air dan elektrik. InsyaAllah sama-sama kita bantu.


Rumah siap, kemudahan tiada
12 Januari 2015

KUALA PILAH - Seorang penerima bantuan sebuah rumah menerusi sistem e-Kasih melahirkan rasa gembira apabila akhirnya mendapat tempat berteduh sejak sekian lama tinggal di rumah usang di Kampung Ulu Pilah.

Bagaimanapun, kegembiraan itu terhenti apabila rumah yang bakal didiami oleh Mohd Nor Sam Mohd Yatim, 59, tidak ada bekalan elektrik dan air.

“Rumah yang memiliki sebuah bilik, sebuah dapur dan tandas cukup selesa buat pakcik kerana pakcik pun tinggal seorang sahaja. Tetapi pakcik agak terkilan kerana rumah ini tidak disediakan bekalan air dan elektrik.

“Pakcik tiada niat untuk membuat aduan tentang hal ini, tetapi bila tiada elektrik dan air, serupa juga pakcik tinggal di rumah yang lama itu. Pakcik tiada pendapatan tetap, hanya bekerja kampung. Tidak mampu untuk memasang bekalan elektrik dan air,” katanya rumah itu juga tidak memiliki longkang.

Tambah Mohd Nor, kini, dia hanya memandang sahaja rumah yang telah siap bulan Disember lalu dan kini masih tinggal lagi di rumah usangnya itu.

“Kalau pakcik tinggal di rumah baharu ini pun sama juga, tiada apa-apa kemudahan. Pakcik masih lagi menadah air hujan untuk dijadikan bekalan air dan ditemani lilin setiap hari.

“Rumah baharu ini, agak panas berbanding rumah kayu pakcik ini. Bagaimanapun,  pakcik gembira ada sudi membantu dan sangat berterima kasih di atas sumbangan  ini," katanya.

Mohd Nor Sam turut menjelaskan peruntukan bantuan rumah itu bernilai RM20,000 selepas ia mendapat maklumat daripada pihak kontraktor yang dilantik.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/rumah-siap-kemudahan-tiada-1.349781

Tiada ulasan: