KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120229

Sebelum nak hunus keris atau bertakbir dengar pesan orang Korea



Kepada anak muda yang berdarah muda, yang terikut-ikutkan dengan slogan Hidup Melayu, Hunus Keris dan slogan Takbir , tolong baca apa pesan orang Korea mengenai jati diri orang Melayu. Juga kepada anak muda yang minat sangat cerita Korea sekarang ini, baca apa orang Korea ini kata mengenai orang Melayu.

Tolong baca sampai habis adakah pemimpin atasan, Presiden parti, Menteri Besar kita dan lain-lain pimpinan Melayu dan Islam cakap serupa bikin.

(Menurutnya, di Korea, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri mereka. Beliau berharap rakyat di negara ini mempelajari tulisan jawi agar khazanah kebudayaan nasional itu tidak terus ditelan arus pemodenan.)

JAWI BAWA KYOUNG SEOK KE MALAYSIA DALAMI JAWI
29 Feb 2012

SEJAK bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) empat tahun lalu, Prof. Dr. Kang Kyoung Seok mengakui beliau begitu berminat untuk mempelajari tulisan jawi.

Menurut Kyoung Seok, 57, beliau banyak mendengar pelbagai cerita tentang keunikan tulisan jawi daripada salah salah seorang pensyarahnya di Universiti Hankook, Korea Selatan.

Pada masa itu, beliau mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang bahasa Melayu dan Indonesia di universiti berkenaan pada tahun 1974.

Namun, apa yang meruntun jiwanya apabila pensyarah terbabit tidak mengetahui mengenai tulisan jawi secara mendalam.

Malah pada masa itu, beliau juga tidak boleh mencari maklumat mengenai tulisan tersebut memandangkan di negaranya tiada bahan rujukan mengenai tulisan jawi.

Namun, rasa ingin tahu itu tidak terhenti di situ sahaja. Pada tahun 1982 beliau bertemu seorang pendakwah, Abdul Ghani dari Thailand di Pusan.

Anak jati Seoul, Korea ini mula mengenali huruf-huruf jawi dengan bantuan Abdul Ghani. Pada tahun 1984 beliau membuat keputusan berhijrah ke Malaysia untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Bahkan Kyoung Seok tahu, tulisan jawi merupakan seni penulisan yang berakar umbi di negara ini.

"Bukan mudah untuk saya masuk ke sini (Malaysia) kerana saya telah memohon beberapa kali untuk melanjutkan pengajian sehinggalah suatu hari itu saya menggunakan tulisan jawi untuk membuat permohonan itu.

"Seingat saya, sebelum ini semua surat permohonan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi saya kecewa kerana tidak menerima sebarang jawapan sehinggalah suatu hari itu terlintas di fikiran untuk menulisnya menggunakan tulisan jawi," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Tanpa diduga, dalam beberapa hari sahaja beliau menerima jawapan daripada kerajaan Malaysia. Bapa kepada dua anak ini memberitahu, beliau terkejut apabila membaca isi kandungan surat terbabit kerana kerajaan negara ini memberinya peluang untuk ke sini.

Sepanjang pertemuan dengan lelaki separuh abad yang beruban dan berkaca mata itu, semangatnya tentang tulisan jawi cukup membara. Buktinya, di atas meja beliau penuh dengan bahan-bahan kajian mengenai tulisan jawi. Penampilannya juga sedikit berbeza. Kemeja putih lengan panjang yang dipakainya dipadankan dengan skaf di leher seakan-akan tali leher.

Temu bual yang berlangsung selama hampir dua jam di UPSI itu, jelas mempamerkan keramahan dan kepakarannya dalam tulisan jawi.

Kyoung Seok menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah Sarjana yang kedua dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1987. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh doktor falsafah dari universiti yang sama.

Menyentuh mengenai kajiannya, Kyoung Seok memberitahu, beliau pernah menjalankan beberapa kajian mengenai sistem tulisan jawi, transliterasi manuskrip jawi, seni khat Jawi, pengajaran bahasa Korea dengan tulisan jawi, pola ayat bahasa Melayu-Indonesia, dan Batu Bersurat Terengganu.

Setakat ini, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang bertajuk, Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu, Bahasa Melayu Dalam Empat Minggu, Malay Tulisan Jawi, Bahasa Indonesia-Malaysia patternzip, dan Gaya Bahasa Sejarah Melayu.

Ghairah berbicara mengenai kajian dan buku tulisan jawi, beliau mengakui tulisan tersebut mempunyai satu tarikan dan keunikan istimewa terutama dalam al-Quran.

"Saya acap kali tertanya-tanya bagaimana tulisan jawi dalam al-Quran boleh menghasilkan kaedah bacaan dalam pelbagai intonasi yang berbeza,"akuinya setiap kali mendengar bacaan al-Quran beliau berasa tenang.

Dalam keghairahan beliau menceritakan keunikan tulisan estetik itu, secara tiba-tiba nada percakapannya bertukar sayu ketika dilemparkan soalan nasib tulisan itu di negara ini.

Beliau menyuarakan kekesalan terhadap sikap golongan muda yang tidak endah dengan tulisan jawi.

Kyoung Seok berpendapat, jika keadaan itu berterusan, tulisan jawi bermungkinan terkubur suatu hari nanti. Lagipun, ramai pakar jawi yang dikenalinya telah bersara.

Justeru, beliau berharap pihak media, kerajaan termasuk Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi terus terpelihara.

Menurut Kyoung Seok, sejak kebelakangan ini nilai tulisan jawi yang berteraskan al-Quran tidak dijulang dan usaha-usaha yang dilakukan dilihat kurang berjaya.

Menurutnya, di Korea, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri mereka. Beliau berharap rakyat di negara ini mempelajari tulisan jawi agar khazanah kebudayaan nasional itu tidak terus ditelan arus pemodenan.

"Khazanah ini perlu diangkat semula kerana ia sebahagian daripada warisan sejarah Melayu. Sudah tiba masanya, pelbagai langkah perlu diambil supaya generasi muda tidak melupakan asal usul yang membentuk jati diri orang Melayu,"ujarnya.

Sehubungan itu, Kyoung Seok mencadangkan supaya sistem ejaan jawi yang digunakan sekarang perlu diganti kepada sistem ejaan jawi Za'ba kerana ia ringkas dan mudah dipelajari.

Malah, jika rakyat Malaysia mempelajari ejaan jawi Za'ba, mereka lebih mudah memahami sistem ejaan jawi yang lebih kuno sekali gus boleh memahami manuskrip jawi berusia ratusan tahun memandangkan ejaan jawi Za'ba menggunakan asas yang sama dengan tulisan jawi kuno yang berasal daripada tulisan al-Quran," ujarnya yang kini sibuk menyiapkan sebuah kamus mengenai langkah perkembangan tulisan jawi. Kamus itu dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0229&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Kuliah Ustaz Dato Arshad 2 Mac 2012 Senawang



KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Semua Guru Besar di Malaysia perlu diuji sakit mental



Statistik yang menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit mental adalah merupakan satu angka yang amat membimbangkan. Ini bermakna hampir 3.5 juta rakyat kita menghadapi masalah mental. Pelajar seawal usia 12 tahun telah dikesan menghadapi masalah mental. Ujian kesihatan mental di sekolah seharusnya dilakukan terhadap Guru Besar terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke pelajar sekolah.

12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL
3 Feb. 2012
SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

GURU BESAR CEDERA DISERANG GURU LELAKI
Selasa Februari 28, 2012
GEORGE TOWN: Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi.

GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH
Jumaat Februari 24, 2012
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

KERJA HARI SABTU PUNCA GURU MARAH - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

RAMAI GURU SAKIT JIWA
22 Mac 2009
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

KADAR STRES PELAJAR SEKOLAH, TINGGI
October 6, 2011
PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai ‘tinggi’. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali ‘Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah’ itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

HEALTHY MIND SCREENING FOR ALL SCHOOLS
Saturday February 25, 2012
KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.

UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH
2011/02/03
PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA
Berita Harian 20 Jan 2011
KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU
Utusan Malaysia 2 Mac 2011
KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.

PENSYARAH PERGURUAN MENGADU PENAT, LETIH KERJA
Utusan Malaysia 26 April 2010
PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008.

20120228

Presiden PAS kata mereka datang bukan tanam kelapa





Pada 19 Feb 2012 yang lalu Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang telah berucap dalam satu ceramah di Kg Batu, Rembau. Tertarik dengan ceramah Dato Seri kali ini kerana agak berlainan dari yang sebelumnya. Dato Seri menceritakan mengenai sejarah Rembau dan kaitannya dengan kerajaan Islam Melaka pada ketika itu.

Agak terperinci ulasan serta kupasan yang diberikan oleh Dato Seri pada malam tersebut. Secara ringkasnya kedatangan orang Islam Minangkabau dari Sumatera ke Rembau adalah untuk membantu kerajaan Islam Melaka menghadapi serangan tentera penceroboh, iaitu tentera Portugis pada ketika itu. Dengan nada bersahaja atau berseloroh Dato Seri berkata orang Minangkabau datang dari jauh bukan untuk tanam kelapa.

Memang sebelum ini saya ada membaca artikel mengenai tentera serta pahlawan dari Rembau yang banyak membantu kerajaan Melaka dari serangan tentera Portugis dan selepas itu serangan dari Belanda. Tapi tidak terdapat tulisan yang memperkukuhkan pendapat ini. Buku teks sekolah rendah dan menengah, tak perlu cakaplah, memang tak ada disebut peranan orang Rembau membantu mempertahankan kerajaan Islam Melaka.

Akan tetapi akhbar The Straits Times Singapore bertarikh 18 November 1933 (betul 1933) ada menyebut mengenai kekuatan kerajaan Rembau ketika itu.

Akhbar tersebut menyebut : “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day”.

Maksud petikan akhbar di atas : “Portugis dan Belanda menyatakan bahawa negeri Rembau (negeri , bukan daerah) adalah merupakan kuasa utama untuk bahagian pedalaman Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali bertempur dengan “pemberontak Minangkabau ini”. Kubur seorang askar Portugis yang terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda sempadan antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.

Bangsa yang kuat, ialah bangsa yang belajar dari sejarah.

Sumber petikan akhbar The Straits Times Singapore di http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19331118.2.106.aspx

20120227

Kuliah Tuan Guru Tajuddin Jali 2 Mac 2012 di Senawang


KULIAH AGAMA

Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak

Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat

Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib

Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kisah Kg Penajis di Negeri Sembilan



Negeri Sembilan terkenal dengan keunikan Adat Perpatih dan sistem pemerintahannya yang mempunyai sejarah dari Minangkabau.

Setiap nama tempat di Negeri Sembilan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Raja Melewar telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 di satu tempat di Rembau.

Tempat tersebut ketika ini ejaannya ialah Penajis yang sedikit sebanyak memberi gambaran yang berlainan akan maksud asal tempat tersebut.

Pada awaknya, ejaan asal Penajis ialah Penajeh. Kenapa dan bila ianya ditukar ke Penajis, tidak diketahui.

Penajeh pula berasal dari perkataan Tajeh. Dalam bahasa Sanskrit Tajeh bermaksud mahkota.

Oleh itu Penajeh bermaksud dimahkotakan atau ditabalkan.

Adakah pihak yang bertanggungjawab serta yang ada kuasa akan mengambil inisiatif memperbetulkan ejaan Penajis ke Penajeh kerana dua perkataan ini memberi erti yang jauh berbeza. Satu memberi maksud martabat serta penghormatan yang tinggi, satu lagi …..

Siapa nak hadiahkan basikal untuk pelajar Madrasah ini?



Dari Blog TAYT :

BASIKAL LAMA BASIKAL BARU - DIPERLUKAN SEGERA!

Assalamualaikum, Sekiranya sahabat-sahabat sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan kawasan berdekatan mempunyai basikal lama yang masih baik dan boleh digunakan (atau basikal baru) untuk disedekahkan kepada 43 pelajar Madrasah At-Taqwa, Kg Punggor, Alor Gajah, Melaka.

Mereka memerlukan basikal untuk beriadah.

Semua pelajar ini terdiri daripada pelajar miskin dari Kedah, Kuantan yang belajar di Madrasah yang terletak di Melaka.

Insya-Allah akan dikumpulkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi dan akan dihantar melalui van/lori ke Madrasah tersebut semasa cuti sekolah nanti.

Keperluan sekitar 15-20 buah basikal.

Basikal yang sesuai untuk pelajar berumur 10 tahun ke atas.

Sekian.

Yang mewakili hasrat hati anak-anak ini...
MAHAWA BINTI PILUS - 016-3283909
(Pengasas Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin - TAYT)
http://tabungtampin.blogspot.com/2012/02/basikal-lama-basikal-baru-diperlukan.html

20120226

Banyak harta karun di dasar sungai, laut N.Sembilan


Seorang sahabat saya pernah menceritakan kepada saya , bahawa seorang ulama Negeri Sembilan pernah menceritakan kepadanya jika pemerintahan yang adil dan amanah menurut Islam berjalan di Negeri Sembilan maka akan timbul hasil mahsul dari perut laut dan muka bumi. Jika kenyataan tersebut datang dari mulut ulama tersebut memang saya percaya dan yakin.

Berita di bawah ini membenarkan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut. Satu keluarga di Melaka telah menemui satu artifak lama dari dalam ikan yang hendak di makan mereka. Artifak tersebut diguna oleh tentera Portugis pada kurun ke 16 ketika mereka menyerang Melaka. Siasatan lanjut mendapat artifak tersebut wujud sejak kurun ke 13 lagi. Keluarga tersebut menganggap artifak tersebut adalah anugerah dan rahmat dari Tuhan mereka.


Negeri Sembilan wujud sejak zaman kerajaan Rembau lebih 600 tahun yang lalu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Islam Melaka. Laluan Sg Linggi, Sg Rembau, Sg Penajeh adalah laluan utama pedagang Sumatera, pedagang Arab dan pedagang China. Sudah pasti banyak harta karun di sepanjang sungai tersebut.

Apakan daya kita tidak banyak menyimpan manuskrip lama tulisan jawi akan apa sebenarnya yang berlaku di Negeri Sembilan sejak 600 tahun yang lalu. Yang menyimpan dan mengkaji manuskrip tersebut ialah bangsa bukan Melayu.

Woman finds ancient artifact in baby shark

February 22, 2012

MALACCA: A baby shark being prepared for lunch gave a family here a big surprise - an ancient artifact believed to be dated long before the Portuguese conquest of Malacca.

Housewife Suseela Menon, from Klebang, made the priceless discovery while filleting the fish for lunch.

It is believed to be a medallion worn by the Portuguese soldiers, presumably as a divine protection, during their conquests in this part of the world in the 16th century.

One side of the medallion is a profile of a woman's head with a crown and encircled by a halo and an inscription that is unclear.

Checks with a local historian revealed the head engraving could be that of Queen Elizabeth, the consort of King Denis I of Portugal during his reign from 1271 to 1336.

Suseela said she immediately cleaned the medallion and preserved it in a box.

“I bought two sharks from the wet market and was taken aback upon discovering the object inside the stomach of one of the fishes,” said the 47-year-old mother-of-two at her home yesterday.

Suseela had wanted to prepare shark curry for her husband.

“Finally, my husband decided not to eat the fish as the object seems to be a religious item,” she said.

The medallion is 7.4cm long, 6cm wide and weighs 10g.

“My husband feels it is a blessing for the family to have the medallion coming to our home from beneath the sea. We will always cherish it,” said Suseela.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/22/nation/10773938&sec=nation

AMARAN, Makin ramai guru dan pelajar di Malaysia sakit mental, stres


Nampaknya tiada langkah konkrit yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah sakit mental dan stres di kalangan para guru dan pelajar di Malaysia walaupun telah disahkan melalui statistik kadarnya meningkat saban tahun. Menteri Pelajarannya sibuk dengan agenda politik. Pengarah , Pejabat Pelajaran dan Guru Besar sibuk hendak mengejar kecemerlangan. Yang jadi mangsa ialah para guru dan para pelajar. Dilaporkan 12 peratus atau 3.3 juta rakyat kita mangalami masalah mental dan pelajar seawal umur 12 tahun telah mengalami stres dan sakit mental.

Kalau asyik nak buat survey, kajian demi kajian mengenai masalah beban tugas guru, masalah mental para pelajar, sampai bila nak selesai, sampai tahun 2020? Yang kaya ialah para konsultan.

Kalau dah Menteri, Pengarah dan Guru Besar para pelajar dan guru tidak dapat meluahkan perasaan, hanya pada Allah kita memohon pertolongan dan berserah.


Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP

Jumaat Februari 24, 2012

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/24/mstar_berita/20120224160504&sec=mstar_berita

Healthy mind screening for all schools

Saturday February 25, 2012

KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/25/nation/20120225192115&sec=nation

Ujian kesihatan mental di sekolah

2011/02/03

PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ujiankesihatanmentaldisekolah/Article/

Kadar stres pelajar sekolah, tinggi

Posted on October 6, 2011

PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai ‘tinggi’. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali ‘Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah’ itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

http://www.theborneopost.com/2011/10/06/kadar-stres-pelajar-sekolah-tinggi/

YB Salahuddin Ayub 29 Feb 2012 di Lenggeng, N.Sembilan


CERAMAH UMUM

Tarikh : 29 Feb 2012, Rabu

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

~ YB Salahuddin Ayub - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Naib Presiden PAS Pusat

~ YB Cha Kee Chin - ADUN (DAP) Bukit Kepayang , Seremban

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

YB Dr Hatta Ramli 27 Feb 2012 di Seremban


CERAMAH UMUM

Tarikh : 27 Feb 2012, Isnin

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

~ Dr Mohd Hatta Ramli - Ahli Parlimen Kuala Krai/Pengarah Jabatan Pilihjanraya PAS Pusat

~ Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ketua Angkatan Muda KeADILan

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

20120225

Pejuang Agama, Pejuang Bangsa Usah Abai Ibu Bapa


Apa guna kita laungkan perjuangan agama, perjuangan bangsa, perjuangan akidah, perjuangan rakyat Palestin jika 70 peratus daripada kita abai kebajikan ibu bapa. Macamana kita nak memimpin negara, memimpin negeri, bahagian atau cawangan jika 70 peratus daripada ahli kita abai kebajikan ibu bapa. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.

70% abai kebajikan ibu bapa

25 Feb 2012

JOHOR BAHRU: Bukan saja tidak menjenguk ibu bapa di pusat jagaan, malah kira-kira 70 peratus ahli keluarga bersikap lepas tangan berkaitan kebajikan golongan berkenaan kerana gagal tampil memberi sebarang bentuk sumbangan bagi meringankan beban pusat jagaan.

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 52, berkata, ia mengakibatkan pihak sepertinya terpaksa menggunakan simpanan keluarga selain bantuan daripada sumber lain bagi menampung perbelanjaan harian pusat jagaan.

“Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan kini memberi perlindungan kepada 70 warga emas termasuk pesakit kronik yang hilang upaya.

“Penjagaan yang diberikan kepada mereka mengambil kira tempat tinggal selesa, makanan seimbang selain layanan mesra,” katanya, semalam.

Norijah mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan sikap lepas tangan lima anak seorang warga emas berusia 75 tahun dikenali sebagai Wak.

Wak pada mulanya keluar rumah sebelum menghuni pondok buruk di hutan di Kluang dan diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2010.

Pertengahan bulan lalu, lima beradik terbabit datang ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan untuk meminjamnya buat beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum dikembalikan semula.

Perkara terbabit menyebabkan Wak tertekan kerana hasratnya bermesra dengan anak serta cucu tidak kesampaian.

Menurut Norijah, hanya 18 waris warga emas yang tinggal di pusat jagaan berkenaan memberi sumbangan bulanan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/70_abaikebajikanibubapa/Article/index_html

Hari Wanita Islam 4 Mac 2012 di Surau Seremban Selatan


PROGRAM HARI KESEDARAN WANITA ISLAM

Bersama Selibriti Tanahair

Tarikh : 4 Mac 2012 (Ahad)

Tempat : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan Fasa 3B, Sg Gadut, Seremban

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Yuran : Percuma

Aktiviti :

8.00 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Program mewarna kanak-kanak 5-12 tahun

10.00 pagi : Perasmian

10.30 pagi : Ceramah Motivasi oleh Ustazah Mariyam bt. Shaari (Finalis Solehah TV Hijrah)

12.30 thari : Makan tengahari dan solat Zohor

2.00 petang : Talk Show bersama Puan Catriona Ross (Artis/Pelakon)

4.00 petang : Majlis penutup dan jamuan

5.00 petang : Solat asar dan bersurai

Pameran dan Jualan kitab-kitab, pakaian muslimah dan lain-lain juga disediakan.

Para muslimah dalam kalangan remaja wanita dan kaum ibu dialu-alukan untuk menghadiri program ini.

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Masiah 0192570813 , 0193941353

Tempat adalah terhad, keutamaan untuk mereka yang daftar awal

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan dan dihargai.

Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP


Apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi yuran sekolah untuk sesi 2012 dan yuran PIBG perlu dikaji semula dan belum boleh dikutip, yang menjadi mangsa akhirnya para guru yang terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sampingan pengurusan sekolah seperti fotostat kertas soalan peperiksaan dan sebagainya. Begitu juga sekolah yang berlumba-lumba mendapat anugerah kecemerlangan, para guru sekali lagi menjadi mangsa datang awal dari waktu biasa, balik lewat dari waktu biasa. Apabila para guru tiada lagi keikhlasan dan keseronokan dalam bertugas hanya paksaan, akhirnya yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.

Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP

Jumaat Februari 24, 2012

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, sehubungan itu wakil guru sekolah di BatuPahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.

Pentabir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guruberkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.

"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Hashim berkata, sebarang kutipan wang dari pihak sekolah, sama ada melibatkan guru atau ibu bapa perlu mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran.

"Segala urusan pengumpulan wang harus mempunyai persetujuan semua pihak terutamanya bagi yang terlibat dan pihak sekolah perlu mengeluarkan keterangan lengkap berkenaan kegunaan wang itu," katanya.

Hashim turut membangkitkan mengenai aduan daripada guru-guru sebuah sekolah di Senai, Johor yang dipaksa hadir di sekolah 15 minit sebelum pukul 7 pagi, berbeza dengan peraturan biasa yang guru hanya harus berada di kawasan sekolah pada 7.40 pagi atau 7.50 pagi.

"Guru-guru ini terpaksa keluar lebih awal dari rumah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau di rumah penjaga anak sebelum bergegas untuk ke sekolah," katanya.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada guru dan menganggu keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/24/mstar_berita/20120224160504&sec=mstar_berita

20120224

Hadiah Wakaf Pondok untuk mereka yang kita sayang



Assalamulaikum,

Kepada individu, persatuan, khususnya PIBG yang hendak menggalakkan ahli dan orang ramai mendirikan Wakaf Pondok Bacaan yang boleh diberi nama dan dihadiahkan atas nama mereka yang kita sayangi yang telah meninggal dunia atau sebagai sumbangan bolehlah menggunakan contoh di bawah ini. Harga anggaran wakaf sebanyak RM8,000.00 ini ialah untuk kos sekitar Seremban. Harga boleh berubah di negeri dan tempat lain mengikut kos setempat.

Kertas kerja , pelan , contoh sebutharga di bawah ini boleh diambil untuk disesuaikan dengan mana-mana persatuan serta mana-mana kontraktor yang dilantik untuk membina wakaf ini.

Untuk maklum balas sila hubungi saya di rozmal@yahoo.com atau tel 012-2267406 .

TAWARAN MENYERTAI PROJEK WAKAF PONDOK BACAAN
“Untuk Mereka Yang Tersayang”

A. PENGENALAN
Menyedari betapa pentingnya untuk mempertingkatkan budaya membaca di kalangan para pelajar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah …………………... memperkenalkan Projek Pembinaan Wakaf Pondok Bacaan di sekolah ini.

B. OBJEKTIF
1. Memberi kemudahan kepada para pelajar untuk berinteraksi, bertukar pendapat serta berbincang secara berkumpulan.
2. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
3. Memberi peluang kepada individu untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini untuk dihadiahkan kepada arwah yang tersayang.
4. Memberi peluang kepada individu, syarikat atau mana-mana pihak untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini sebagai tujuan promosi.

C. CIRI-CIRI PONDOK WAKAF
1. Keluasan tapak ialah 10 kaki x 12 kaki.
2. Lantai, meja dan kerusi konkrit dengan kemasan jubin
3. 4 Tiang precast jenis roman
4. Atap jenis awning dan steel structure
5. Dilengkapi pelindung kilat/petir
6. Papantanda (WAKAF HJ ALI BIN ALI / SUMBANGAN SYARIKAT ABC / TERATAK HJ ABU BIN ABU , PONDOK HAJJAH ANI BINTI ALI dan sebagainya)
7. Kos 1 pondok RM 8,000.00 (RM 70/kaki persegi)

D. PENYERTAAN
1. Terbuka kepada umum
2. Mereka yang tidak berkemampuan untuk menyumbang untuk kos keseluruhan wakaf, boleh menyumbang ikut kemampuan kaki persegi (RM 70/ka per). Nama wakaf sumbangan berkumpulan akan ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah.
3. Ahli PIBG Sekolah ..................... , bekas ahli PIBG serta bekas pelajar Sekolah ............... digalakkan untuk menyertai.

E. BAYARAN
1. Tunai, cek atau bank in
2. Nama Akauan :
3. No Akaun :
4. Bank :
5. Nama dan no tel Bendahari :

20120223

Pelarian Islam di Malaysia, siapa yang bantu mereka ni?



Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar yang berdaftar dengan PBB di Malaysia. Disebabkan status mereka ini sebagai pelarian tanpa negara mereka tidak boleh bekerja secara sah di Malaysia, tidak boleh belajar di sekolah Kementerian Pelajaran, tidak boleh menerima zakat dari Majlis Agama Islam di Malaysia (sila betulkan kenyataan ini jika salah).

Yang peliknya boleh pula sebuah universiti swasta iaitu HELP University membantu pelarian Myanmar ini belajar di Malaysia untuk memahirkan pelarian ini dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran vokasional agar mereka boleh menyesuaikan diri apabila dihantar ke negara ketiga kelak?

Apakah Majlis Agama Islam Negeri , JAKIM , Kementerian Pelajaran dan sebagainya tidak boleh membantu Pelarian Islam Rohingya yang berada di Malaysia , hanya mengharapkan bantuan individu dan NGO, juga universiti swasta HELP University?

Macamana kita hendak perjuangkan isu Palestin serta membela nasib pelarian Palestin, jika nasib pelarian Rohingya yang berada di bumi Malaysia pun kita tak terbela?

************
Helping young refugees find work
Many Myanmars have little clothing and even less knowledge of English
Thursday, February 23, 2012 - 14:16

DAMANSARA: Many Myanmar refugees who came to Malaysia with only the clothes on their backs, no qualifications and a poor grasp of the English language, would have felt helpless, until they were introduced to Project Self-Help, the HELP University's ongoing vocational education project.

Set up in September, last year, the programme teaches vocational skills to the 5,000 refugees who had sought asylum in Malaysia under the United Nations High Commisioner for Refugees (UNHCR).

HELP International corporate planning executive director Adam Chan said that the idea for the programme stemmed from discussions initiated with a UNHCR representative in July, last year.

"More than 19,000 refugees of the 95,000 registered in Malaysia are below 18 with limited education," he told The Malay Mail, adding that more funds would be needed. HELP's quarterly intake is between 90 and 150 youths.

A charity concert will be held to raise funds on Friday and Saturday. Call HELP corporate communications senior manager Dharshini Ganeson at 012-287 2686 for more.

http://www.mmail.com.my/story/helping-young-refugees-find-work

PELARIAN ROHINGYA KRITIKAL, PERLU SUMBANGAN

Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 02020010021351.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27304:pelarian-rohingya-kritikal-perlu-sumbangan-teras-&catid=1:utama&Itemid=50

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.

Kuliah Ustaz Ruslan 25 Feb 2012 di Senawang

KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 25 Feb 2012 , Sabtu
Masa : 7:45 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Edar Segera RM500 BR1M tanpa kehadiran orang kenamaan



Pegawai Daerah Diarah Segerakan Bantuan BR1M.

22 Feb 2012 - Berkuatkuasa serta merta semua pegawai daerah di Pahang diarah menyampaikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia meskipun tanpa kehadiran orang kenamaan.

Arahan itu bagi memastikan urusan bantuan BR1Malaysia dapat dijalankan dengan cepat, sekaligus mengelak rakyat menunggu lama.

Datuk Seri Muhammad Safian Ismail - Setiausaha Kerajaan Negeri berkata : “Saya telapun beri arahan kpd pegawai2 daerah kalau sekiranya ahli parlimen tak dpt hadir kita bagi juga.... dengan sendiri.”

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuantan.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan kerajaan negeri mempercepatkan urusan pemberian BR1Malaysia sekaligus menyebabkan rakyat menunggu terlalu lama.

Arahan itu dikeluarkan dalam mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya, semalam.

Dan bagi mengelak kejadian itu berulang, proses pemberian bantuan BR1M akan dihadkan kepada 300 orang berbanding lebih seribu orang sebelum ini bagi satu seisi.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Pegawai_Daerah_Diarah_Segerakan_Bantuan_BR1M.html

Luahan penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M
12 Feb 2012

Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan.
Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu utama di pejabat tersebut ketika ini.

Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap dan agihkan kepada penerima.

Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual.

Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan dengan sempurna dan menyeluruh.

Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang.

Memang haru biru.

Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak.

Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan terutamanya penyokong mereka sendiri.

http://waghih.blogspot.com/2012/02/luahan-penyokong-kerajaan-isu-bantuan.html

Ceramah Dr Zulkifli Al Bakri 25 Feb 2012 Nilai, N.Sembilan



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Penceramah : Tuan Guru Dr Zulkifli bin Mohamad Al Bakri
Tarikh : 25 Feb 2012 , Sabtu
Masa : 8 malam
Tempat : Taman Desa Jati, Putra Nilai, Nilai, N.Sembilan (sebelah tapak Surau Ar-Raudhah)

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir sambil menderma untuk Tabung Pembinaan Surau Ar-Raudhah.

Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke
No. Akaun : 1210-0000239-718 (BANK MUAMALAT)
Nama : SURAU AR-RAUDHAH TAMAN DESA JATI, NILAI, N. SEMBILAN
Laman web http://acaciapark.wordpress.com/


BIODATA PENCERAMAH :
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
~ Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H 2012M
~ Panel forum RTM, Bernama TV, Al Kuliyyah TV3, Halaqah TV9, Radio IKIM
~ Mantan pensyarah USIM

Tarikh lahir : 16 Januari 1969

Dilahirkan di negeri Terengganu Darul Iman dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. Kemudian, peringkat Sarjana (Master) di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di bawah penyelia Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Seterusnya, menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di USM, juga dalam bidang Syariah, pengkhususan fatwa.

Antara jawatan yang disandang ialah:
- Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu dan N.Sembilan
- Panel Kajian Akidah JAKIM.
- Panel Kajian Syariah JAKIM.
- Panel Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM).
- Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Banyak menghasilkan karya sama ada dengan penulisan, penterjemahan serta aktif dalam membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa dan lain-lain.

www.facebook.com/drzulalbakri

20120222

Makin ramai jiran kita rumah dilelong bank



Sebenarnya ramai disekiling kita yang amat susah dan tertekan sekarang ini. Mereka yang susah dan tertekan ini tak ada masa nak fikir isu Israel ke, isu JATI ke, isu Hudud ke, isu Pilihanraya ke. Mereka fikir macamana nak cari duit nak beri makan anak isteri, gaji tak cukup, bil api dan elektrik nak bayar, rumah pula 3 bulan tak bayar dapat surat notis lelong dari bank, duit bantuan RM500 BR1M yang heboh dalam media belum dapat, ada pula yang tak layak dapat walaupun gaji bawah RM3,000.

Baru-baru ni kenalan saya yang tinggal di kawasan taman perumahan kos rendah di Senawang mendapat notis dari bank rumahnya akan dilelong kerana tunggakan 6 bulan berjumlah hampir RM2,000. Kalau RM10, RM20 bolehlah kita tolong, RM2,000 payah juga. Bulan lepas pula rumah dia, TNB potong bekalan elektrik, juga kes tunggakan bil elektrik. Bulan ni kes rumah nak kena lelong pula.

Kesian tengok dia, kena ambil cuti satu hari, tolak gaji, nak uruskan hal rumah nak kena lelong. Ke hulu ke hilir dia di bandar Seremban seharian pergi bank, pergi KWSP dan sebagainya. Akhirnya dari RM2,000 sewa dia yang tertangguh 6 bulan, dia kena bayar pula hampir RM4,000 sebab nak bayar caj pengurusan, duit peguam dan macam-macam lagi. (Dalam fikiran saya, lebih kurang macam ALONG pula). Sekarang dia tengah tunggu proses pengeluaran KWSP untuk masalah rumahnya nak kena lelong.

Kenalan saya tadi kata banyak kes rumah kena lelong dikalangan jiran dan kenalannya di Seremban ketika ini. Ada bank tu katanya 3 bulan pun dah dapat notis lelong. Saya tengok dia kesian, dia pula tengok jiran dia lagi kesian. Sebab ramai jiran dia ni dulu kerja di sebuah kilang yang agar besar dan terkenal di Seremban. Tapi kilang tersebut dah berhentikan ramai pekerja. Walaupun dapat pampasan namun ianya masih tidak cukup untuk bayar macam-macam bil, ansuran, yuran sekolah dan macam-macam lagi.

Saya tanya kenalan saya tadi yang gajinya sekitar RM1000 sebulan, dah dapat RM500 BR1M ke belum. Katanya belum lagi, dengan nada menaruh harapan tinggi untuk segera dapat RM500 tersebut.

Rumah kenalan saya ni dia beli 3 tahun sudah harga RM50,000 saja, pun susah nak bayar bulan-bulan. Macamana sekarang ni dengan Skim Rumah Pertamaku yang harga hampir RM200,000.00? Nak balik kampung, tak ada tanah, nak duduk bandar rumah mahal. Ada yang dah beli , tapi terbengkalai pula projek perumahannya.

Bank lelong rumah peminjam tanpa notis
2012/01/06

KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ketika mendedahkan perkara itu berkata, mereka menerima aduan berhubung kes seumpama itu hampir setiap minggu, terutama membabitkan pembelian rumah kos rendah.

Penasihat PPIM, Tengku Azwil Tengku Abdul Razak, berkata bank berkenaan juga didakwa mendapatkan perintah mahkamah untuk membuat pengisytiharan muflis ke atas pelanggan terbabit sekiranya gagal menjelaskan keseluruhan jumlah pinjaman yang dibuat. “Apa yang berlaku ialah pelanggan ini membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank. Ada di antara mereka berdepan dengan kesulitan dan gagal menjelaskan beberapa bayaran bulanan.

“Apabila ini terjadi, mereka diberitahu rumah telah dilelong dan perlu menjelaskan jumlah pinjaman atau menghadapi tindakan muflis,” katanya pada di sini semalam.

Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, sebaliknya terus melelong rumah mereka.

Sementara itu, seorang mangsa, Chandramathy Subramaniam, 39, berkata, rumahnya di Taman Alam Nyata dekat Kapar, Klang dilelong selepas beliau gagal menjelaskan ansuran selama lima bulan berikutan menghadapi sedikit masalah kewangan.

“Saya membeli rumah teres setingkat pada 2002 dengan harga RM100,000 dan perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM550 sebulan selama 30 tahun.

“Bagaimanapun kerana masalah kewangan pada tahun 2005, saya gagal menjelaskan ansuran bulanan selama lima bulan dan bermula saat itu, masalah dengan pihak bank mula melanda,” katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/

Anak sakit mental tetak ibu hingga mati



Kes di bawah yang berlaku pada 21 Feb 2012 dimana seorang anak yang sakit mental menetak ibu kandungnya sendiri hingga mati bukanlah yang pertama dan terakhir di Malaysia. Ianya akan semakin hari makin kritikal kerana 12 peratus atau 3.4 juta rakyat Malaysia kini sakit mental, dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun.

Laporan terkini 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit mental di http://waghih.blogspot.com/2012/02/kini-12-peratus-rakyat-malaysia-sakit.html

Anak sakit mental tetak ibu hingga mati
21 Feb 2012

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini tengah hari Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A'inshon Abdul Rahman ,60, dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan mangsa dan suspek sahaja.

Katanya pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah berkenaan.

"Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok (parang) perak di rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Zakaria berkata siasatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih dadah dan turut mengalami sedikit masalah mental yang memerlukannya mengambil ubat-ubatan termasuk ubat penenang secara berkala.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

"Setakat ini kami belum masih menemu bual suspek sebab apa tetak mak dia, sama ada berlaku pertengkaran nak duit atau sebaliknya kita tidak tahu, semuanya masih dalam proses siasatan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran mangsa Maznan Omar, 48, berkata dia pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan adik lelakinya yang kebetulan melalui rumah mangsa bahawa dia melihat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bahagian dapur.

"Semasa saya sampai di rumah mangsa, saya tengok mangsa telah meninggal dunia dan anak lelaki dia pun tak ada. Saya lihat ada ikan dan sayur-sayuran, mungkin mangsa pada waktu itu nak masak makan tengah hari. Selepas itu, saya pergi ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis," katanya.

Seorang lagi jiran, Fazilah Hussein, 27, berkata dia tidak mendengar sebarang bunyi bising yang menunjukkan berlaku pertengkaran dari rumah mangsa.

Katanya mangsa merupakan nenek saudaranya dan sebelum kejadian itu, mangsa telah pergi menoreh getah.

"Hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah memandangkan adik-beradik lain tinggal berasingan dan anak lelakinya ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kami susah nak nampak anak dia ini sebab suka duduk dalam bilik sahaja," katanya. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/2/21/mstar_jenayah/20120221193838&sec=mstar_jenayah


Pemuda sakit mental bunuh datuk, nenek, bapa, adik
3 Sep 2010 SEREMBAN: Hari terakhir perbicaraan semalam menyaksikan seorang pakar psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Rasidi Ismail, 32, dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, awal Januari lalu, disahkan menghidap sakit jiwa akibat mengalami delusi dan halusinasi sejak beberapa tahun lalu.
http://waghih.blogspot.com/2010/09/gejala-sakit-mental-sama-parah-gejala.html

Datuk maut diserang cucu sendiri
15 Jan 2011 JEMPOL: Saya hanya mampu memangku tubuh suami yang berlumuran darah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian, kata seorang wanita warga emas menceritakan detik terakhir bersama suaminya yang mati dipercayai selepas diserang cucu mereka sendiri bersama tiga remaja lain di Jempol, malam kelmarin.
http://waghih.blogspot.com/2011/01/datuk-maut-diserang-cucu-sendiri-di.html

Lelaki mengamuk, nenek cedera
TELUK INTAN 20 Dis. 2011 –
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, warga emas, Hasipah Ngah Kassim dicekik, diheret dan dipijak sebelum kepalanya dipukul serta dihantukkan ke dinding oleh lelaki dipercayai kurang siuman yang tiba-tiba memasuki rumahnya.
http://waghih.blogspot.com/2011/12/malaysia-amat-perlukan-lebih-banyak.html

20120221

Derita jadi pemandu Airport Limo di Malaysia



Nama kerja nampak macam gah, Pemandu Airport Limo. Tapi hakikatnya sebaliknya dan jauh berbeza. Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang bekas pemandu Airport Limo di Seremban, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dia menceritakan kepada saya dalam nada sedih dan sebak betapa susahnya menjadi pemandu Airport Limo ini. Dari nak kejar trip, sewa yang mahal, memandu dalam keadaan yang amat mengantuk sampai hampir kemalangan sebab nak kejar trip, akan didenda oleh syarikat jika langgar kontrak dan sebagainya.

Tapi akhirnya wang bersih untuk belanja dapur amat sedikit. Anak nak minta belanja sekolah pun tak ada. Begitu sedih dan geram dengar cerita dia. Lebih baik jadi pengemis dari jadi pemandu Airport Limo agaknya pada fikiran saya.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai pemandu Airport Limo. Dia pun bekerja sebagai pekerja kilang dengan gaji sekitar RM1000 sebulan. Dia amat bersyukur dapat bekerja dengan gaji sekitar RM1000 tersebut dari menjadi pemandu Airport Limo.

Saya cubalah mencari bahan berita dari internet, dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo, Harakah, Keadilandaily dan sebagainya akan kisah derita pemandu Airport Limo ini. Tak ada pula.

Akhirnya jumpa satu artikel di bawah ini yang mengesahkan kisah derita bekas pemandu Airport Limo yang saya jumpa sebelum ini.

Itu baru kisah para pemandu Airport Limo.

Belum lagi kisah begitu ramai pemilik rumah yang bekerja tetap dengan gaji sekitar RM1000 ke RM 2000 di Seremban dan mungkin di seluruh Malaysia yang rumah mereka dapat notis akan dilelong apabila tidak bayar ansuran pinjaman bank sebanyak 3 bulan. Hairan saya macamana Skim Rumah Pertama , Skim Rumah Mampu Milik dan macam-macam skim perumahan rakyat dilancarkan ketika ini, tetapi hakikatnya masih ramai rakyat mendapat notis lelongan rumah dan masih banyak projek perumahan terbengkalai belum dipulihkan.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Little ambassadors’ taken for a ride
February 14, 2012

Airport Limousine Malaysia (ALM) is accused of raking in millions in profit while the taxi drivers struggle to earn a living.

SEPANG: The government calls them Malaysia’s “little ambassadors”. But these people who sit behind the wheels of airport limousines are being taken for a ride by errant taxi companies.

During a visit to the Airport Limo Malaysia (ALM) office near the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), FMT spoke to a source from ALM to find out more.

The source said that in order to become a taxi driver, the applicant needed to pay a deposit of RM4,500 for a new cab while a second-hand cab would cost about RM2,000.

“That is excluding a radio deposit of RM500, agreement fee of RM100 and a safety kit deposit of RM150 which includes a first aid kit, fire extingusher and a safety triangle,” he added.

But what hurts the most, said the source, was that budget limousine taxi drivers at KLIA needed to fork out RM152 in daily rental.

Daily radio rental unfair

For starters, the source said that it was unfair for ALM to charge the budget limousine taxi drivers a daily rental for the radio when the latter already paid a deposit.

He pointed out that even a new driver was forced to pay deposit for the radio although the cab might have one installed beforehand.

“And the RM1 insurance fee is also questionable as ALM only takes a third party insurance for them. If the taxi driver meets an accident, the driver has to pay for repairs,” he said.

In addition, the source said, nobody knew why the company charged an additional “welfare fee” of RM10 for taxi drivers when they were already paying another similar fee of RM5.

“It’s not like ALM conducts events or celebrates any occasion with the taxi drivers. At most, the taxi drivers get RM350 if they are hospitalised. Besides, why can’t the company bear the expenses of the taxi drivers’ medical claims like what other private companies do?” he asked.

Queried on why the taxi drivers were required to pay a sub-daily charge, the source was also in the dark over the matter.

The source added that through the rentals, ALM was raking in millions in profits at the expense of poor budget limousine taxi drivers.

“There are about 700 budget airport limousine taxis. ALM also has about 200 premier airport limousine taxis and about 100 luxury aiport limousine taxis and vans. From the RM152 daily charges, ALM makes about RM106,400 a day just from the budget taxis. That stands at more than RM3 million a month.

“But an average budget limousine taxi driver makes about RM3,000 a month by working 16 to 18 hours a day. Is that fair?” he asked.

‘Complainants’ cabs confiscated’

The source revealed that ALM also made deductions from the coupon system imposed at KLIA.

Citing an example, he said that ALM deducted RM1 for trips that cost less than RM50 and RM2 for trips that costs more.

“In order to make RM100 a day in profit, the budget limousine taxi driver has to make six trips from Kuala Lumpur to KLIA, which means RM12 is deducted by ALM.

“With 700 budget limousine taxi drivers, ALM makes an additional RM8,400 a day which translates into RM252,000 a month in additonal revenue by doing nothing,” he added.

On why the taxi drivers failed to lodge a complaint on the matter, the source said there was a group who voiced their objection recently.

“But ALM confiscated their cabs, depriving them of their livelihood,” he claimed.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/14/little-ambassadors-taken-for-a-ride/

20120220

MB N.Sembilan tak mesra Mat Rempit?



Seperti biasa apabila saya beli kuih untuk sarapan pagi di gerai kaki lima di Senawang saya akan menyapa peniaga yang merupakan seorang pemuda. Adik kepada pemuda ini merupakan seorang pelumba untuk satu kelab berjenama dalam Kejohanan Lumba Motosikal Cup Prix jelajah Malaysia yang kebetulan ada di gerai tersebut.

Saya tanya bila mula kejohanan tahun ni. Pelumba muda tadi yang saya rasa umurnya dalam 19 tahun berkata, bulan Mac ini di Pulau Pinang.

Saya tanya lagi, bila pula nak ada kejohanan cub prix di N.Sembilan. Pelumba muda tadi kata, Menteri Besar N.Sembilan kata N.Sembilan tak ada tempat atau jalan untuk buat cub prix (Sejauh mana kebenaran dakwaan pelumba tadi saya tak pasti).

Saya kata bukan ke sebelum ni Negeri Sembilan ada buat racing cub prix di tengah bandar Seremban dan di Port Dickson. Pelumba muda tadi kata MB sibuk jaga bolasepak saja (Sekali lagi, sejauh mana kebenaran dakwaan pelumba tadi saya tak pasti).

Ini adalah persepsi atau luahan seorang anak muda, pelumba muda yang selama ini kita panggil Mat Rempit yang harus diberi perhatian oleh semua pihak. Pelumba muda ini saya perhatikan bukan jenis yang suka membuang masa sesuka hati. Pagi tolong ibunya jual kuih, malam dia sendiri jual burger.

Dalam fikiran saya, bukankah bandar Seremban , malam minggu jadi medan lumba kereta dan motosikal, di tengah bandar Seremban , depan Parkson, A&W dan stesen komuter. Susah-susah kita anjur saja kejohanan cub prix waktu malam.

Sebelum racing bermula kita selitkan sikit peringatan dari pendakwah yang kontemporari seperti Ustaz Azhar Idrus ke atau berkongsi pengalaman dengan artis yang seronok dengan Islam seperti Penyanyi Dangdut Iwan Shahman ke, pemain gitar Sham Kamikaze ke.

Lepas tu biarkan anak muda ini hentam racing keliling bandar Seremban secara halal.

Mungkin pejabat MB boleh beri kenyataan mengenai perkara ini agar persepsi anak muda lebih-lebih lagi para Mat Rempit lebih jelas dalam isu ini.

Untuk makluman anak muda tadi adalah pelumba Top 10 dalam kejohanan Cub Prix.

20120219

Pelancaran Pusat Komuniti DUN Chembong 25 Feb 2012


CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong
Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor
Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau
Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

20120218

Jom bantu Pelarian Islam tanpa negara di Malaysia serba daif


KISAH PELARIAN ROHINGYA - “Umat Islam Tanpa Negara”

Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya)

Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN

Masa : 7:30 mlm

Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

- Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat CIMMA

- Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang ini mengurus sebuah Madrasah Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara)


PERSIDANGAN KEMBALIKAN HAK ASASI MANUSIA (Pelarian Etnik Rohingya Muslim)

Tarikh : Jumaat , 24 Feb 2012

Masa : 8 pg - 12.30 tgh

Tempat : Pejabat Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), 14B Jln Plumbum P7/P, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

- Untuk penyertaan sila hubungi 013-3318381 (Sdr Hafiz - Penyelaras Urusetia)

- Anjuran : Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).


PELARIAN ROHINGYA KRITIKAL, PERLU SUMBANGAN

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu, Teras dan Shura bersama-sama Citizens International akan berusaha menghantar misi kemanusiaan kepada mereka sesegera mungkin setelah berjaya mengumpul sumbangan daripada orang ramai.

Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi di kem pelarian Rohingya di Bangladesh ketika ini tidak ubah seperti Gaza kerana segala bentuk bantuan yang diberikan pihak luar tidak dibenarkan masuk.

"Di Bangladesh ketika ini ada persamaan dengan kes di Gaza iaitu segala bahan bantuan disekat masuk," katanya.

Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 02020010021351.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27304:pelarian-rohingya-kritikal-perlu-sumbangan-teras-&catid=1:utama&Itemid=50

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.

Ustaz Dzulkarnain Hamzah 21 Feb 2012 di Seremban


CERAMAH MAULIDURRASUL

Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Pengacara Astro Oasis)

Tarikh : 21 Feb 2012/ Selasa

Masa : Selepas solat Maghrib

Tempat : Surau Al Hamim, Taman Satria, Senawang

Semua dijemput hadir

20120217

Kisah Pelarian Islam 20 Feb 2012 di Seremban


KISAH PELARIAN ROHINGYA

“Umat Islam Tanpa Negara”

Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya)

Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN

Masa : 7:30 mlm

Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban


Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat CIMMA

Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang ini mengurus sebuah Madrasah Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara)

************

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.

Bagaimana boleh satu isi rumah dapat 2 kali RM500 BR1M?


Akhbar NST melaporkan satu keluarga nelayan telah mendapat dua kali bantuan RM500 BR1M. Walau bagaiamanpun pasangan keluarga tersebut Awangku Ludin Pengiran Jini dan isteri beliau Rainie Ali, telah memulangkan satu dari bantuan tersebut, kerana Awangku Ludin tidak menyedari sebelum ini isteri beliau juga telah mengisi borang permohonan BR1M tersebut, yang akhirnya kedua-dua permohonan telah diluluskan.

Ini menunjukkan terdapat banyak kelemahan dalam pemprosesan permohonan BR1M dan pengagihan BR1M tersebut.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan kemungkinan seseorang yang mendapat baucer RM500 BR1M ini boleh mendapat lebih dari dua kali baucer tersebut apabila agihan dibuat secara manual seperti yang dilaporkan di http://www.maarofkassim.com/2012/02/menerima-br1m.html

Juga artikel saya sebelum ini : Luahan penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M di http://waghih.blogspot.com/2012/02/luahan-penyokong-kerajaan-isu-bantuan.html

Fisherman returns one BR1M voucher

17 February 2012 , KUCHING: A fisherman and his wife are now a celebrated couple in the northern district of Lawas, in Sarawak for their honesty.

Awangku Ludin Pengiran Jini and wife, Rainie Ali, were the talk of the town after the former returned the RM500 he received from 1Malaysia People's Aid because he felt he did not deserve it.

The couple applied for the assistance separately without each other's knowledge.

"We didn't realise that both of us had applied for the aid. In the end, both our applications were approved and we want to return one," Awangku Ludin said.

http://www.nst.com.my/local/general/fisherman-returns-one-br1m-voucher-1.47891

20120216

Kembalikan Hak Muslim Rohingya 24 Feb 2012 Shah Alam



Persidangan Kembalikan Hak Asasi Manusia (Pelarian Etnik Rohingya Muslim)
Tarikh : Jumaat , 24 Feb 2012
Masa : 8 pg - 12.30 tgh
Tempat : Pejabat Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), 14B Jln Plumbum P7/P, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Untuk penyertaan sila hubungi 013-3318381 (Sdr Hafiz - Penyelaras Urusetia)

Anjuran : Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).

**********

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.

N.Sembilan sepatutnya bernama Rembau, mahkamah kangaroo


Dalam siri ceramah umum saya, saya sering mengetengahkan aspek sejarah di Negeri Sembilan agar generasi muda kenal sejarah mereka dan menghargai pejuang-pejuang awal sejak negeri ini dibuka pada awal tahun 1500an. Sejarah itu akan berulang. Mahkamah kangaroo telah wujud di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1883 di Rembau.




Dalam Jurnal Warisan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia cawangan N.Sembilan tahun 2000, menyebut iaitu pada 30 Mac 1883 Datuk Lela Maharaja (Undang Rembau pada ketika itu) dipecat Inggeris selepas dibicarakan dalam ‘mahkamah kangaroo’ dengan Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat sebagai ‘hakim’ di Melaka.

Dalam Jurnal yang sama juga menyebut : Menurut Khoo Kay Kim , Negeri Sembilan sepatutnya bernama Rembau.

Mahkamah kangaroo serta perpecahan di kalangan orang Melayu telah wujud sejak dulu lagi bukan zaman kita sekarang ini sahaja, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi pilihanraya.



Jurnal tadi juga menyebut konflik dalaman dan peperangan ketika itu berlaku akibat semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata duitan.

Dari muka surat 103 Jurnal di bawah ini :

Konsep dan semangat yang diperingatkan oleh perbilangan di atas ini telah dirobohkan atas kesilapan pembesar Rembau sudi melantik Syed Shaaban, seorang 'bukan orang adat'. Beliau dilantik menjadi Yamtuan Muda Rembau ke 3 dalam tahun 1832, di mana beliau merupakan orang yang telah menjualkan kerajaan Naning (sekutu kerajaan Rembau) kepada Inggeris dengan harga 500 ringgit Sepanyol.

Syed Shaaban telah merubah cara hidup pembesar Rembau dengan memperkenalkan amalan negatif yang bertentangan dengan nilai dan semangat hidup Adat Perpatih.

Nilai-nilai dan semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata duitan. Akibat perubahan nilai komunalistik kepada individualistik dan materialistik yang diperkuatkan dengan pengenalan sistem mata wang maka berlaku konflik dalaman dan perang saudara digunakan semaksimanya oleh Inggeirs untuk menumbangkan dan memalukan kerajaan Rembau.

Sumber Jurnal dari http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00662.pdf