KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081003

Takbir Raya, Perang Ahzab, Masjid Batu 6



Sebentar tadi solat Jumaat di Masjid Pekan Batu Enam , Kuala Terengganu. Masjid yang terkenal dengan serangan bom asap pemedih mata FRU sedikit masa dulu. Khatib begitu bersemangat menyampaikan khutbah Jumaat mengenai penghayatan sebenar Takbir Hari Raya yang kita semua umat Islam di Malaysia ini sering bertakbir mendayu-dayu tetapi terlupa makna takbir antara lainnya dengan jelas menghayati semangat perang Ahzab iaitu petikan Takbir Raya “Wahazamal Ahzabawahdah”.

Media , televisyen , radio pun kurang memainkan peranan untuk mengingati dan menghayati semangat perang Ahzab , semangat yang ada dalam takbir raya. Media , televisyen , radio , akhbar lebih menyiarkan hiburan , cerita drama , filem , kuih muih pesta makanan raya dan sebagainya.

Lepas sembahyang satu kaunter dibuka untuk derma Infaq Bangunan Markaz Tarbiyah Kawasan Kuala Nerus , infaq tak mahal RM 10 sahaja.

Diluar masjid diletak kain rentang untuk ditandatangani oleh orang ramai untuk Kempen Tandatangan Membantah Draf Pembangunan Khas Pekan Batu Enam.

Mungkin negara umat Islam yang dalam konflik peperangan lebih mengerti maksud takbir raya seperti di Palestin , Iraq , Afghanistan , Chechnya , Selatan Thailand dan Mindanao , Filipina.