KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081016

Dato’ Shaziman , turunlah Negeri Sembilan dgn KJ

Bila YB Dato’ Shaziman , Menteri di Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Tampin , Negeri Sembilan nak turun Senawang ? Bukan apa , saya dah tak dapat menenangkan hati penduduk di Paroi dalam Parlimen Rembau berpunca dari projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi ( Rujukan http://www.ktak.gov.my )

Projeknya ialah Projek Rangkaian Paip Pembentungan Kuala Sawah , Seremban di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) , Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi berharga RM 98.88 juta yang bermula pada 8 Mei 2006 dan sepatutnya dijadualkan siap pada 7 November 2008 ( Rujukan : http://www.satriadesa.com/proj_current/ongoing_list.html )

Seorang penduduk di Senawang menghubungi saya , marah-marah mengatakan air najis kumbahan masuk ke dalam rumahnya akibat limpahan dari lubang kumbahan pada jalanraya ketika hujan lebat pada petang 15 Oktober 2008.

Apalah sangat yang boleh saya buat , saya pun utarakan masalah tersebut kepada Pengurus IWK dan Pengurus kontraktor yang dilantik mengendalikan projek tersebut , juga saya utarakan ke wakil rakyat ADUN Paroi ( Rujukan : http://mohdtaufek.blogspot.com ) , nak saya ajukan masalah pada Ahli Parlimen Rembau , dia tak kenal saya ( Rujukan : http://www.rembau.net.my ) , lagi pun saya tak nak ganggu dia yang sedang menumpukan masa untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Nak saya adukan pada Pusat Khidmat Parlimen Rembau , jauh sangat kat pekan Rembau ( Rujukan : http://parrembau.blogspot.com )

Jadi harap sangatlah YB Dato’ Shaziman turun padang , terangkan sendiri perkembangan projek ini kepada penduduk di Parlimen Rembau ini , mungkin boleh bawa bersama saudara YB , yang juga Ahli Parlimen Rembau tu.

Yang penduduk pun saya kesian tengok , rumah masuk air najis kumbahan , yang kontraktor pun saya kesian tengok , kontraktor Melayu , pekerjanya ramai orang Melayu. Jadi eloklah kita bincang sama mana masalahnya , apa yang pihak kementerian boleh bantu penduduk , apa yang pihak kementerian boleh bantu kontraktor. Terangkan juga bila projek ini akan siap , adakah mengikut jadual. Saya pun tak pasti samada Ahli Parlimen Rembau ada mengutarakan masalah ini dalam sidang parlimen.

Sebelum ni pun banyak rungutan penduduk setempat mengenai projek ini yang mengganggu kehidupan harian mereka di Harian Metro http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20070110101230/Article/indexm_html dan Blog http://waghih.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html