KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100930

Kisah Ketua Menteri Melaka , rumahnya, pembangkang sifar

Malam tadi 29 September 2010 saya menonton rancangan Dialog di TV1. Tetamunya ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam , Ketua Menteri Melaka membincangkan mengenai pengisytiharan Melaka Negeri Maju pada jam 20.10 tarikh 20.10.2010.

Antara yang menarik perhatian saya ialah mengenai isu kelulusan pelan rumah. Datuk Seri mengatakan antara beberapa langkah yang diambil untuk memperkemaskan pengurusan pentadbiran di Melaka ialah proses meluluskan pelan rumah.

Semasa beliau mejadi Exco Perumahan di Melaka, rumah beliau sendiri memerlukan masa 2 tahun untuk diluluskan pelan. Kemudian apabila beliau menjadi Ketua Menteri Melaka beliau menyatakan proses meluluskan pelan hanya perlu satu hari sahaja.

Sepatutnya proses pembinaan rumah milik sendiri dipermudahkan sebegini untuk semua negeri , bukan sahaja di Melaka. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan ekonomi sektor pembinaan di sesebuah negeri dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Satu lagi yang menarik ialah ada penonton yang menghantar komen dalam Facebook mengatakan beliau mudah untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka pada bila-bila masa, tetapi susah untuk berjumpa dengan Menteri Besar di negeri beliau sendiri. Menteri Besar negeri mana , tak pula dinyatakan. Sendiri makan cili, sendirilah rasa pedaslah Menteri Besar tersebut.

Dengan sikap seperti Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang ditunjukkan dalam rancangan Dialog tersebut , maka tidak hairanlah Melaka adalah satu-satunya negeri yang pembangkang Melayu Sifar dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

Masjid kita di Malaysia tidak mesra OKU

Bercakap mengenai keadilan dan hak asasi manusia, sepatutnya umat Islam ke hadapan dan menjadi juara dalam isu ini, bukan setakat juara rakyat. Tetapi agak menyedihkan apabila hak OKU atau Orang Kelainan Upaya ini tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam institusi utama umat Islam iaitu di masjid.

Isteri saya menceritakan , ayah kepada rakan sekerjanya adalah merupakan seorang OKU yang menggunakan kerusi roda selepas serangan angin ahmar. Apabila hendak solat Jumaat atau Sembahyang Hari Raya , ayahnya perlu di bawa ke masjid yang jauh sedikit dari kediamannya , iaitu di Masjid Taman Paroi Jaya , Seremban. Kerana menurut katanya masjid ini lebih mesra OKU.

Sepatutnya menjadi agenda utama semua pihak pengurusan masjid dan surau untuk menjadikan masjid dan surau di bawah pengurusan mereka lebih mesra OKU dengan melakukan penambahbaikan atau pengubahsuaian yang perlu.

OKU ini, selama mana mereka masih di lingkungan manusia mukallaf mempunyai hak yang mesti diberi perhatian oleh pihak masjid untuk keperluan mereka dibantu sebaik mungkin.

Dalam pada itu, pelan pembinaan masjid dan surau yang baru hendaklah dipastikan mempunyai kemudahan yang sesuai untuk OKU.

Antara kemudahan minumum yang perlu disediakan di setiap masjid dan surau ialah tempat letak kenderaan untuk OKU, laluan khas dan lorong kerusi roda untuk OKU, railing tangga yang mesra OKU, tandas dan tempat wuduk yang sesuai untuk OKU.

Untuk masjid-masjid besar yang lebih dari satu tingkat, sudah tentu persoalan menyediakan lif mesti diberi keutamaan seawal penyediaan pelan pembinaan.

Perkara ini perlu difikirkan ketika mereka bentuk masjid kerana OKU juga mahu beribadat dalam masjid.

Mengikut Akta OKU 2008, OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Di negara kita, ada tujuh kategori OKU iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pertuturan, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.

Melayu akan hilang kuasa bila Masjid mati macam di Johor ni

Kesuraman Masjid Taman Tampoi Indah dan kawasan persekitaran yang gelap menyebabkan ia menjadi tumpuan sekumpulan remaja menjadikan kawasan wakaf di pekarangan masjid itu sebagai tempat untuk bercengkerama dan melakukan maksiat. Kelemahan pengurusan masjid itu dipercayai berlaku sejak separuh daripada ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2008/2010 meletakkan jawatan secara beramai-ramai pada November 2008 berikutan tidak sehaluan dengan kepemimpinan utamanya.

( Bukan di Johor saja, malahan seluruh Malaysia banyak masjid yang mati dan dibiarkan mati oleh orang Melayu sendiri. Jangan salahkan orang Cina atau orang India kalau masjid mati dengan matinya solat jemaah , majlis ilmu dan lain-lain )

JIKA MASJID MATI , MELAYU PUN PUPUS

*************************
Masjid suram di Johor
Berita Harian 30 September 2010

TAMPOI: Jika kebanyakan masjid ceria dan diimarahkan jemaah yang mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan, Masjid Taman Tampoi Indah, di sini sebaliknya suram termasuk sepanjang Ramadan lalu berikutan kurangnya aktiviti keagamaan dan persekitaran yang gelap.

Bahkan, kesuraman masjid dan kawasan persekitaran yang gelap menyebabkan ia menjadi tumpuan sekumpulan remaja menjadikan kawasan wakaf di pekarangan masjid itu sebagai tempat untuk bercengkerama dan melakukan maksiat.

Ia bukan saja mencemari nama baik masjid yang sudah digunakan lebih dua tahun lalu tetapi juga memberi tanggapan negatif kepada masyarakat bukan Islam terutama yang berjiran dan tinggal berhadapan kawasan masjid berkenaan.

Penduduk, Samsir Selamat, 40, berkata beliau kesal kerana ketika sambutan Maulidur Rasul dan sepanjang Ramadan lalu, suasana masjid tidak ceria berikutan pekarangan luar masjid bergelap disebabkan kerosakan lampu yang tidak diperbaiki sejak hampir empat bulan lalu.

Beliau berkata, kelemahan pengurusan masjid itu dipercayai berlaku sejak separuh daripada ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2008/2010 meletakkan jawatan secara beramai-ramai pada November 2008 berikutan tidak sehaluan dengan kepemimpinan utamanya.

“Sebelum ini, ramai jemaah terutama golongan pesara yang datang untuk bersembahyang di masjid berkenaan tetapi kini tidak lagi dipercayai akibat kesuraman masjid sehingga menyebabkan ia kehilangan tarikan.

“Aktiviti keagamaan juga semakin berkurangan. Kalau sesetengah masjid mempunyai tazkirah atau majlis agama, masjid berkenaan agak kurang aktiviti berkenaan kecuali majlis tertentu dan ia diketuai oleh pengerusi surau itu sendiri,” katanya ketika ditemui Edisi Johor di sini, baru-baru ini.

Samsir berkata, pada Ramadan lalu, masalah persekitaran masjid yang bergelap menyebabkan orang ramai tidak menyedari di dalamnya ada diadakan tadarus al-Quran sedangkan di kawasan tempat lain, persekitaran cukup terang dan ceria.

Beliau berkata, keadaan yang gelap itu menyebabkan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan kepada sekumpulan remaja menjadikan kawasan masjid itu sebagai tempat bercengkerama berikutan keadaan yang gelap dan pagarnya yang tidak berkunci.

“Masjid suatu tempat yang suci dan sepatutnya pengurusan masjid peka bagi mengelak remaja menjadikan masjid sebagai tempat remaja melakukan maksiat dan gejala sosial kerana ia boleh mengundang pandangan serong terhadap Islam,” katanya.

Mohd Saffaruddeen Ali, 36, pula berkata masjid yang mula digunakan pada Mac 2008 itu dikatakan mampu menerima sumbangan dalam jumlah yang banyak setiap minggu terutama pada solat Jumaat tetapi wang yang diterima itu tidak digunakan sebaik mungkin.

Beliau berkata, wang yang diterima sepatutnya digunakan untuk menyelenggara segala kerosakan pada kemudahan masjid tetapi kini difahamkan digunakan untuk membayar kakitangan masjid yang mendapat bayaran yang agak tinggi berbanding tempat lain.

“Selain itu, pengerusi masjid yang dilantik lebih memberi keutamaan kepada orang luar berbanding penduduk di kawasan taman berkenaan untuk jawatan noja dan imam dua. Walhal, sebelah masjid berkenaan adalah Rumah Pangsa Sri Indah yang dihuni 100 peratus orang Islam dengan sebahagiannya mampu mengisi jawatan itu,” katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan aspek keselamatan masjid berikutan pintu masuk utama masjid yang terletak di kawasan strategik itu tidak pernah ditutup dan ruang solat tidak dikunci menyebabkan ia terdedah kepada kegiatan jenayah.

“Kelemahan aspek keselamatan dan kedudukan masjid di tepi jalan ini menyebabkan kawasan masjid ini menjadi sasaran penjenayah sehingga pernah mengalami kecurian apabila sebanyak 32 besi penutup longkangnya dicuri pihak tidak bertanggungjawab pada awal tahun ini,” katanya.

Selain itu, Abdul Rahman Majid, 34, pula berkata beliau kesal kerana ruangan yang dikhaskan untuk perpustakaan di masjid itu tidak digunakan sepenuhnya dan kini dijadikan stor sementara sedangkan ruangan bacaan itu boleh dijadikan sebagai tempat tarikan bagi kanak-kanak ke masjid.

Beliau berkata, walaupun keadaan fizikal masjid itu didapati masih baru, kelemahan pengurusan masjid menyebabkan permaidani di ruangan solat sudah lusuh berikutan jarang dibersihkan dengan mesin hampa gas sehingga menyebabkan kebanyakan jemaah yang alah sering bersin.

“Segala kelemahan yang didedahkan ini bukan untuk menuding jari bagi menyalahkan pihak tertentu tetapi bagi untuk kebaikan jemaah di kawasan ini kerana masjid sepatutnya boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Masjidsuram/Article

20100929

Wakil Rakyat PAS N.Sembilan redah hutan bantu orang Asli

Wakil Rakyat dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Negeri Sembilan iaitu YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau telah meredah hutan belentara melalui titian kayu semata-mata untuk menghulurkan bantuan dan mendengar rintihan orang Asli di Negeri Sembilan.

Ikuti kisah kegigihan YB Taufek bersama orang Asli pada pautan berikut http://kebajikanrembau.blogspot.com/2010/09/ziarah-dan-sumbangan-di-kampung-orang.html

Lepas ni bolehlah Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Ahli Parlimen Rembau buat program serupa.

Pendaftaran Pelajar PASTI Nilai, N.Sembilan kini dibuka

Pendaftaran Pelajar Baru 2011 PASTI Isbat Al-Imtiyaz, Desa Kasia, Bandar Baru Nilai

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2011 adalah dibuka bermula 1 Oktober 2010

Maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Muaddibah di talian 019-2042151 atau datang berkunjung ke PASTI Isbat Al-Imtiyaz , No. 76, Jalan 3/7, Desa Kasia, 71800 Putra Nilai,Negeri Sembilan

Blog di http://pastiisbat.blogspot.com

Waktu Pembelajaran : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Transit Petang : sehingga 5.30 petang

Pelajar : anak-anak yang berumur 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun

Pusat Pembelajaran :
Pelajar 3 tahun dan 4 tahun di Pasti Isbat al-Imtiyaz A
Pelajar 5 tahun dan 6 tahun di Pasti Isbat al-Imtiyaz B

Kurikulum, buku teks dan buku aktiviti : Kawal selia oleh Jabatan Pasti Malaysia

Mata pelajaran (6 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
10. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy*
11. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
12. Cepat Membaca Jawi - Bacalah Jawi*
13. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*

Mata pelajaran (5 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Asas Komputer
10. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
11. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy*
12. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
13. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*

* Tambahan daripada Pasti Isbat al-Imtiyaz selain daripada pakej matapelajaran yang ditetapkan oleh Pasti Malaysia

Mata pelajaran (4 tahun):
1. Anak Soleh Pintar
2. Asas Bacaan - Pasti Adikku Pandai Membaca
3. Asas Penulisan- Pasti Adikku Pandai Menulis
4. Asas Penulisan - Allah Maha Pencipta
5. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
6. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
7. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*
8. Easy 1,2,3*
9. Aktiviti Sambung Titik*
10. Sama atau Beza*
11. Aktiviti Mewarna*

Mata pelajaran (3 tahun)(Kurikulum dan buku ditetapkan oleh Pasti Isbat al-Imtiyaz):
1. Anak Soleh Pintar
2. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku
3. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'
4. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian
5. Asas Tulisan
6. Easy 1,2,3
7. Aktiviti Sambung Titik
8. Sama atau Beza
9. Aktiviti Mewarna

Peperiksaan bagi 5 tahun dan 6 tahun :
Semester pertama (disediakan oleh Pasti Negeri Sembilan)
Semester kedua (disediakan oleh Pasti Malaysia)
Peperiksaan bagi 4 tahun : Disediakan oleh Pasti Isbat al-Imtiyaz
Penilaian Adab Belajar : Muaddibah dan Ibubapa

Pakaian Seragam dan baju sukan : Selaras seluruh Malaysia

Pembelajaran waktu transit petang
1. Cepat Membaca al-Quran - Iqra dan al-Quran'
2. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku
3. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy
4. Aktiviti Kreatif

20100927

Buat KLCC mudah, bentuk mental rakyat susah

Semua pihak sekarang ini kena tumpukan pembangunan mental, bukan pembangunan fizikal semata-mata. Rakyat makin parah dengan pelbagai masalah sosial, keluarga bermasalah, masyarakat bermasalah, negara bermasalah. Tandas pun kita tak boleh bersama menjaga kebersihannya. Pembangunan apa yang kita nak capai, kalau masalah mental semakin bertambah saban hari.

Untuk membentuk mental orang Melayu, rujuklah Al Quran dan Sunnah Nabi.

********************
Mentaliti Rakyat Punca Tandas Awam Kotor

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sikap rakyat sendiri yang menyebabkan keadaan tandas awam di Terengganu kotor.

"Sama dengan tandas di masjid yang masih lagi kotor, sehingga lampin pakai buang bayi dan tuala wanita pun mereka sumbat dalam mangkuk tandas.

"Tin minuman, puntung rokok dibaling keluar dari kereta, begitu juga rambutan, bila makan dalam kereta, biji dengan kulitnya di baling keluar ikut tingkap," katanya

Menteri Besar melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan tandas awam dan juga tandas di masjid.

Beliau turut mengambil contoh apa yang pernah diperkatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana banyak kejayaan sudah dicapai dalam pembangunan, tetapi pada masa yang sama masih juga gagal

“Sebab itu Tun Dr Mahathir pernah menyebut, dia boleh mengubah negara kita dari segi fizikal sebagai sebuah negara setaraf dengan negara maju..kita ada Twin Tower, hebat-hebat pembangunnanya, cerdik pandai..tetapi dari segi mentaliti oang kita masih lagi di tahap dunia ketiga,” katanya.

Sumber : http://teganuku.blogspot.com/2010/04/mentaliti-rakyat-punca-tandas-awam.html

20100926

Anak Melayu , pukul ibu Melayu, masalah Melayu

Pagi minggu 26 September 2010. Pagi yang menyibukkan dari pergi pasar, berkemas dan macam-macam hal. Baru nak duduk ambil nafas, terima panggilan talipon, ada kes remaja Melayu mabuk langgar kereta orang di taman perumahan malam sebelumnya. Baru nak rehat , talipon lagi, Rozmal, datang cepat, no rumah ….. . Saya tanya jalan apa ? Dia kata jalan …. Bunyi memang kecoh, tak tahu lah, kes langgar ke , kes gaduh ke, rumah terbakar ke.

Sampai rumah yang dimaksudkan kecoh, rupa-rupanya kes remaja 14 tahun bergaduh dan pukul emaknya. Kawan saya yang talipon tadi pergi kejar dan tangkap remaja tadi. Memang kecoh, emak dah suruh bawa anak dia tempat lain.

Untuk menenangkan keadaan saya dan kawan saya bawa remaja tadi jauh sikit, duduk dalam kereta, beri minum air kosong, tanya nama dan latar belakang. Bila dah reda, kami minta remaja tadi jumpa balik emaknya. Kalau ikutkan hati memang nak penumbuk je remaja tadi, tapi kalau kita marah, lagi dia marah.

Tak pula remaja tadi marah-marah, siap salam tangan dan cium tangan saya dan kawan saya lagi lepas tu.

Kenalah guna pendekatan lain. Itu baru satu kes, entah berapa banyak lagi kes macam ni.

Kalau nak Melayu bersatu. Mulakan dari rumah, dari keluarga sendiri, dari jiran tetangga sendiri. Masjid dan surau perlu dimakmurkan.

Tandas Hutan Rekreasi NS penuh tahi



Dari Blog Singalautmetro

TANDAS HUTAN REKREASI NEGERI SEMBILAN SAMA SAJA. PENUH BERTAHI

SINGGAH di tandas Hutan Lipur di Bukit Putus Jelebu dan di Bukit Tangga, Kuala Pilah. Sama sahaja. Singgah di tandas Hutan Rekreasi Tanjung Agas dan di Pasir Panjang, Port Dickson, pun serupa. Belanja tandas yang dicat cantik dari luar begitu tinggi, tapi sayang ia hanya dimanfaatkan sebagai setor menyimpan najis manusia!

Pengotor betul. Betul-betul pengotor. Tiada langsung tandas yang layak digelar tandas di kesemua tandas yang dilawati. Ia seolah-olah tandas untuk kegunaan orang yang tiada mata dan kehilangan kompas.

Di tandas Hutan Rekreasi berhampiran sebuah kolej universiti swasta di Pasir Panjang, misalnya najis manusia boleh dilihat bersepah-sepah dari pintu masuk hinggalah ke sinki!

Apa makna semua ini? Apakah sifat manusia pengguna tandas awam di hutan lipur atau rekreasi itu sememangnya mewakili sifat haiwan? Kalau difikirkan, kucing mahu membuang hajat pun sanggup mengais pasir untuk menutup bahan buangannya. Inikan manusia. Tandas cantik tidak dimanfaatkan sebagai tandas untuk kegunaaan manusia.

Apakah perancangan dalam membina tandas awam ini berkonsep 'Bina dan Buang'. Maknanya, apabila tender dikeluarkan dan kontraktor menyiapkannya, pengguna pula boleh membuang sesuka hati, tanpa adanya pemantauan daripada pihak berkuasa? Sifat buruk dalam penggunaan tandas awam di negara ini, terutama yang terletak di hutan-hutan rekreasi bukan cerita baru. Ia telah menjadi legenda tahun bertahun.

Kalaulah pelancong asing dari Jepun dan Singapura tersesat ke tandas di semua hutan lipur yang saya maksudkan, tentu ada di antara mereka akan pengsan kerana terkejut melihat hiasan dalaman yang direka dengan pelbagai aneka tompok najis manusia! Alangkah malunya kita. Alangkah malunya kita!

Jika pengguna sudah demikian sifat buruknya, di manakah pula peranan pihak berkuasa tempatan. Apakah kontraktor yang diberi tugas membersihkan tandas berkenaan hanya tahu mengutip bayaran pada hujung bulan, sedangkan mereka sendiri tidak pernah masuk ke dalam tandas berkenaan?

Ayuh Negeri Sembilan! Jangan malukan waghih yang datang melawat.

Saya cadangkan pergilah ke tandas hutan lipur berkenaan.

Anda akan menikmati satu suasana yang memberikan pengalaman sudah tentu amat sukar untuk dilupakan!

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/tandas-hutan-rekreasi-negeri-sembilan.html

Raya bersama Salahudin Ayub 29 Sep 2010 Seremban

MAJLIS SALAM AIDILFITRI 1431H
Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : PASTI Al-Wildan, Taman Setia Jaya, Jalan Jelebu, Ampangan, Seremban, (Sebelah Masjid Dato' Klana Petra Sendeng)

Tetamu Undangan : YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)

Semua Dijemput Hadir

Anjuran: PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama Dewan-Dewan

20100925

Orang Melayu pengotor, tandas awam Rembau kotor


Melayu nak maju, tetapi tandas kebanyakan tempat, kotor menjijikkan termasuk di sekolah, stesen bas, malahan masjid dan surau. Orang Melayu sangka itu semua kerja Majlis Daerah, siak dan sebagainya. Kalau Melayu nak maju dan bersatu pastikan tandas bersih macam orang Jepun, macam orang di negara barat. Berapa kali saya jumpa pampers bayi ditinggalkan atas lantai dan sinki masjid dan surau. Tahi dah kering dan keras di mangkuk tandas.

Baru ni saya terima SMS lepas raya iaiti : “berhenti di gerai majlis daerah rembau dekat dgn balai polis, ingatkan dapatlah sembahyang di surau yang disediakan malangnya paip dah ditutup, tolong hilite”

Saya balas balik insyaAllah, boleh solat di Surau Kuarter Balai Polis Rembau, masuk terus tepi balai polis.

Mungkin elok dibuat promosi dalam akhbar dan TV artis, wakil rakyat, ahli parlimen dan lain-lain pemimpin buat lawatan mengejut ke mana-mana tandas awam, terutama di masjid dan surau, bawa bersama kelengkapan untuk mencuci tandas, agar dapat dicontohi oleh peminat dan rakyat jelata.

Jangan anggap kerja cuci tandas ini hina, anggaplah ia pekerjaan mulia dan hanya mengharapkan balasan baik dari Allah swt.

***********************
Tandas awam kotor, jijik

Sinar Harian 25 September 2010

REMBAU - Kotor, menjijikkan dan busuk. Tiga perkataan itu dapat menggambarkan keadaan tandas awam di daerah ini yang menjadi tumpuan orang ramai kerana berhampiran dengan Stesen Bas Pekan Rembau.

Tinjauan Sinar Harian seawal jam 9 pagi mendapati, tandas awam masih kotor dan belum dibersihkan terutama tandas lelaki.

Walaupun terdapat pekerja yang bertanggungjawab membersihkan tandas namun tahap kebersihan belum cukup memuaskan.

Pengerusi Persatuan Kereta Sewa Daerah Rembau, Sani Awang Jelani, 60, berkata, masalah tandas awam bukanlah perkara baru kerana pihaknya sendiri pernah menerima rungutan daripada orang ramai yang menggunakan tandas berkenaan.

“Perhentian teksi ini hanya beberapa meter sahaja dari tandas awam ini. Tahap kebersihannya amat menyedihkan, sekali gus memberi imej buruk jika terdapat orang luar yang menggunakan tandas di sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, bukan sahaja di dalam tandas kotor malah persekitaran luar tandas turut dipenuhi sampah-sarap, seolah-olah tandas awam dijadikan sebagai tempat membuang sampah.

“Sepatutnya tandas awam ini dibersihkan setiap hari kerana ramai orang menggunakannya, tetapi disebabkan cara pembersihannya dilakukan secara ala kadar, tandas awam ini menjadi begitu kotor dan berbau busuk,” katanya.

“Lebih mendukacitakan kerana sebelum ini belakang tandas awam ini turut menjadi tempat pelajar terutama lelaki menukar pakaian seragam sekolah disebabkan mahu ponteng sekolah,” katanya.

Sani Awang berkata, dia pernah menghubungi pihak polis berikutan masalah pelajar ponteng dan usaha itu dilihat memberikan kesan positif kerana selepas beberapa kali tangkapan dibuat, gejala itu dilihat semakin berkurangan.

“Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan ini.

“Pada masa sama, kami juga kesal dengan masalah vandalisme yang dilakukan di surau berhampiran kerana sudah beberapa kali kepala paip yang digunakan untuk mengambil wuduk dipatahkan menyebabkan kesukaran jemaah mahu mengambil air wuduk,” katanya.

Menurutnya, perbuatan itu hanya menyusahkan orang ramai.

“Walaupun terdapat usaha menggantikan kepala paip baru tetapi menjelang beberapa minggu kemudian, ia hilang semula,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8214909.asp

Misteri UFO di Kuala Lumpur terungkai




Apakah UFO atau piring terbang yang dilihat seperti laporan akhbar di bawah ini sebenarnya hanyalah UFO mainan yang banyak dijual di internet ? UFO seperti ini telah digunakan oleh pihak tentera dan perisikan di beberapa negara yang lengkap dengan sistem navigasi, kamera video dan sebagainya.

Namun ianya juga ada dijual sebagai permainan pada harga yang berpatutan hanya dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh atau remote contol.

*********************

Terkejut lihat piring terbang

Harian Metro 24 Sep 2010

KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya terkejut melihat tiga objek asing berbentuk bulat seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di depan mata ketika sedang menonton televisyen sebelum meluru keluar ke balkoni rumah untuk melihat objek itu.

“Saya dan anak perempuan, Dahlia Mohd Sabran, 18, cuba memerhatikan objek itu dan mendapati ia berbentuk bulat berwarna oren yang setiap satunya mempunyai enam lampu,” kata seorang usahawan, Rozaina Masran, 42, yang melihat kejadian aneh itu ketika berehat di kondominiumnya, di Bukit Jalil.

Katanya, objek UFO itu muncul sebanyak dua kali iaitu pada jam 11 malam dan 2 pagi kelmarin, yang terbang pada ketinggian 10 meter dari rumahnya.


“Saya percaya objek itu UFO kerana ketiga-tiganya berada berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak bertembung.


“Sekiranya kapal terbang biasa, saya rasa mereka akan musnah kerana terlalu dekat,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.


Menurutnya, UFO itu juga tidak mengeluarkan bunyi dan hanya mengeluarkan cahaya serta bergerak pantas kira-kira 10 saat naik ke angkasa.


Rozaina berkata, dia menceritakan hal itu kepada anak lelakinya, Mohd Hazril Syafik, 23, tetapi dia tidak mempercayai langsung dan mengatakan saya menipu.


“Kira-kira jam 2 pagi objek itu muncul dan tanpa berlengah anak lelaki saya terus merakamnya dengan video serta telefon bimbit.


“Kami mula mempercayai kewujudan UFO selepas melihat sendiri dalam jarak yang sungguh dekat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terkejutlihatpiringterbang/Article

Beberapa laman web di bawah yang menjual UFO mainan di :

http://www.trendtimes.com/nmuseadrcufo.html
http://www.tootoo.com/d-rp11981422-New_Design_UFO/
http://www.high-techmagic.com/ufo.html

Misteri Bola Api, tarik pelancong ke Banting, Selangor


Beberapa laporan sebelum ini menyatakan kelihatan bola api berterbangan berhampiran sungai di sekitar Banting, Morib dan Tanjung Sepat. Kejadian bola api terbang ke udara ini memang benar berlaku di Sungai Mekong setiap tahun pada bulan Oktober. Menurut kajian sains kejadian bola-bola api dari sungai terbang ke udara ada kaitan dengan kandungan sungai yang mengandungi gas methane serta tarikan graviti bulan yang kuat pada ketika itu.

Mungkin kejadian bola-bola api yang terdapat di sungai sekitar Banting boleh dijadikan daya tarikan pelancongan yang baru, sebagai saksi kejadian alam semulajadi ciptaan Allah yang Maha Esa.

**************
Bola Api Misterius

Setiap tahun, penduduk Thailand berkumpul di sepanjang sungai Mekong di propinsi Nong Khai untuk menyaksikan sebuah fenomena misterius berupa naiknya bola-bola cahaya misterius dari permukaan sungai. Para penduduk lokal menyebutnya Bung fai paya nak atau bola-bola api naga.

Pada malam, tanggal 4 Oktober 2009 kemarin, para penduduk dan turis berdiri berjejer di pinggir sungai Mekong di propinsi Nong Khai. Mereka sedang menunggu fenomena yang disebut bola api naga.

Tidak berapa lama kemudian, dari permukaan sungai, puluhan bola-bola cahaya berwarna merah jambu menyembur dengan indah seperti sebuah orkestra yang dipimpin oleh seorang konduktor. Semua mulai bersorak kegirangan dan bertepuk tangan dengan keras.

Kementerian sains Thailand punya pendapat yang sedikit berbeda. Namun mereka setuju bahwa fenomena ini disebabkan oleh gas alam. Menurut mereka, fenomena ini muncul akibat pembakaran gas Phosphine.

Menurut kementerian sains Thailand, jawabannya adalah karena akumulasi gas di dasar sungai mencapai puncak pada bulan Oktober. Karena sudah mencapai puncak, maka gas yang telah terkumpul akan menyembur ke atas membentuk bola-bola cahaya yang misterius itu.

http://nukay81.blogspot.com/2010/08/bola-api-misterius.html

King of Naga fireballs from the Mekhong river

The northeastern province of Nong Khai in Thailand is gearing up to yet again host for the special festivities and prepare extra home-stay accommodation for the crowds of visitors during the yearly Naga fireball phenomenon of next month.

The appearance of the fireballs from the King of Naga Serpent is the simultaneous interplay of several natural forces, including a presence of condition that is favorable for the formation of Methane-Nitrogen gas with more than 19% of purity. Also the presence of aerobic and anaerobic bacteria co-existing in the Mekhong river habitat at depths of 4.55 to 13.40 meters, where organic deposits are formed on a bed of clay or sand with a surrounding temperature that is higher than 26 degrees Celsius and a PH value of the river water in-between 6.4 to 7.8 degrees.

http://www.thaipro.com/thailand_00/148_naga_fireballs.htm

0CERITA API TERBANG DI SUNGAI KANCHONG LAUT MULAI HEBOH!!

MALAM tadi saya sempat meninjau-ninjau sekitar Banting, Morib dan Tanjung Sepat. Nampaknya bukan saya seorang sahaja berminat untuk mendengar cerita tentang api terbang yang kedengaran sejak tiga hari lalu. Beberapa orang yang saya temui juga ada menganggukkan kepala.

Berbalik kepada certa api terbang di tepi-tepi sungai, memang pelbagai versi didengar. Ada mengatakan kejadian itu bukan berlaku sekarang, tetapi sejak beberapa tahun lalu dan ada cerita pula terdengar mengatakan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang pulang waktu malam menunggang motosikal, terjatuh kerana mendakwa terkejut nampak segumpal api terbang tidak tinggi dari kepalanya melintasi jalan.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/cerita-api-terbang-di-sungai-kanchong.html

Mainan balon api udara

Pada tahun 2000 sekitar bulan April, di kota Tegal di malam hari, banyak terlihat titik2 api kecil yang melayang-layang dilangit. Tadinya saya pikir kembang api model apa lagi ini?

Ternyata ini bukan kembang api. Ini mengambil ide dari "balon udara", yaitu sebuah kantong plastik tipis dengan diameter kira-kira 40 cm dan panjang 80 cm yang dibawahnya diberi rangka kawat tipis melingkari sisi bawah kantong plastik, ditengahnya melintang juga kawat mengikuti diameternya dan ditengahnya di kaitkan sedikit gumpalan kapas. Kapas ini nantinya di basahi dengan minyak goreng dan kemudian dibakar dan beberapa saat kemudian kantong plastiknya akan mengelembung dan mulai terangkat keatas. Ada banyak yang menjualnya di kaki lima dengan harga Rp.500,-/buah.

Permainan kreatip ini sudah memakan korban beberapa rumah yang terbakar. Seorang kawan saya yang bernasib mujur bercerita bahwa rumahnya nyaris kebakaran gara-gara permainan ini. Sebuah balon udara yang gagal mencapai langit bebas, tersangkut di atap rumahnya, dan membakar kantong plastik itu sendiri. Kantong plastik yang terbakar membuat api menjadi makin besar dan meleleh dari atap menetes pada kayu2 rangka atap sehingga terbakar. Beruntung bahwa ybs. segera tahu dan berhasil memadamkannya, meskipun ibunya sempat histeris karena ketakutan.

http://www.betaufo.org/ifo/mainan_balon.html

Hj Md Sabu di Seremban 29 Sep 2010


CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 29 Sep 2010
Hari : Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Pekan Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan (berhampiran tapak Pasar Malam)
Bersama :
Haji Mohamad Sabu - AJK PAS Pusat
YB Loke Siew Fook - Ahli Parlimen Rasah
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dato’ Rahmad Abd Jalil – Yang Dipertua PAS Rasah

Anjuran :
PAS Kawasan Rasah dengan kerjasama Lajnah Penerangan PAS N.Sembilan

Penyerahan Kunci Rumah Prihatin PAS 28 Sep K.Pilah


Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Pilah

Tetamu Khas : YB Ustaz Nasharuddin Mohd Isa, Timbalan Presiden PAS

Tarikh : Selasa 28 September 2010
Masa : 8.00 mlm - 12 .00 tgh mlm
Tempat : Rumah Encik Abdul Aziz Maarof, Kg Dioh, Kuala Pilah, N.Sembilan

Aturcara Majlis :
- Jamuan Hari Raya
- Penyerahan Kunci Rumah Prihatin Pas*
- Meraikan Anak-Anak Yatim
- Persembahan Multimedia
- Ceramah

Semua Di Jemput Hadir

20100924

Pendaftaran murid Sek Ren Islam, Seremban 2011 kini dibuka


PENDAFTARAN MURID SESI 2011 KINI DIBUKA

Pendaftaran murid untuk sesi 2011 ke Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah , Jalan Senawang-Paroi, Seremban kini dibuka.

Ibubapa yang mempunyai anak untuk kemasukan kelas PRA , Tahun 1 hingga Tahun 6 dialu-alukan mendaftarkan diri.

Pendaftaran adalah terhad dan yang terawal yang akan diutamakan.

Juga boleh daftar secara online di http://www.sps.net.my/srias/sps/edaftar/reg.php

Maklumat lanjut di http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/09/pendaftaran-murid-sesi-2011-kini-dibuka.html

20100921

Rakyat Indonesia lebih bersopan di jalanraya

328 MATI SEPANJANG AIDILFITRI DI INDONESIA, 248 MATI DI MALAYSIA

Dari Blog Singalautmetro

DALAM TEMPOH tiga minggu, kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia dan Indonesia dikatakan agak berbeza polanya kalau dibandingkan jumlah kenderaan dan kepadatan penduduk di kedua-dua negara.

Dalam tempoh hampir sama, Indonesia mencatatkan 328 kematian, manakala Malaysia mencatatkan 248 maut. Jumlah penduduk di Indonesia pula dikatakan mencecah 310 juta orang manakala di Malaysia hanya 26 juta sahaja. Nisbah kenderaan pula dikatakan memihak kepada Indonesia yang mempunyai lima kali ganda lebih banyak kenderaan di negara ini.

Cuba nilaikan di manakah rasionalnya sikap pemandu di negara ini. Ternyata harga nyawa di negara ini semakin murah berbanding di negara jiran!

Namun apa yang jelas, sikap pemandu sememangnya antara faktor penting yang menyumbang kepada kehilangan nyawa sepanjang cuti perayaan. Ini ditambah pula sikap suka memandu laju tapi tidak mempunyai kemahiran mengawal kenderaan yang dikatakan diwarisi oleh pemandu kenderaan di negara kita.

Di Indonesia, kenderaan di banadaraya utama seperti di Jakarta dan Medan bertali arus ketika pulang beraya, namun mereka hanya menggunakan hon dan persefahaman yang dipercayai diwarisi daripada budaya 'tumpang lalu' untuk mengelakkan kemalangan maut.

Namun di Malaysia, undang-undang, peraturan, peguatkuasaan dan peruntukan kewangan terpaksa dilabur bagi menangani kemalangan pada setiap kali pulang menyambut perayaan. Namun hasilnya habuk!

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/328-mati-sepanjang-aidilfitri-di.html

Jamuan Raya Taman Alamanda 2 Okt 2010

Kepada ,
Semua warga Taman Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt .

Tuan/Puan ,

PER : JEMPUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Sukacita dimaklumkan tuan/puan sekeluarga adalah dijemput untuk menghadiri program berikut :

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA TAMAN ALAMANDA
Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tempat : Perkarangan Surau Taman Alamanda

Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga , akan memberi manafaat kepada kita semua serta menguatkan persaudaraan dan kerjasama sesama kita dan dirahmati Allah swt.

Sekian , wassalam.

Yang benar ,

Khairuzzaman bin Mohd Yusof
Pengerusi Surau dan Taman Alamanda

20100920

Sertai Program Wakaf Quran untuk Islam Minoriti


WAKAF AL-QURAN UNTUK ISLAM MINORITI

Program Wakaf al-Quran bukan sahaja membolehkan umat Islam minoriti sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing, malah merapatkan hubungan sesama masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Yayasan Restu http://www.restu-art.com/ , Datuk Latif Mirasa berkata, terjemahan al-Quran dalam bahasa tempatan mereka bukan sahaja dibaca masyarakat Islam, bahkan bukan Islam sekali gus memahami keindahan dan kecantikan Islam dengan lebih mendalam.

Katanya, Yayasan Restu buat pertama kalinya akan menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa minoriti Islam Kemboja, selain Mandarin dan Tamil yang dijangka diedarkan ke beberapa negara dalam tempoh empat bulan lagi.

Program yang menawarkan sumbangan RM1 hingga RM10 boleh dilakukan dengan menaip wakaf 1 bagi RM1 atau seterusnya sehingga wakaf 10 (RM10) dan kemudian dihantar ke 32728.

Sumbangan juga boleh terus disalurkan ke Bank Islam Bhd., atas nama Yayasan Restu Wakaf dengan nombor akaun: 14032010021452.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Nasihat kepada ibu bapa anak memandu tanpa lesen


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Harap ibu bapa dapat kawal anak-anak sendiri, jangan benarkan mereka memandu tanpa lesen. Anak-anak ni depan kita bawa perlahan, belakang kita siapa yang tahu ?

*************************
Remaja parah dalam kemalangan
Sinar Harian 20 Sep 2010

PEDAS - Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka bergesel antara satu sama lain sebelum melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 1, Jalan Pedas- Kundur-Linggi, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, dua remaja berkenaan masing-masing menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dan Modenas Kriss cedera parah.

Mangsa, Saifullah Helmee Kamarulzaman, 13, patah kaki, manakala Mohd Hanafi Md Saderi, 14, cedera parah di kepala.

Seorang lagi pembonceng salah sebuah motosikal terbabit mengalami cedera ringan dan dirawat di Klinik Kesihatan Pedas sebagai pesakit luar.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku apabila dua buah motosikal terbabit bergesel lalu hilang kawalan menyebabkan kedua-duanya memasuki arah bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemandu Proton Saga berkenaan yang dikenali sebagai Suthershen, 19, berkata, dia terkejut apabila melihat dua buah motosikal itu hilang kawalan, lalu melanggar kereta yang dipandunya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman KSNS, Chembong dan terpaksa membrek secara mengejut.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Selepas kejadian saya melihat kedua penunggang motosikal itu jatuh dan terbaring di atas jalan raya.

“Saya menjadi cemas kerana salah satu motosikal terbakar di bahagian depan tetapi api tersebut berjaya dipadamkan orang ramai yang berada di kawasan kejadian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8193267.asp

Naik motosikal berempat : Remaja 14 tahun maut

MELAKA 14 Sept. 2010 - Hanya deraian air mata mampu menggambarkan perasaan sedih seorang bapa yang terpaksa memangku anaknya yang sedang nazak setelah terbabit dalam kemalangan.

Insiden menyayat hati itu berlaku kira-kira seminit sebelum remaja berkenaan menghembuskan nafas terakhir selepas parah apabila motosikal dinaikinya bersama adik dan dua rakannya terbabas di Bukit Beruang di sini malam tadi.

Lebih memilukan, kemalangan berlaku tidak lama selepas remaja itu, Khairul Anuar Shahrir, 14, meraikan rakan-rakannya sempena Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Kampung Bukit Beruang yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Tiga pembonceng yang terselamat dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam tadi ialah adiknya, Khairul Areff, 9, dan dua rakan mereka dari Taman Bukit Katil iaitu Mohd. Shidi Rashid, 14, dan Iffwandi Atan, 12.

Bagaimanapun, Iffwandi ketika ini dilaporkan koma di Hospital Melaka sementara Khairul Areff mengalami patah tangan kiri dan terseliuh di leher manakala Mohd. Shidi patah tangan kiri.

Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam A. E. Kling berkata, siasatan awal mendapati, motosikal dinaiki empat remaja itu datang dari arah lampu isyarat Taman Kerjasama menuju ke Jalan Istana Melaka.

"Sebaik sahaja tiba di satu selekoh Jalan Bukit Beruang berhampiran Taman Bunga Raya, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka sementara tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bapa Khairul Anuar, Shahrir Salim 48, berkata, hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya memangku anak keenamnya daripada lapan beradik itu di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Kira-kira pukul 9.20 malam, saya ada menegur Nuar (Khairul Anuar) yang ketika itu sedang sibuk meraikan rakan-rakannya makan di rumah tetapi dia hanya diam dan meneruskan makan sambil melayani rakan-rakannya.

"Beberapa minit selepas itu, arwah memang ada beritahu saya hendak keluar mengambil radio di rumah rakannya tetapi saya menyuruhnya jalan kaki sahaja kerana jaraknya yang dekat," katanya ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang di sini.

Turut menziarah keluarga mangsa ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Shahrir menambah, dia mendapat panggilan telefon mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 10.15 malam daripada orang awam yang mendapatkan nombor telefon bimbitnya daripada Khairul Areff.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, saya lihat badan arwah telah dihempap motosikal dan ketika itu dia masih bernyawa tetapi dalam keadaan yang sudah nazak namun sempat membantunya mengucap," katanya menahan sebak.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm

20100919

Masalah mental negara serius, 2,000 kes tiap tahun

Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 18 Sept. 2010 - Masalah mental di negara ini semakin membimbangkan apabila sekurang-kurangnya 2,000 kes baru skizofrenia dilaporkan di seluruh negara setiap tahun.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, selain daripada jumlah yang dilaporkan itu, beliau yakin masih ramai lagi pesakit skizofrenia belum dirujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya.

Jelas beliau, punca-punca yang menyebabkan seseorang menghidap skizofrenia termasuklah penyakit keturunan, menghadapi kesukaran dan masalah ketika proses melahirkan, pengambilan dadah serta kecederaan otak.

"Bagaimanapun, skizofrenia boleh dirawat dan pesakit akan sembuh sepenuhnya jika mereka menerima rawatan awal," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Hari Kesedaran Skizofrenia 2010 di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menerima Anugerah PINEL 2010 atas sumbangan beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Dalam pada itu, wartawan Utusan Malaysia, Noor Fazrina Kamal menerima Anugerah Hari Kesedaran Skizofrenia 2010 bagi kategori artikel berbahasa Malaysia.

Penyakit skizofrenia merupakan salah satu sakit mental serius yang menyebabkan tingkah laku dan emosi seseorang berubah secara drastik.

Pesakit skizofrenia mempunyai pelbagai gejala seperti halusinasi, delusi, paranoia, emosi keterlaluan dan kemurungan.

Dr. Abdul Kadir juga memberitahu, skizofrenia perlu dirawat secepat mungkin bagi mengurangkan kemungkinan penghidapnya berubah menjadi ganas.

"Pesakit skizofrenia terutamanya dalam kalangan lelaki khususnya di peringkat belia lebih cenderung untuk melakukan keganasan jika tidak mendapatkan rawatan.

"Sementara itu, jika mereka ini turut mengambil dadah terlarang di samping enggan menerima rawatan, maka kecenderungan mereka untuk bersikap ganas ialah 20 kali ganda berbanding pesakit yang menerima rawatan,'' jelasnya.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengesyaki mereka sendiri atau ahli keluarga menghidap masalah mental untuk segera berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

"Rawatan berterusan sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk memulihkan pesakit ini dan pada masa yang sama, sokongan moral daripada ahli keluarga dan sahabat-handai sangat diperlukan," katanya.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

Hantu Pocong Rembau, Pontianak Pilah, Api Terbang Banting

Beberapa bulan lepas saya bertemu dengan Ustaz Zakaria Talib http://ibnuzakirin.blogspot.com yang juga merupakan ayah saudara kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Ustaz Zakaria mengatakan di Malaysia sekarang ini semakin banyak kekacauan, antara punca katanya ialah terlalu banyak aktiviti sihir dan pemujaan. Beliau berpesan kepada saya dan minta sampaikan kepada semua sahabat agar banyakkan beramal, solat, baca al Quran di masjid, markas dan rumah.

Ustaz Zakaria Talib juga adalah merupakan anak murid Sheikh Mahmud al Mazjub dari Madrasah Nurul Iman , Hulu Langat http://www.nuruliman.com.my/versi_melayu/

Semakin lama saya perhatikan semakin banyak kekacauan yang berlaku di Malaysia sekarang ini, tiada noktahnya.

Semalam 18 September 2010 saya sekeluarga menziarahi datuk dan nenek serta saudara mara di Kg Tanjong, Kota, Rembau.

Dalam perbualan saya bersama adik sepupu saya, dia menceritakan kecoh sekarang ini di kampung ialah kemunculan hantu pocong dan beberapa hantu lain sekitar Kg Tanjong dan Kg Gadong (kampong Khairy Jamaluddin).

Hantu pocong katanya dah ramai orang kampung lihat di jambatan yang menghubungkan Kg Kota Pulau dan Kg Tanjung. Hantu pocong ini akan muncul lepas tengah malam hingga awal pagi. Beberapa penduduk kampung cuba mengambil gambar pocong ini tetapi tidak berjaya. Pocong ini katanya tidak lari, sebaliknya hanya duduk merenung sahaja. Kalau lampu kereta terang tak nampak katanya, lampu kereta pasang yang kecil, barulah nampak pocong ini, dan kedengaran pelbagai bunyi pelik dan binatang pelik seperti katak panjang katanya.

Di Kg Gadong pula katanya ada 2 hantu yang bongkok bertelinga besar.

Orang Melayu perlu kembali kepada ajaran Islam secara keseluruhannya. Masjid dan surau perlu dihidupkan. Surau di Kg Kota Pulau dah lama tak didirikan solat jemaah, begitu juga banyak masjid di sini yang mati. Di Kg Penajis jiran saya kata solat Tarawih hanya satu saf, solat raya pun tak penuh.

Tidak hairanlah sekarang semakin banyak pembunuhan, pesakit mental, kes perceraian, masalah sosial dan macam-macam lagi. Apabila surau dan masjid semakin mati, semua masalah ini , semakin hari akan semakin serius dan membarah. Buatlah macam-macam kertas kerja dan seminar sekalipun, selagi masjid, surau dan rumah sunyi dari amal ibadah, zikir, majlis ilmu dan bacaan Quran ianya tidak akan ke mana-mana.

Sihir yang paling banyak didunia ialah sihir yang memisahkan suami dan isteri, anak dengan emak, anak dengan ayah, rakan seperjuangan dalam parti dan sebagainya, kerana ini ialah sihir yang mula-mula manusia belajar.

Sedikit maklumat berkaitan Sheikh Mahmud al Mazjub. Juga berita lain mengenai kelibat pontianak di Kuala Pilah, lembaga hitam di Lebuhraya Utara Selatan dan bola api di Banting.

*******************
(Kata-kata dari laman web Sheikh Mahmud al Mazjub : Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.)
Sementara itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai satu lagi laporan portal berita bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa makan tengah hari di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat, Selangor semalam. Perdana Menteri berkata, beliau mengenali tokoh agama, SHEIKH MAHMUD AL-MAZJUB dan menerima jemputan makan tengah hari sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran madrasah itu.
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&y=2009&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

JENIS-JENIS SIHIR TERLALU BANYAK, antaranya;
1-Sihir pisah, sihir yang pertama sekali wujud yang dipelajari oleh penduduk Babil seperti menceraikan suami isteri, ayah dan bapa dan sebagainya.
http://muallij-islamiah.blogspot.com/2010/08/alam-jin-dan-sihir.html

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hantu_bungkus

ISTERI DAKWA NAMPAK OBJEK HITAM SEBELUM KEMALANGAN
TAMPIN 13 Sept. - Isteri kepada anggota polis yang maut bersama anaknya dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas hari ini berkata, dia dan suaminya ternampak satu objek hitam berada di laluan kanan lebuh raya itu sebelum kereta dinaiki mereka merempuh objek tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

PONTIANAK DI KUALA PILAH
Kisah ni berlaku masa raya ke dua hari Sabtu lepas. Hari Raya kedua aku beraya di Kuala Pilah di Rembang Panas. Seharian aku di situ beraya. Semasa on the way balik, ada satu simpang di mana kalau ke kanan akan kuar di Pekan Pilah melalui depan Pejabat Daerah nanti tapi aku tak amek simpang ke kanan, aku terus saja, nanti akan kuar di belakang Pejabat Daerah melalui pejabat Risda dan sapa yang tau belah kiri nanti ada Restoran D Rimba. Di simpang tu...ada wayar letrik yang melintang.
Ok..terus terang aku cakap..kat wayar melingtang tu ada lembaga berkain putih dengan rambut hitam yang amat panjang.
http://mrchentasprofile.blogspot.com/2010/09/pontianak-di-kuala-pilah.html

CERITA API TERBANG DI SUNGAI KANCHONG LAUT MULAI HEBOH!!
Malam tadi saya sempat meninjau-ninjau sekitar Banting, Morib dan Tanjung Sepat. Nampaknya bukan saya seorang sahaja berminat untuk mendengar cerita tentang api terbang yang kedengaran sejak tiga hari lalu.
Berbalik kepada certa api terbang di tepi-tepi sungai, memang pelbagai versi didengar. Ada mengatakan kejadian itu bukan berlaku sekarang, tetapi sejak beberapa tahun lalu dan ada cerita pula terdengar mengatakan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang pulang waktu malam menunggang motosikal, terjatuh kerana mendakwa terkejut nampak segumpal api terbang tidak tinggi dari kepalanya melintasi jalan.
http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/cerita-api-terbang-di-sungai-kanchong.html

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

20100918

Gantung diri, bakar, kelar perut dalam sehari

Semakin haru biru Malaysia. Dalam masa sehari satu akhbar melaporkan kes mati tergantung, bakar rumah sendiri dan kelar perut sendiri. Itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan ? Kenapa jadi begini Malaysia ku ? Rakyat Malaysia sudah hilang arah tujuan. Tidak mustahil bunuh diri akan jadi penyebab utama kematian di Malaysia bukannya sakit jantung.

Artikel mengenai betapa seriusnya kes bunuh diri di Malaysia dan 3 juta rakyat Malaysia hidap sakit mental di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**********************
Wanita terkejut temui anak tergantung pada jeriji tingkap
Harian Metro 18 Sep 2010

KULIM: Sejam selepas melihat anak lelakinya sedang asyik menggunakan komputer, seorang wanita terkejut apabila mendapati pemuda itu ditemui tergantung pada jeriji tingkap rumahnya tidak lama kemudian.

Wanita itu yang kali terakhir melihat anaknya kira-kira jam enam pagi kelmarin, memanggil jiran untuk membantu menurunkan mangsa selepas menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

Difahamkan mangsa juga sudah menulis surat untuk berhenti kerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan dekat sini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal apabila ambulans tiba di rumahnya di Taman Kangkong, dekat sini dan dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Seorang kenalan yang tidak mahu dikenali berkata, mangsa seorang pendiam dan baik serta tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Saya terkejut mendapat tahu dia ditemui tergantung di dalam biliknya kerana dia tidak pernah menceritakan masalahnya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kulim ketika dihubungi berkata, mangsa berusia 23 tahun, bekerja sebagai penjawat awam serta mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan mendapati tiada perbuatan khianat terhadap mangsa.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Seluang selepas solat Asar, kelmarin.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitaterkejuttemuianaktergantungpadajerijitingkap/Article

Lelaki kurang siuman bakar rumah sendiri
Harian Metro 18 Sep 2010

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman menggemparkan penduduk kampung apabila bertindak membakar rumahnya sendiri di sebuah kampung di Permatang Tengah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kebakaran mengakibatkan rumah mangsa hangus, namun mangsa berusia 30 tahun sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.19 petang dan tiba di tempat kejadian jam 3.27 petang.


Menurutnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 3.54 petang dan rumah mangsa yang diperbuat daripada papan terbakar hampir 95 peratus dengan kerugian dianggar RM60,000.

“Mangsa tidak memberi apa-apa komen ketika siasatan dilakukan bagaimanapun jiran mangsa berpendapat mangsa sendiri menyebabkan kebakaran rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan mental dan pihak bomba masih meneruskan siasatan mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak bomba turut berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakikurangsiumanbakarrumahsendiri/Article

Gadis diminta putus tunang dua kali cuba bunuh diri
Harian Metro 18 Sep 2010

KOTA KINABALU: Lantaran terlalu kecewa serta tidak dapat menerima hakikat dirinya bukan pilihan sebagai calon menantu, seorang gadis bertindak mengelar perut sendiri selain minum minyak pelincir.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin di Kampung Tigot di sini, gadis berusia 17 tahun itu ternyata masih panjang umur kerana tindakan bodohnya itu disedari ibunya, lalu segera menghantarnya ke hospital untuk rawatan.

Gadis berkenaan sebelum itu hilang pertimbangan berikutan kecewa apabila ibu tunangnya meminta dia memutuskan pertunangan dengan anaknya kerana tidak menyukainya.

Berasa terhina dengan kata-kata ibu tunangnya, mangsa cuba membunuh diri dengan mengelar perut menggunakan kaca cermin yang dipecahkan, namun perbuatannya itu disedari ibunya yang terdengar jeritan mangsa.

Perbuatannya itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan serius di perutnya sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, tindakan mangsa tidak berakhir di situ kerana selepas dibenarkan pulang, gadis berkenaan sekali lagi memberikan kejutan kepada keluarganya apabila meminum minyak pelincir kenderaan ketika berada bersendirian di dalam biliknya.

Perbuatan gadis berkenaan sekali lagi disedari ibunya selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila anaknya itu berdiam diri di dalam bilik sebelum membawanya ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan sudah merekodkan kenyataan daripada gadis terbabit.


“Siasatan awal polis mendapati mangsa bertindak sedemikian berikutan mengalami tekanan perasaan akibat tidak disukai ibu tunangnya.

“Mangsa bertindak mengelar sendiri perutnya dengan cermin, namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah kira-kira sejam kemudian. Namun, kira-kira jam 9 pagi keesokan harinya, dia sekali lagi cuba membunuh diri dengan meminum bahan pelincir motosikal.

“Mujur, perbuatannya itu sekali lagi disedari ibunya. Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan lanjut di hospital. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisdimintaputustunangduakalicubabunuhdiri/Article

Bas bas lalu Lebuhraya Pantai Timur dibaling batu

Macam-macam bala di Malaysia sekarang ini. Semakin maju fizikal, makin mundur mental rakyat Malaysia. Sekarang ini kecoh beberapa bas ekspres yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dibaling batu oleh individu yang tidak dikenali diwaktu siang pula tu. Marilah kita memohon doa kepada ALLAH agar Malaysia kembali aman dan sejahtera. Buat semua yang ALLAH suruh, tinggalkan semua yang ALLAH larang.

Stone-throwing vandals hit buses
New Straits Times 17 Sep 2010

KUANTAN: Express bus drivers travelling along the East Coast Highway here have been facing nightmarish journeys. Several buses have been damaged by stones and other hard objects thrown by unknown people hiding in the hilly areas between Km152 and Km154 of the highway.

The most recent incident on Wednesday saw a window on the left side of a Transnasional express bus heading to Kuala Lumpur from Kuantan shattered.

It was learnt that a woman passenger who was seated beside the window escaped unhurt.

The driver, Ramli Patmo, 47, said the 3pm incident occurred after the Maran rest area and he immediately pulled over to the emergency lane.

"The tinted passenger window had prevented the broken pieces of the window from falling into the bus.

"The area is surrounded by oil palm plantations and there were no settlements. The culprits must have run into the plantation to hide."

Transnasional Kuantan branch operations officer Abdul Razak Abdul Rahman said the incident on Wednesday was the fourth involving the company's express buses.

"Since Sunday, three other buses have suffered the same fate.

"However, the objects thrown by the culprits (in the first three cases) only caused minor dents."

Razak said he was informed that several express buses from other companies also faced similar incidents.

He said he hoped police would work with MTD Prime Sdn Bhd, the operator of the East Coast Highway, to catch the culprits before someone was seriously injured.

"The culprits used to only attack the buses at night but now they daringly do it during the day, and based on the dents found on the buses, some of them are throwing ball bearings."

An MTD Prime official who declined to be named said the company had received reports of such incidents along the stretch and were currently trying to nab those involved.

http://www.nst.com.my/nst/articles/10bus/Article

Letak senarai Datuk sah di laman web elak penipuan

Senang saja untuk mengelakkan penipuan menggunakan gelaran Datuk palsu, Tan Sri palsu dan sebagainya untuk memperdayakan rakyat Malaysia. Setiap negeri dan pihak yang menganugerahkan gelaran Datuk dan sebagainya mengadakan laman web agar semua pihak dapat semak samada mereka berurusan dengan Datuk palsu atau Datuk yang sah.

***********************
Waspada berurusan dengan individu mendakwa Datuk
Utusan Malaysia 18 Sep 2010

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Orang ramai digesa supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan urusan perniagaan termasuk dengan individu yang mendakwa mempunyai gelaran Datuk.

Ini kerana semakin banyak pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gelaran itu bagi mengaburi mangsa seperti yang dilakukan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, orang ramai perlu 'membuka mata' mereka dan jangan terlalu cepat percaya apabila berurusan dengan pihak yang tidak dikenali, termasuk yang bergelar Datuk.

Katanya, orang ramai yang berurusan dengan individu bergelar Datuk perlu memastikan terlebih dahulu kesahihan pangkat tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Pada masa kini, semakin banyak pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Datuk walaupun sebenarnya mereka tidak pernah dikurniakan gelaran tersebut.

"Mereka hanya menggunakannya untuk kepentingan peribadi dan 'memancing' mangsa sebelum melakukan kegiatan jenayah seperti yang berlaku dalam kes Datuk Sosilawati Lawiya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nama suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang tidak tersenarai sebagai Penerima Darjah Kebesaran (Bergelar) Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan yang disiarkan dalam laman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA).

Bagi Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Aspalella A. Rahman pula, gelaran Datuk pada masa kini tidak lagi menjamin personaliti seseorang itu.

Beliau juga khuatir persepsi masyarakat terhadap pemegang gelaran tersebut akan turut berubah berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

"Suatu ketika dahulu gelaran Datuk adalah untuk individu yang berjasa kepada negara tetapi kini terdapat golongan yang sewenang-wenangnya menggunakan gelaran tersebut untuk mengaburi mata masyarakat dan melakukan perbuatan terkutuk.

"Saya khuatir kes seumpama ini (pembunuhan Sosilawati) akan memberi impak kepada mereka yang mempunyai gelaran Datuk dan menghakis rasa hormat orang ramai terhadap mereka,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad percaya terdapat banyak kes penipuan oleh individu yang menggunakan gelaran Datuk berlaku sebelum ini tetapi tidak mendapat liputan kerana tiada laporan polis yang dibuat berhubung salah laku tersebut.

''Saya berharap kes pembunuhan Sosilawati ini akan membuka mata orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu percaya kepada individu bergelar Datuk sebelum mengesahkan kesahihannya,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

20100917

JAKIM tak serius keluar Fatwa main mercun

Nampaknya JAKIM tak serius untuk membincangkan gejala bermain mercun dan bunga api di kalangan umat Islam di negara ini. Hanya Mufti negara Brunei Darussalam yang mengecam budaya orang Islam yang bermain mercun dan bunga api sempena Idil Fitri seperti terdapat pada laman web berikut http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil296.pdf

Artikel sebelum ini bertajuk Main Mercun, Halal, Haram, dapat Dosa atau Pahala ? di
http://waghih.blogspot.com/2010/08/main-mercun-halal-haram-dapat-dosa-atau.html

**************************
Bunga api meletup, 9 terselamat
Utusan Malaysia 17 Sep 2010

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Sembilan orang termasuk empat kanak-kanak nyaris maut apabila sebuah kotak mengandungi bunga api yang diletakkan di ruang tamu sebuah rumah meletup di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan kesemua mereka yang berada dalam rumah itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh jiran yang menyedari insiden itu selepas terdengar bunyi letupan kuat.

Jiran mangsa, Che Shamsinah Shafie, 56, memberitahu, dia terkejut dengan bunyi letupan itu yang berlaku secara berulang kali dan turut menyebabkan berlaku gegaran di dinding rumahnya.

"Saya segera keluar dari rumah dan nampak asap tebal keluar dari rumah jiran saya. Saya bimbang kerana setahu saya terdapat kanak-kanak yang berusia antara setahun hingga 5 tahun dalam rumah itu.

"Saya kemudian meminta anak saya menghubungi polis dan meminta penghuni rumah itu yang kesemuanya seramai sembilan orang keluar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Tambah Che Shamsinah, mereka turut membantu mengeluarkan beberapa mangsa yang terperangkap di tingkat dua rumah terbabit dengan memanjat bumbung dan mengumpil jeriji tingkap bagi menyelamatkan mangsa.

Ketika kejadian katanya, pemilik rumah itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Selain empat orang anak, ibu dan empat pembantu rumah warga Indonesia turut berada dalam rumah tersebut.

"Polis tiba tidak lama selepas itu dan berjaya membantu memadamkan api. Saya difahamkan tiada yang cedera dalam kejadian itu," katanya lagi.

Menurut seorang lagi saksi kejadian, Armanshah Ismail, 30, salah seorang pembantu rumah itu memberitahu, anak sulung majikannya yang berusia lima tahun bermain sejenis pembunuh lalat elektronik dan mengetuk kotak mercun terbabit.

"Mungkin itu punca mercun bunga api itu meletup secara tiba-tiba. Ketika masuk ke dalam rumah tersebut, saya lihat masih ada api kecil kesan bunga api itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Malaysia dah jadi negara Koboi, tak terkawal dah

Semakin banyak pekan-pekan koboi di Malaysia ini, macam cendawan. Macamana pun tahniahlah kepada pihak berkuasa yang mula mengambil tindakan menangkap koboi-koboi ni, terutama koboi yang belum baligh atau tak cukup umur lagi ni. Harap ianya dapat diperluaskan penangkapan koboi-koboi liar ini di pekan dan bandar seluruh Malaysia.

Artikel sebelum ini bertajuk Malaysia dah jadi negara KOBOI di
http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html

************************
Pekan koboi diserbu polis
Harian Metro 17 Sep 2010

SUBANG JAYA: Enam pelajar berusia 14 hingga 17 tahun antara yang ditahan polis trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam operasi sekatan jalan raya di Puchong Prima, di sini, pagi semalam.

Operasi bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu menyaksikan semua pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen. Selain itu, dalam operasi sama, sebanyak 64 saman dikeluarkan membabitkan 22 kes tidak memakai topi keledar dan 42 kes bagi kesalahan lain.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor turut turun padang memberikan 40 topi keledar percuma kepada penunggang diketuai Pengarahnya, Nor Laily Zakaria bersama tiga petugas.

Pegawai Penguat Kuasa Trafik IPK Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abdul Rahman berkata, sasaran utama operasi adalah untuk mengesan penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar di kawasan berkenaan.

Katanya, dakwaan orang ramai sebelum ini mengatakan kawasan terbabit seperti ‘pekan koboi’ berasas kerana kebanyakan penunggang di kawasan itu seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan mereka sehingga memaksa penguat kuasa melakukan tindakan terhadap pesalah jalan raya bagi menyedarkan mereka.

“Hasil sekatan yang dilakukan juga mendapati ibu bapa tidak mengenakan topi keledar kepada anak kecil, malah bilangan yang membonceng juga terlalu ramai.

“Satu tabiat yang tidak baik dilihat adalah ada yang membawa topi keledar, tetapi hanya meletakkannya di dalam raga motosikal saja,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pekankoboi__8217_diserbupolis/Article

Kegilaan Melayu main mercun malam Raya di Terengganu



Kalau main mercun malam merdeka ke, malam tahun baru ke, mungkin ianya bukan isu besar. Masalahnya Melayu gila main mercun dan bunga api sebaik sahaja masuk maghrib 1 Syawal, di Terengganu pula tu, negeri majoriti orang Melayu. Tak boleh tunggu ke habis takbir lepas maghrib dan lepas isya kalau dah kemaruk sangat naik main mercun ? Patutlah bala putus jari, putus kepala di kalangan orang Melayu main mercun semakin menjadi-jadi. Tiada teguran dan tindakan serius semua pihak, termasuk orang awam.

Orang yang melihat pun dua kali lima, kalau sambil tengok orang main mercun dia bertakbir raya OKlah juga.

Macamana orang bukan Islam nak hormat pada orang Islam, kalau kemaruk orang Islam sendiri main mercun dan bunga api mengalahkan orang bukan Islam.

Sila baca artikel saya sebelum ini Ajaran Sesat di Malaysia main mercun malam raya di http://waghih.blogspot.com/2010/09/ajaran-sesat-main-mercun-malam-raya-di.html


TAKBIR : LAMBANG KESYUKURAN DI HARI RAYA
Dari laman web Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil296.pdf

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda

Setiap kali tibanya Hari Raya, seruan takbir akan berkumandang di masjid-masjid, rumah-rumah persendirian dan di kaca-kaca televisyen, begitu juga di corong-corong radio apabila diumumkan anak bulan Syawwal telah nampak dilihat. Dengan bergemanya takbir itu, semakin terasalah kemeriahan suasana Hari Raya.

MENYAMBUT KEDATANGAN HARI RAYA AIDILFITRI DENGAN BERMAIN MERCUN ATAU BERMAIN BUNGA API BUKANLAH CARA YANG DIANJURKAN OLEH AJARAN ISLAM DAN BUKAN CARA MEMULIAKAN KEDATANGAN HARI YANG MULIA ITU. APATAH LAGI PERBUATAN INI JUGA BOLEH MENJURUS KEPADA BAHAYA DAN PEMBAZIRAN YANG DICELA OLEH ISLAM. ISLAM MEMPUNYAI CARANYA YANG TERSENDIRI SEMASA MERAYAKAN HARI-HARI KEBESARANNYA.

Kita umat Islam seharusnya sedar bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah kurnia daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai hadiah kemenangan kepada umat Islam, kerana kita telah berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa.

Pada hari kemenangan tersebut, kita disunatkan untuk meraikannya dengan melaungkan takbir. Ini kerana dengan bertakbir, kurniaan Hari Raya Aidilfitri akan dapat dirasai dan dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran serta keagungan Allah Ta‘ala, sesuai dengan maksud takbir iaitu mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar’.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam al-Qur’an:

Tafsirnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Lafaz Takbir Hari Raya

Lafaz takbir Hari Raya sebagaimana yang di sebut dalam kitab-
kitab fiqh ialah:

Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.”

Lafaz takbir tersebut disunatkan membaca sebanyak 3 kali.
Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:



Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

Waktu Melaungkan Takbir

Takbir pada Hari Raya Aidilfitri dinamakan sebagai takbir mursal atau muthlaq iaitu takbir yang tidak terikat waktunya selepas sembahyang bahkan sunat dilaungkan pada bila-bila masa sahaja sehinggalah imam mengangkat takbiratulihram untuk menunaikan
sembahyang Hari Raya Aidilfitri.

Takbir Hari Raya Aidilfitri ini berbeza dengan takbir Hari Raya Aidiladhha. Takbir pada Hari Raya Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan sembahyang fardhu atau sembahyang sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan sembahyang Ashar pada hari Tasyriq yang terakhir.

Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala, salah seorang daripada ulama ‘asy-Syafi‘ieyyah berkata: “Sunat melaungkan takbir (Hari Raya Aidilfitri) sama ada di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-masjid dan di pasar-pasar dengan suara jahr atau yang nyaring, bermula dari terbenam matahari pada malam Hari Raya dan berterusan sehingga imam mengangkat takbiratulihram pada sembahyang Hari Raya. Ini kerana takbir itu adalah sebagai syi‘ar bagi menandakan waktu Aidilfitri itu telah tiba maka adalah lebih awla dikerjakan atau disambut dengan takbir.”

Melaungkan takbir dengan suara jahr adalah disunatkan bagi kaum lelaki sahaja, dan bagi perempuan atau khuntsa, tidak disunatkan melaungkannya dengan suara jahr ketika ada orang lain yang bukan mahram hadir bersama mereka.

Manakala had waktu bertakbir bagi orang yang sembahyang sunat Hari Raya secara bersendirian pula, adalah dikira sehingga dia mengangkat takbir sembahyang Hari Raya Aidilfiri.

Menurut asy-Syabramallisiy Rahimahullah, Apabila bertepatan malam Hari Raya itu dengan malam Jumaat, maka hidupkanlah pada malam tersebut dengan bertakbir, membaca surah al-Kahfi dan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dengan bertakbir itu sudah cukup membuktikan bahawa Hari Raya Fitri bukan Hari untuk kita berpesta bahkan untuk kita beribadat dengan melafazkan rasa syukur di atas anugerah Allah Ta‘ala melalui takbir dan ibadat-ibadat lain yang kita lakukan.

Dengan ini juga membuktikan bahawa Hari Raya orang Islam berbeza sekali konsepnya dengan Hari Raya orang bukan Islam, apatah lagi ia disambut sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah puasa. Kalau orang bukan Islam berhari raya hanya sekadar untuk
berhibur dan bergembira, maka kita sebagai umat Islam bukan itu cara dan konsepnya.

Oleh itu, meriahkanlah suasana Aidilfitri itu dengan melaungkan takbir kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri beserta laungan takbir adalah satu ibadah dan syi‘ar bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala.

20100916

Ceramah Perdana 23 dan 26 Sep 2010 Rembau


CERAMAH 1
Tarikh : 23 Sep 2010, Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Sri Sendayan, Seremban
Penceramah : YB Azmin Ali, YB William Leong, YB Zuraidah, YB Fuziah Saleh, YB Dato Kamarul Baharin, YB Taufek Abd Ghani dan Chegubard
Hubungi : 0126794704 Yaser

CERAMAH 2
Tarikh : 26 Sep 2010, Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Bintongan, Rembau
Penceramah : Dato Zaid Ibrahim, YB Gobalakrishnan, Rozaini Rosli, YB Taufek Abd Ghani dan Chegubard

Semua Dijemput Hadir
Pertanyaan : 012 3696474 Norazizi SU Keadilan Rembau

20100915

Anak luar nikah setiap 30 minit di Malaysia

Ikuti temubual wartawan Muslimah , Mohd Nasir Awang bersama Ustaz Haji Wan Azhar Wan Ahmad anggota Exco Muslim Carebetapa tenatnya masalah sosial generasi kini pada pautan berikut http://berjuangitumanis.blogspot.com/2010/09/parahnya-masyarakat-kita-hari-ini.html

Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik

Dari Blog Ketua Pemuda PAS Pusat :

1. Pertamanya saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya segala perbuatan jenayah kejam dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jenayah terbaru iaitu :

a. Ustazah Norliza Ishak 35, [ yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson ]

b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain [ juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur ] .

c. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya [ Muhaimi Sautar 33, ] pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu .

d. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 . - Sungai Petani .

e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010 . - Hulu Terengganu .

f. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu .- Pulai Chondong Machang.

g. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9 . Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 .- Kajang

h. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 . - Selayang .

i. Siya Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak .

j. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 . Petaling Jaya sebelum itu pada 25 February 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul , disepak dan dipijak . - Shah Alam

k. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 January 2010 . - Gemencheh

2. Saya hanya membawakan 10 kes jenayah kejam dari ratusan kes kejadian jenayah dalam negara kita sejak awal tahun ini . Bermula dengan satu tragedi pembunuhan 4 anggota keluarga di Gemencheh January lalu , kini negara gempar lagi dengan pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau .

3. Program Transformasi Kerajaan [GTP] yang diperkenalkan April tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan kononnya telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama negara [ NKRA ] .

4. Alex Iskandar Liew [ Pengarah Komunikasi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan ( PEMANDU ) di Jabatan Perdana Menteri ] menjelaskan bahawa indeks jenayah keseluruhan pada januari hingga ogos telah menurun 16.24 peratus .

5. Melihat kepada perkembangan mutaakhir betapa sadisnya jenayah yang berlaku membuatkan semua pihak kembali ragu terhadap dakwaan kononnya indeks jenayah telah menurun . Sebaliknya rata - rata melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan .

6. Setiap hari akan ada sahaja jenayah dilaporkan berlaku di seluruh negara oleh media massa. Bahkan jenayah tidak lagi dihitung dengan kadar berapa kali kejadiannya setahun , sebulan dan sehari , tetapi kini dihitung mengikut kadar jam , minit dan saat .

7. Saya percaya semua pihak bertanggungjawab terhadap usaha membenteras jenayah , namun kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat , aman dan sejahtera . Rakyat tidak boleh dikaburi dengan kenyataan - kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata - mata .

8. Pencapaian NKRA dilihat sangat tidak meyakinkan . Malah negara masih subur dengan elemen - elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya satu - satu jenayah . Sementelah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk ditangga. ianya tidak dilakukan secara serius.

- [ samalah seperti mencetak kata - kata amaran dan gambar penyakit yang menjadi akibat ketagihan rokok di kotak rokok dan kemudiannya dibenarkan ia dijual kepada orang ramai. ]

- [ samalah juga tindakan kerajaan mengeluarkan lesen untuk operasi hiburan atau kelab malam dan penjualan kondom serta minuman beralkohol di kawasan majoriti muslim kemudian kerajaan yang sama pula melantik pencegah maksiat supaya menghalang dan menangkap orang yang melakukan maksiat .]

9. Kedua - dua nota di atas memperlihatkan kepada kita betapa tidak seriusnya kerajaan menangani pertumbuhan indeks jenayah dan mungkar dalam negara kita lantaran mereka berpeluang membuat keuntungan di sebaliknya . Fenomena ini sangat dikesali dan ia sekali - kali tidak akan dapat membebaskan negara dari belenggu jenayah jika inilah sikap yang ada pada kerajaan .

10. Sekadar mengutuk sekeras - kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah apa - apa kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak [ kerajaan dan rakyat ] dilakukan secara bijak demi masa depan negara . Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi melihat Islam dan syariatnya adalah satu solusi tepat untuk menghindarkan negara dari badi jenayah yang semakin menular.

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru agar tan Sri ismail dapat berkhidmat dengan adil , telus , benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini . Kes jenayah kejam yang menimpa Datuk Sosilawati menjadi kes high profile yang pertama mesti dihadapi oleh Ketua Polis Negara yang baru . Semoga berjaya dengan cahaya kebenaran dan petunjuk Ilahi .
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/09/penurunan-kadar-jenayah-satu-retorik.html

20100914

Kawalan Keselamatan di Musim Perayaan



Sempena musim perayaan sambutan Idil Fitri 1431H, Taman Alamanda telah mengadakan skim kawalan keselamatan 24 jam. Penyertaan amat menggalakkan daripada penduduk taman ini. Sebuah khemah telah ditempatkan di hadapan kedai sebagai pos kawalan.

Ajaran sesat main mercun malam raya di Terengganu ?

Tahun ni saya bersama keluarga menyambut Idil Fitri 1431H/2010M di Kuala Terengganu berhampiran pekan Batu 6. Sebaik saja masuk waktu maghrib Khamis 9 September 2010 kedengaran bunyi mercun dan bunga api berdentum dentam, sampailah ke waktu isya, lepas tu sampai ke tengah malam. Dengar cerita tengah malam sampai ke awal pagi lagi hebat, saya tak sedar sebab dah lena tidur.

Ajaran sesat mana yang semakin hebat di Malaysia ni yang menggalakkan golongan anak-anak, tua muda memeriahkan malam raya dengan main mercun ? Siapa yang menaja semua mercin dan bunga api ini ? Atau adakah ianya mercun dan bunga api yang dirampas oleh pihak berkuasa, lalu dilupuskan dengan cara ini ?

Tak tahukah umat Islam di Malaysia ini , terutamanya orang Melayu, Idil Fitri bermula takbir selepas maghrib 1 Syawal hingga solat sunat Idil Fitri ? Kalau Idil Adha boleh bertakbir 4 hari , 4 malam.

Kalau nak sangat main mercun, tak boleh ke berhenti sekejap ke antara maghrib dan isya ? Sayang , seribu kali saya, gelaran Terengganu Darul Iman, tetapi rakyatnya membesarkan mercun dan bunga api di malam raya, bukannya bertakbir membesarkan Allah di malam raya.

Malah permainan mercun dan bunga api ini dimain secara terbuka di Bulatan Pekan Batu 6 yang merupakan jalan utama Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Dengar cerita sampai sesak jalan di pekan Batu 6.

Bukan sahaja ajaran sesat yang baru di Malaysia ini, malahan ianya amat membahayakan pengguna jalanraya dan penduduk sekitar.

Mana pergi penduduk tempatan yang prihatin, mana pergi pihak berkuasa terutamanya pihak polis, adakah mereka hanya diarahkan duduk sahaja di khemah-khemah Ops Sikap di sepanjang jalan seluruh Malaysia.

Malam kedua saya pergi di Dara Inn sebelah lapangan terbang Kuala Terengganu, terdapat kumpulan remaja yang bermain mercun bola, baling sesama sendiri, elak mengelak. Selagi tidak ada yang buta, yang putus jari, mereka akan terus bermain. Nak saya tegur, saya pula akan jadi sasaran nanti, baik biarkan saja.

Tanya ayah macam mana malam raya di Rembau ? Ayah kata sama saja, hebat juga main mercun.

Tolonglah semua pihak terutama Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Polis, Mufti, Imam, wakil rakyat dan sebagainya. Tolonglah jangan jadikan Malaysia negara mercun dan bunga api, macam-macam jenayah dan gejala sosial dah ada di Malaysia ini.

Nampaknya kisah kematian kanak-kanak di Chabang Tiga, Kuala Terengganu akibat mercun buatan sendiri ayahnya , tidak menjadi pengajaran oleh sesiapa pun.

Juga boleh baca kehebatan Pesta Mercun di Pekan Batu 6 , Kuala Terengganu pada pautan berikut
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29599

Misteri Pasar Baru Paka di Terengganu

Dalam perjalanan pulang ke Seremban dari Kuala Terengganu sempena Idil Fitri 1431H menggunakan jalan utama Kuala Terengganu – Kemaman , lalu pekan Paka. Sebelum masuk pekan Paka, betul-betul tepi jalan lepas jambatan tersergam bangunan 3 atau mungkin 4 tingkat seakan-akan pasar di tepi sungai. Bangunan bewarna biru muda, catnya macam dah pudar. Adakah ianya sudah beroperasi atau belum, tidak dapat dipastikan.

Nampaknya macam belum operasi, dari tepi jalan nampak kosong dari tingkat bawah sampai atas, kerana ianya konsep terbuka.

Ada baiknya pihak yang bertanggungjawab melakukan sesuatu, sebelum ianya menjadi sebutan orang ramai yang lalu pekan Paka , kerana ianya tepi jalan utama.

Terjumpa berita dibawah ini, mungkin berkaitan bangunan ini :

*************************
Pasar Paka kotor, busuk

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail – bhkt@bharian.com.my – 2010/05/06

‘hilang sabar’ tunggu premis baru siap

PAKA: Peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya siap September tahun lalu kerana sudah lama mereka bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu.

Berikutan keadaan pasar yang serba kekurangan, jumlah pelanggan merosot setelah ramai mereka beralih mengunjungi pasar mini dan kedai runcit yang turut menjual ikan dan sayur dalam persekitaran lebih selesa walaupun harga jualan lebih mahal.

Penjual ikan, Abdullah Husin, 44, berkata berikutan ruang niaga yang sangat sempit, peniaga terpaksa meletak tong ikan hingga ke luar pasar walaupun sedar tindakan itu menyukarkan pengunjung untuk meletak kenderaan.

“Pelanggan sering merungut tiada ruang parkir dan mereka tiada pilihan, selain meletakkannya di bahu jalan untuk membeli bahan makanan segar di pasar ini,” katanya.

Rakannya, Ramli Salleh, 48, berkata semakin hari pendapatan peniaga merosot teruk apabila jumlah pelanggan ke kawasan itu semakin berkurangan.

“Jarak antara petak niaga yang terlalu dekat menyebabkan pelanggan enggan datang ke petak niaga di bahagian tengah kerana bimbang terkena percikan air ikan.
“Keadaan longkang yang tidak sempurna menyebabkan kawasan pasar busuk kerana air buangan tidak dapat mengalir dengan sempurna.

“Kami sendiri tidak selesa dengan bau busuk apatah lagi pelanggan,” katanya yang sudah berniaga ikan sejak 15 tahun yang lalu.

Peniaga sayur, Sulaiman Ariffin, 37, berkata ketiadaan penghadang dan saluran air di bumbung yang berlubang memaksa peniaga meninggalkan gerai ketika hujan.

“Kekurangan kemudahan dan prasarana yang terabai di pasar ini menyebabkan pengunjung berkurangan hinggakan sebahagian peniaga sayur terpaksa menutup perniagaan kerana pendapatan yang tidak menentu,” katanya.

Seorang pengunjung, Mastura Hamzah, 38, berkata penduduk di bandar ini sudah lama menantikan sebuah pasar awam yang lengkap dengan kemudahan asas yang selesa, seiring dengan kemajuan negara.

“Walaupun pihak berkuasa menyediakan tandas, ia tidak dapat digunakan kerana sudah tersumbat dengan sampah sarap dan satu dikunci,” katanya yang mengakui terpaksa datang ke pasar itu kerana tiada pilihan untuk membeli bahan makanan segar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata masalah ketiadaan ruang parkir, laluan antara ruang niaga yang sempit, longkang tersumbat dan pelbagai kekurangan lain yang terpaksa ditanggung orang ramai dan peniaga di pasar itu akan selesai tidak lama lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang turut berkunjung ke tapak pasar baru dalam lawatan sehari beliau ke daerah ini baru-baru ini sudah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan daerah Dungun untuk memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun ini.

Sumber : http://daruliman.wordpress.com/2010/05/06/pasar-paka-kotor-busuk/