KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110430

Masjid-masjid dan surau-surau yang mati di N.Sembilan



Semakin hari semakin banyak masjid-masjid dan surau-surau yang mati di Negeri Sembilan dan mungkin di seluruh Malaysia. Ada tak KPI atau NKRA Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM berapa peratus dari ahli kariah solat fardu 5 waktu di masjid atau surau? Atau KPI Majlis Agama Islam dan JAKIM hanya sekadar berapa banyak zakat dikutip setiap tahun, berapa banyak masjid canggih dibina setiap tahun, berapa banyak pasangan berkahwin setiap tahun?

Pengalaman peribadi saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan, negeri beradat pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html










Surau jadi sarang perokok
Sinar Harian 29 April 2011

KUALA KLAWANG - Surau di Taman Sri Kenaboi yang dahulunya meriah dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan kini terbiar tanpa sebarang penyeliaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati surau itu dibiarkan dalam tempoh lama kerana terdapat kesan pecah di bahagian tingkap, langsir yang terkoyak dan puntung rokok bersepah.

Guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Fahmi Mohd Yusuf berkata, surau itu hanya digunakan pada Ramadan sahaja dan selepas itu ia terbiar tanpa sebarang pengawasan.

“Saya mendapati tikar yang diletakkan di dalam surau ini sudah tiada dan segala peralatan surau terpaksa disimpan dalam stor belakang surau bagi mengelakkannya dicuri.

“Selain itu, surau ini juga sering menjadi sarang pelajar merokok dan melepak pada waktu malam. Ada juga yang memberitahu saya pelajar perempuan turut masuk ke dalam surau,” katanya.

Fahmi berkata, ketika surau itu beroperasi, dia dan kakitangan MRSM sering datang ke situ.

Menurutnya, ketiadaan jawatankuasa surau juga menjadi salah satu punca mengapa surau itu berada dalam keadaan sedemikian.

“Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah drastik untuk memulihkan kembali surau ini. Saya difahamkan, semasa pengambilan tanah untuk membuat surau berkenaan, kita terpaksa berebut dengan pihak lain.

“Jadi adalah memalukan apabila kita berjaya mendapat tanah dan membina surau, kini ia terbiar begitu sahaja tanpa pengawasan,” katanya.

Justeru, Fahmi berharap, pihak berkaitan dapat mengimarahkan surau itu dengan pelbagai aktiviti bagi mengelakkannya terus terbiar.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9027058.asp

Sibuk video porno dan sumpah, orang Buddha tolong Melayu



Apabila orang Melayu saban hari dimomokkan di dada akhbar dan televisyen dengan isu video porno dan sumpah laknat, akhirnya Melayu yang susah dibantu oleh persatuan Buddha di Johor. Malahan banyak lagi Melayu yang hidup sudah bukan saja di Johor, tapi di N.Sembilan, Melaka, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan di mana-mana. Nak marahkan orang Kristian, orang Buddha, bila mereka bantu orang Melayu, atau nak marahkan diri kita sendiri, bangsa kita sendiri yang Menang Sorak, Kampung Tergadai.

Khutbah Jumaat bila lagi nak sedarkan orang Melayu supaya sentiasa muhassabah diri masing-masing dan sentiasa perhatikan kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga yang memerlukan bantuan seperti yang disarankan oleh William Webb anak paderi Kristian pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Juga kisah Ustaz kalau penakut berkata benar jangan belajar agama di http://waghih.blogspot.com/2011/03/ustaz-kalau-penakut-berkata-benar.html

‘Mereka sekadar tahu mencaci’

Harian Metro 29 April 2011


LEDANG: “Kami dicaci masyarakat sekeliling kerana menerima bantuan daripada sebuah persatuan Buddha, malah lebih mengecewakan jabatan agama Islam sendiri seolah-olah tidak mempedulikan nasib kami,” kata Ahmad Khamis, 45, yang masih menunggu permohonan bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (Maij) sejak empat tahun lalu.

Ahmad seorang orang kurang upaya (OKU) memohon bantuan motosikal roda tiga daripada Maij pada 2007 berikutan kudung kaki sebelah kanan selepas terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkannya hilang pekerjaan.

Katanya, Maij sudah meluluskan permohonan bantuan berkenaan namun motosikal itu masih tidak diterima sehingga kini.

Difahamkan, motosikal berkenaan sepatutnya diterima Ahmad pada 2007 namun berlaku sebaliknya, malah tiada sebarang dokumen mengesahkan dia tidak layak untuk menerima kenderaan bernilai kira-kira RM6,000 itu.

“Saya hanya menjual makanan ringan di depan sebuah sekolah di sekitar daerah ini dan pendapatan diperoleh memang tidak mencukupi untuk menyara isteri, Ruzita Ahmad Jais, 40, serta dua anak.

“Melihat penderitaan kami sekeluarga, seorang sami Buddha muncul menghulurkan bantuan kewangan serta barangan dapur setiap bulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut OKU itu, keluarganya menerima sumbangan berkenaan memandangkan persatuan itu hanya berniat mahu membantu.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, sejak menerima bantuan itu, keluarganya dihina masyarakat sekeliling kononnya mereka makan duit haram.

“Kami menerima bantuan RM150 sebulan itu selama lebih setahun. Bagaimanapun, akibat desakan serta tekanan masyarakat, kami sekeluarga memutuskan untuk tidak menerimanya lagi,” katanya.

Ahmad yang juga peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) turut mengakui menerima elaun bulanan berjumlah RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan, bantuan yang sepatutnya diterima sebanyak RM300 sebulan dipotong RM100.

“Dengan pendapatan yang tidak menentu, saya perlu menanggung perbelanjaan pendidikan anak yang tidak menerima bantuan kerajaan. “Saya tiada pilihan lain selain menerima bantuan diberikan persatuan Buddha itu dan berharap ada pihak sudi membantu,” katanya.
Menurut Ahmad, dia bukannya mahukan kemewahan sebaliknya diberikan peluang untuk berniaga sebagai punca pendapatan.

Selain itu, Ahmad juga berharap masyarakat tidak membuat tuduhan melulu terhadap keluarganya semata-mata kerana mereka pernah menerima bantuan daripada persatuan Buddha.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011042902352120110429023521/Article/index_html

20110428

Rayu bantuan anak sakit



Sinar Harian 28 April 2011

SEREMBAN - Seorang suri rumah merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos perubatan anak lelaki keduanya yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Roznie Akma Mohd Rozi, 24, berkata, penyakit itu ditanggung anaknya, Mohd Danish Arfan Sufi, 2, sejak dia dilahirkan.

“Saya perlu membawa Mohd Danish Arfan untuk pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) setiap tiga bulan sekali.

“Disebabkan suami, Sufi Omar, 27, tidak mempunyai kereta, saya terpaksa menyewa teksi ke sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rumah Pangsa Kos Rendah Nilai Perdana, Nilai, dekat sini, semalam.

Selain itu menurutnya, dia perlu mengeluarkan wang untuk membeli ubat Mohd Danish Arfan yang turut mengidap lelah, lebih-lebih lagi jika cuaca terlalu panas atau sejuk.

“Anak lelaki sulung, Mohd Shafik Arfat,5, turut menghidap penyakit lelah.

“Doktor kata anak kedua saya mempunyai peluang sembuh sekiranya dia menjalani pembedahan dengan anggaran kos RM40,000,” katanya.

Roznie Akma berkata, walaupun Mohd Danish Arfan hanya boleh dibedah selepas mencapai umur 4 tahun, namun mereka perlu mengumpul wang mulai sekarang.

Menurutnya, pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sekitar RM750 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sebanyak RM200 sebulan kadangkala tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Sebahagian besar pendapatan bulanan digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM250 dan ansuran motosikal dengan jumlah sama.

“Soal makanan pula kami tidak boleh memilih. Jika tiada lauk, cukup sekadar makan bubur nasi sahaja,” katanya.

Menurutnya, anak pula jarang dapat minum susu tepung dan biasanya dia hanya beri mereka minum air bancuhan susu pekat.

“Saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan di kedai menjual kain sekitar Nilai 3 tetapi terpaksa berhenti untuk menjaga anak.

“Kami amat berharap ada pihak yang sudi tampil membantu sekurang-kurangnya untuk kurangkan beban membiayai kos perubatan Mohd Danish Arfan,” katanya.

Sumbangan boleh dihulurkan secara terus kepada Roznie Akma menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 11116-29-00002457-9 atau menghubunginya menerusi talian 010-527 7802 untuk maklumat lanjut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9023298.asp

Majlis Makan Malam DUN Johol 1 Mei 2011



MAJLIS MAKAN MALAM MTD JOHOL
1 Mei 2011 AHAD Jam 8 malam
Di Dataran Ikhwan, Johol, N.Sembilan
Bersama YB Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20
Hubungi : Azman 0196400062, Saharuddin 0136769492, Mazlan 0162076037, Jamalullail 0196237822, Hj Aziz 0162073045, Zuraidah 0133545785

Forum PASTI Islam Berdaulat 29 Apr 2011 Seremban



FORUM PERDANA
Tajuk : ‘Mari Sepakat, Pasti Islam Berdaulat’
Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Magrib
Tempat : Masjid Negeri, Seremban

Bersama :
Ustaz Abdul Basit Wahab, Jabatan Mufti N.Sembilan
Ustaz Zamani (YDP ISMA Seremban) dan Isteri (Ustazah Nik Norsaha)

Semua dijemput hadir

Sumber dan poster program di http://www.isman9.com/2011/04/forum-mari-sepakat-pasti-islam-berdaulat/

Kursus Bijak Berkahwin 18 ke 19 Jun 2011 Seremban



KURSUS PRA PERKAHWINAN MULA BIJAK (Smartstart)
18 -19 Jun 2011 (Sabtu - Ahad)
Di Dewan de Banna, No 15, Jln Kayu Manis 3, Tmn Kayu Manis, Jln Jelebu, Seremban

Khas buat bakal suami isteri yang akan mendirikan rumah tangga

Hubungi Pn. Suria Irdayu Ahmad Zaidi di talian 019-2759117

Pendaftaran terhad kepada 25 pasangan sahaja atau 50 orang

TENTATIF ATURCARA

Hari Pertama :
Pengenalan: Apakah itu Perkahwinan?
Mengenali Dirimu
Meneroka Harapan Kita
Menangani Konflik dan Cabaran

Hari Kedua :
Ingat! Luahkan Perasaan Anda
Membina Kemesraan
Mengurus Sumber Manusia
Maklumat Undang-undang Keluarga

Sumber dan poster program di http://pembinan9.wordpress.com/2011/04/28/hebahan-kursus-pra-perkahwinan-smartstart/

Anjuran : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPK) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

20110427

4 kes cerai pasangan Islam tiap jam di Malaysia, tak pe


Khutbah kita makin canggih, guna multimedia. Radio IKIM dah lama ada. TV Islam Al Hijrah pun dah ada. Astro Oasis ada, Imam Muda ada, masjid-masjid di Malaysia ni bukan main besar dan cantik-cantik. Masjid Kristal ada, Masjid Besi ada. Lulusan Al Azhar, Timur Tengah, UIA, Syariah makin ramai setiap tahun. Tapi di mana silapnya setiap jam ada 4 kes perceraian pasangan Islam di Malaysia ini.

Mungkin para khatib kita perlu pelajar dari William Webb dari Oklahoma, Amerika Syarikat seperti yang saya ceritakan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Datuk Doktor Mashitah kata “perceraian bukan perkara tidak baik, ianya adalah HALAL” , . (It is not a bad thing, it is halal) Entahlah, saya tak ada title Doktor.

Kalau 4 pasangan setiap jam , dalam setahun 34,176 pasangan yang bercerai, atau melibatkan 68,352 orang. Kalau setiap pasangan ada 4 orang anak , melibatkan 136,704 anak-anak.

Tak apa, perceraian bukan perkara tidak baik, ianya adalah HALAL.

***********************
Every 15 minutes, a Muslim couple gets divorced in Malaysia
Wednesday, April 27th, 2011

KUALA LUMPUR: An otherwise mundane Dewan Negara question and answer session was lightened up during a query on divorce cases among Malaysian Muslims.

Datuk Fatimah Hamat was the first to raise eyebrows across the senate hall when revealing that in every 15 minutes a Muslim couple gets divorced in the country.

“These statistics are shocking,” said Fatimah.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Mashitah Ibrahim, however, begged to differ, claiming divorce cases were “not a bad thing”.

“We should not be shocked by the statistics. It is not a bad thing, it is halal,” said Mashitah, whose ministry portfolio is Islamic affairs.

“Divorce is actually the solution to a troubled marriage. It happens to all groups people, be it the educated, the uneducated and even professionals.”

http://www.mmail.com.my/content/70685-every-15-minutes-muslim-couple-gets-divorced-malaysia


Tawaran sebagai Penjual Gadis dan Jualan Ulangtahun?





Tajuk iklan yang terpampang ialah Penjual Gadis dan Jualan Ulangtahun. Apa kelayakan untuk menjadi seorang Penjual Gadis ini dan apa pula yang dijual sempena Jualan Ulangtahun , Gadis, Tudung atau apa?

Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu semakin kelam kabut. Kita belum sampai lagi ke tahap Memartabatkan Bahasa Melayu tetapi perlu terlebih dahulu Memperbetulkan Bahasa Melayu.

Kita juga belum sampai lagi ke tahap Memperkasakan Bahasa Inggeris tetapi perlu terlebih dahulu Memahami Bahasa Inggeris.

Tidak hairanlah lebih 10 peratus pelatih PLKN kita Buta Huruf.

HOMESTAY , kenapa tidak guna INAPRUMAH atau apa-apa yang sesuai.

PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

20110426

Lumba Kereta di Bukit Putus, Kuala Pilah 30 Apr 2011



Sabtu 30 April 2011 ada perlumbaan kereta di Bukit Putus, Kuala Pilah, agaknya macam Drift. Tak pasti macamana program ni berjalan. Nampak macam menarik. Sepatutnya aktiviti macam ni mendapat sokongan semua agensi kerajaan termasuk Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan agensi pelancongan.

Bukan apa MAINS boleh menyediakan Khemah khas untuk ruangan solat. Kalau tak pun , mana-mana badan dakwah, NGO pun boleh join sama, tengok cara untuk mendampingi anak muda masa kini.

Bukit Putus Charity Challenge 2011

This event was organize by B Artistic Events and Advertising Sdn Bhd & helped by TrafficMagazine.

Date : April 30′ 2011
Time : 7:00am till Evening
Location : Bukit Putus, Kuala Pilah

Poster program di http://www.trafficmagonline.com/bukit-putus-charity-challenge/

20110425

Pemulihan Dadah Pusat Serenti Gagal?



Sabtu lepas 23 April 2011 kami berborak dengan seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Lalu bertanya, banyak ke buat operasi menangkap penagih dadah sekarang. Kata pegawai AADK tadi, sekarang dah tak buat operasi. Lebih kepada pendekatan mesra dengan para penagih dadah. Kalau ada penagih dadah yang masuk pusat pemulihan, mereka boleh keluar bila-bila masa kalau rasa tidak mahu dipulihkan.

AADK beri tumpuan kepada mereka yang ada komitmen untuk bebas dari najis dadah. Beri kaunseling, dan khidmat nasihat. Bukan lagi macam dulu, operasi, tangkap, masuk Pusat Serenti.

Kalau penagih ada yang terlalu gian, pegawai AADK ini akan tunjukkan cara bagaimana untuk mencucuk dadah yang dapat mengurangkan risiko.

Adakah ini bermakna setelah bertahun-tahun kita mewujudkan Pusat Serenti, ianya Gagal? Kalau ada yang pulih, jumlahnya terlalu sedikit?

Ini bermakna, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membanteras dan memulihkan penagih dadah. Jiran tetangga, sanak saudara, jiran tetangga, surau, masjid, KHUTBAH JUMAAT perlu realistik menghadapi cabaran baru ini.

Tidak pernah saya dengar Khutbah Jumaat, para khatib berdoa, Ya Allah, masalah dadah di Malaysia ini, terutama di kalangan orang Melayu semakin serius Ya Allah. Ya Allah, Kau bantulah kami dalam usaha untuk membanteras masalah penagihan dadah dan memulihkan penagih dadah ini Ya Allah.

Artikel saya sebelum ini para Khatib Khutbah Jumaat terutama Menteri JAKIM patut belajar dari seorang Mat Saleh Inggeris cara berkhutbah pada pautan berikut di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !

Jumaat Jun 25, 2010
AADK Perkenal Klinik Pemulihan Berkonsep Terbuka Di Puspen Sungai Besi

PUTRAJAYA: Sebagai pendekatan baru menangani gejala penyalahgunaan dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) berkonsep terbuka yang diberi nama Klinik Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia di Puspen Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Hishammuddin berkata jika sebelum ini penagih hanya dimasukkan ke Puspen melalui tangkapan dan keputusan mahkamah, kini dengan pembukaan klinik tersebut, individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah atau ubat-ubatan boleh tampil secara sukarela untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/6/25/mstar_berita/20100625172523

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.

Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata

Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)

Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

Simposium Tareqat Tasawuf 14 Mei 2011 Seremban



SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF
Tempat : Madrasah As-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban
Tarikh : 14 Mei 2011 (SABTU)
Masa : Bermula Maghrib

Perbentangan Kertas Kerja :
Prinsip-prinsip Dalam Ilmu Tarekat
Oleh Dr. Jahid b. Sidek al-Khalidi - Khalifah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah, Ahli Majlis Jilsah Sufiyah Kerajaan N.Sembilan, Pengasas dan Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH, Mantan Pensyarah Universiti Malaya

Tarekat Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w
Oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri - Mantan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), AJK Fatwa N.Sembilan dan Negeri Terengganu, Penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

“Memahami Tareqat Tasawuf Serta Memperkasa Para Ikhwan Dan Memperteguh Institusi Tareqat”

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Sumber : http://lamputih.blogspot.com/2011/04/simposium-tareqat-tasawuf.html

20110424

Apa dia Rare Earth atau Nadir Bumi, bahaya atau tidak?





Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Saya pun tak tahu sebelum ni. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita belajar sikit mengenai Nadir Bumi.

Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.

Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium - Bateri Nuklear

Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa

Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro

Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera

Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic

Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan

Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih

Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah

Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser

Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik

Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.

Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.

Tue Oct 26, 2010 4:44pm EDT

(Reuters) - Rare earth elements are used in a wide range of consumer products, from iPhones to electric car motors.

Rising tensions between China and Japan over an embargo on rare earth elements may spell good news for miners looking to fund projects outside of China.

Here are some facts on this elusive group of 17 metals:

WHAT ARE RARE EARTHS?

Lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, scandium, yttrium.

WHAT ARE RARE EARTHS USED IN?

Rechargeable batteries for electric and hybrid cars, advanced ceramics, magnets for electric car motors, computers, DVD players, wind turbines, catalysts in cars and oil refineries, computer monitors, televisions, lighting, lasers, fiber optics, glass polishing, superconductors, and weapons.

THE iPHONE CONNECTION

Rare earths make for smaller, lighter batteries and motors. The drive to miniaturization was first popularized by the Sony Walkman personal cassette tape player. Rare earths are now key to making handheld devices like Apple's iPhone and Research In Motion's BlackBerry.

BIGGEST CONSUMERS

China uses 51 percent of the world's rare earths, while Japan uses 17 percent. Global demand is forecast to grow rapidly as demand for green products increases.

BIGGEST PRODUCERS

China produces over 90 percent of global supplies. China mined 120,000 tonnes in 2008. Molycorp in California produces 3,000 tonnes per year, while Silmet Rare Metals in Estonia produces 2,400 tonnes per year. There are small amounts of rare earths mined in India, Malaysia and Brazil.

BIGGEST DEMAND

The demand for dysprosium, terbium, neodymium, praseodymium and europium is set to grow by a minimum of 8 percent a year.

Electric vehicle demand for dysprosium, neodymium and praseodymium is set to grow by an average of 790 percent in the next five years.

MINES UNDER DEVELOPMENT, OUTSIDE CHINA

Great Western Minerals, Steenkampskraal, South Africa

Avalon Rare Metals, Nechalacho, Canada

Molycorp, Mountain Pass, U.S.

Lynas Corp, Mount Weld, Australia

Arafura Resources, Nolans, Australia

Sources: U.S. Geological Survey, company web sites, Byron Capital Markets

http://www.reuters.com/article/2010/10/26/us-rareearth-factbox-idUSTRE69P4JW20101026

Sikap pengotor segelintir rakyat Malaysia




Adakah sistem persekolahan kita, PLKN serta IPT kita gagal melahirkan generasi yang cintakan kebersihan? Lebih kurang begitulah agaknya. Semuanya mengharapkan tugas kebersihan ini ialah tukang cuci sampah, tukang kutip sampah. Masih ada masyarakat kita yang pentingkan kebersihan, tetapi majoritinya kurang prihatin. Baik yang naik kereta Kancil atau kereta Mercedes, ada yang tanpa segan silu membuang puntung rokok, tin minuman dari tingkap kereta. Saya menerima e-mel dan gambar dari Encik Edwin Vikneswaran dari Port Dickson.

Beliau menetap di Port Dickson Batu 4 Desa Rusa . Katanya dah beberapa kali bersih longkang depan rumah beliau, tapi tak puas lagi sebab sampah masih datang entah dari mana.

Bukan setakat itu saja , penuh dengan jentik-jentik pula .

Beliau meminta supaya melihat sendiri gambar yang dikirim melalui e-mel. Beliau menulis, betapa sedihnya setengah orang masih tidak belajar dari kesilapan. Kawasan beliau pernah ada orang kena demam denggi.

Lampu isyarat Pening dan Merbahaya di Senawang



Petang tadi Ahad 24 April 2011, lalu Dataran Senawang. Isteri tegur mengenai lampu isyarat di simpang empat berhampiran stesen minyak Esso Taman Seri Pagi depan Domino Pizza. Kalau dari Domino Pizza nak keluar ke jalan utama ke Tol Senawang atau ke Kuala Pilah, lampu isyarat tinggi warna hijau, lampu isyarat bawah warna merah. Lepas tu yang tinggi merah, yang bawa pula hijau.

Beberapa kereta juga ada yang terlajak, pening, nak ikut arahan lampu isyarat yang tiang tinggi seberang jalan atau lampu isyarat tiang rendah berhampiran simpang sini. Rupa-rupa lampu isyarat tiang tinggi seberang jalan kalau diperhati betul-betul telah berpusing 90 darjah, mungkin ditiup angin kencang.

Jadi sesiapa yang lalu jalan ini esok, harap hati-hati. Juga harap segera laporkan ke pihak JKR. InsyaAllah saya akan cuba hubungi pihak JKR esok pagi, harap teman lain dapat hubungi juga, takut saya ada urusan lain pada waktu pagi.

Cendol Power Ori di Senawang, memang kauw


Baru-baru ni jumpa satu port baru cendol di satu taman perumahan di Senawang. Gerai biasa saja, tak canggih, tapi cendol dia memang power. Mula-mula beli bungkus bawa balik rumah makan dengan famili. Lepas tu semalam makan di gerai abang cendol ni dengan anak. Sempatlah berborak rahsia cendolnya.

Mula-mula tanya, cendol ni abang buat sendiri ke? Dia kata ya, dia buat sendiri kat rumah, terletak seberang jalan dengan gerainya. Gula, dia guna gula enau, santan pun kelapa dia parut dan perah sendiri. Patutlah power, lain dari tempat lain dari yang saya rasa. Cendol pula dia tak guna pewarna, dia guna sepenuhnya daun pandan. Daun pandan pun dia tanam belakang rumah.

Abang tu kata lagi, sesiapa nak berniaga cendol nak belajar boleh datang rumah dia, satu hari secara tertutup. Dia akan turunkan semua ilmu dan rahsia, dan tiada pengeras. Cuma satu saja syaratnya. Kalau nak berniaga, jangan berniaga dekat dengan gerai dia.

Abang cendol ni, jual cendol untuk cari rezeki, bukan nak kaya raya agaknya. Kalau dia nak kaya raya, rasanya dah lama dia kaya. Tapi dia bersyukur dengan cara dia.

Satu lagi ais dia bukan ais ketul, dia sagat guna mesin pusing dengan tangan , bukan elektrik, itu yang lagi kauw cendolnya.

Kat mana cendol abang ni? Tak boleh beritahu dalam laman web, nanti ramai sangat serbu gerai dia nanti. Saya nak beli pula manjang habis je stoknya. Semalam pun dia dah buat 3 round, pukul 3 dah habis.

Nak tahu mana abang ni jual cendol boleh SMS atau e-mel pada saya.

Semoga lebih ramai lagi orang kita , gigih, ikhlas macam abang cendol ni.