Operasi untuk menutup siber kafe yang menjalankan kegiatan
judi online, menangkap orang Islam yang mengunjungi kedai judi berlesen,
menangkap orang ramai yang berjudi sabung ayam dan sebagainya adalah
tanggungjawab pihak berkuasa, PBT, polis dan penguatkuasa Jabatan Agama.
Namun apa pula peranan agensi lain serta orang ramai untuk
membantu mereka yang ketagih judi ini khususnya orang Melayu yang beragama
Islam? Hampir tiada !
Saya hanya boleh nasihatkan kenalan saya ini, saya hanya
mampu mendapatkan dia pekerjaan tetap, tetapi dia harus membantu diri dia
sendiri untuk berubah. Yang penting ialah solat.
Kita ada klinik berhenti merokok. Malangnya Malaysia
sebuah negara yang majoritinya orang Melayu yang beragama Islam tiada klinik
berhenti berjudi untuk mereka yang ketagihan judi.
Kenapa kedai judi on-line tumbuh macam cendawan walaupun
sering diserbu? Kerana ada permintaan dari mereka yang sudah ketagihan judi ini,
mulanya hanya mencuba, akhirnya sudah ketagih walaupun kaki judi ini tahu ianya
adalah haram dan mereka tak akan kaya atau senang dengan berjudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan