GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012
Umat Islam di Pulau Pinang
berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 ini. Gerhana akan
bermula jam 6.00 petang dan akan berakhir pada 8.06 malam.
Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.31
malam di Pulau Pinang pada hari itu, umat Islam di Pulau Pinang boleh
menyaksikan gerhana sekitar jam 7.45 malam, iaitu ketika bulan berada pada
ketinggian lebih kurang 5 darjah daripada ufuk Timur.
Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak
singkat, umat Islam di Pulau Pinang
dicadangkan keluar melihat fenomena gerhana pada jam 7.45 malam dan memunaikan
solat sunat gerhana bulan pada 7.50 malam.
Seterusnya bolehlah diikuti dengan Khutbah Gerhana Bulan.
Maklumat mengenai solat sunat gerhana boleh didapati dengan memuat turun buku
'peristiwa gerhana menurut perspektif falak' di ruangan/ menu muat turun.
Sumber : http://mufti.penang.gov.my/v1/index.php/ms/component/content/article/192-gerhana-bulan-separa
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ،
لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ
فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara
tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian
seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah
kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari
no. 1044)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan