Kesimpulannya hanya satu, apabila masjid-masjid semakin
mati, solat dipandang ringan, majlis ilmu dikesampingkan, maka tidak hairanlah
perkara-perkara seperti sihir, gangguan dan sebagainya yang termasuk dalam
fahsya dan munkar semakin berleluasa.
Sempena sambutan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 Hijrah
ini bersamaan dengan 17 Jun 2012 marilah kita semarakkan surau dan masjid
dengan solat serta majlis ilmu dan zikir mulai dari sekarang hingga akhir hayat
kita insyaAllah.
Tarikh keramat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187
selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib, bumi Al Quds atau Jerusalem
atau Palestin telah dibebaskan oleh seorang Sultan yang hidup dalam suasana
kemiskinan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang Sultan yang kuat
berpegang pada agama, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.
Tulisan saya sebelum mengenai Masjid-masjid yang Mati di
N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2012/04/masjid-yang-mati-di-chembong-negeri.html
اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ
مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ
وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ
{العنكبوت45}
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab
(al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari
perbuatan-perbuatan fahsya’ dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah
(shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan
Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 29:45)
Tahap-tahap kejahatan yang dilarang
Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan
segala jenis kejahatan.
Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang
lengkap dengan isinya iaitu
al fahsya, al munkar dan al baghy.
AL-FASHYA
Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang
terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau,
terkeluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan
sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor,
tidak malu serta lucah.
AL-MUNKAR
Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud
bertidak, menidakkan,
tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan
munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama
dan manusia.
Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan
memberi kesan kepada
orang lain.
AL-BAGHY
Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas
keadilan, keinsafan,
kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan
keji , buruk dan jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain,
malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada
orang lain.
1 ulasan:
Saya malas nak komen tapi sebab dah banyak kali hanya saya seorang saja yg ada di masjid semasa subuh dan zuhor, komen juga la. Saya bukan AJK masjid dan tak berminat langsung.
Tempat saya masjid mati kerana ajk masjid yg terpampang nama mereka di masjid dan sahkan oleh jabatan agama tak pergi masjid, sebahagian mereka pergi surau yg hanya berfungsi untuk magrib, isya & subuh sahaja. Mereka hanya pergi masjid seminggu sekali.
AJK masjid juga merupakan AJK beberapa surau. saya tak tau nak kata apa, ini kena tanya tok kadi. Surau lebih penting dari masjid. Biar masjid kosong dari surau kosong.
Pengerusi & penasihat sendiri tak pergi masjid.
Catat Ulasan