KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120627

PUSAT DAKWAH SERANTAU

Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam pengetahuan agama. 

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau menaja seperti berikut:

- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain)
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
- Buku dan alat tulis

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia Berhad)
13010002499715

Alamat :

Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)

Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net

Tiada ulasan: