KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120622

Masyarakat kita makin parah, usaha pemulihan tak serius

Cadangan kaunseling online telah lama saya utarakan. Apakan daya, saya ni bukan pemimpin negara atau pemimpin negeri, pun bukan yang ada PhD. Kini yang ada PhD pun mendesak betapa perlunya kaunseling online ini.

Tubuh unit kaunseling sakit mental online
22 Jun 2012
Oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

JIKA disoroti sejak kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Lebih terkejut, apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan membunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan terakhir itu yang dipilih.

Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

(PENULIS ialah penyelaras/pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia)

Harap dapat meluangkan sedikit masa membaca artikel saya bertajuk : JAKIM dan Jabatan Agama Negeri perlu ada kaunseling “online” di http://waghih.blogspot.com/2008/05/jakim-dan-jabatan-agama-negeri-perlu.html

Tiada ulasan: