KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131107

Jom Kita Bantu Para Pesakit Buah Pinggang


Kepada mereka yang ingin membantu pesakit-pesakit buah pinggang atau pesakit-pesakit lain yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan boleh salurkan ke Tabung Wakaf Khas Kesihatan atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa mengharapkan sumbangan dari kita semua.

“Bantulah Diri Kita Sendiri Di Akhirat, Dengan Membantu Mereka Di Dunia”

SUBSIDI HEMODIALISIS TIDAK DILULUSKAN, RIBUAN PESAKIT BUAH PINGGANG BERDEPAN RISIKO KESIHATAN

7 Nov 2013 - Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini.

Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun.

Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012.

Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, rawatan untuk pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di sebuah NGO atau kos klinik swasta ialah antara RM150 dan RM250 bagi setiap sesi.


Tiada ulasan: