KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131119

Dapatkah 3 tokoh agama ini duduk semeja?


Umat Islam di Malaysia, terutamanya bangsa Melayu sedang menghadapi serangan akidah yang amat serius. Terlalu ramai bilangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, lebih ramai lagi yang tidak solat, dah lah tak solat, gunakan sihir dalam perniagaan, gunakan sihir untuk memecah belahkan rumah tangga, menjadi pelanggan tetap kedai judi nombor berlesen.

Kes remaja hamil tak selesai-selesai. Saya seringkali dihubungi oleh mereka yang begitu mengharapkan untuk menghantar anak remaja perempuan mereka yang hamil ke rumah perlindungan. Tapi amat malang, kita di N.Sembilan boleh dikatakan tidak ada rumah perlindungan untuk remaja yang hamil luar nikah.

Dapatkah 3 tokoh agama ini duduk semeja dalam diskusi atau forum, atau setidak-tidaknya dalam munajat atau solat hajat untuk mencari jalan penyelesaian?

Jika tidak dapat, setidak-tidaknya pula Sheikh Fuad tumpu kepada umat Islam yang tidak berparti, Ustaz Fathul Bari tumpu kepada pemuda UMNO, Ustaz Nor Azman tumpu kepada pemuda PAS, agar semua pemuda yang tidak berparti, UMNO dan PAS memenuhi masjid dan surau di N.Sembilan setiap kali solat waktu dan majlis ilmu kerana terlalu amat banyak surau yang mati di N.Sembilan seperti mana yang saya nukilkan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

KES REMAJA HAMIL LUAR NIKAH SERIUS

Bilangan kanak-kanak atau remaja perempuan bawah umur yang hamil luar nikah mencatat peningkatan mendadak apabila sebanyak 191 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2013.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, jika trend tersebut berterusan, bilangan kes berkenaan sepanjang tahun ini dijangka jauh lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya.

"Sepanjang 2011, statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sebanyak 204 kes kanak-kanak atau remaja bawah umur hamil dirujuk kepada pihak mereka manakala pada tahun lalu, sebanyak 172 kes.

Tiada ulasan: