KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131126

Swasta tiada cuti haji

Kita ni manja sangat, banyak sangat cuti. Macamana tok nenek kita dulu pergi haji, berbulan-bulan naik kapal. Tok nenek kita bukan kakitangan kerajaan, cuma penoreh getah, pesawah padi, nelayan, mereka tiada cuti haji atau cuti tahunan atau cuti sakit berbayar. Mereka yakin rezeki ALLAH beri. Kita korban cuti, wang untuk pergi haji hanya mengharapkan redhaNya.

Ramai yang tak sedar dan terkejut bila diberitahu pihak swasta tiada cuti haji, pekerja swasta tak bising pun. Malahan gaji pekerja swasta tersebut tak setinggi gaji sesetengah pegawai kerajaan lain. Pekerja swasta yang pergi haji perlu ambil cuti tahunan, tak cukup cuti tahunan kenalah ambil cuti tanpa gaji.

Kalau 45 hari pergi haji, kenalah hampir sebulan ambil cuti tanpa gaji. Yakinlah, rezeki itu dari ALLAH, manusia dan kerajaan hanya menguruskannya.

Kerajaan tidak bercadang lanjut tempoh cuti haji
2013/11/26

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Cuti haji sedia ada untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan," katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Rafizi bertanyakan mengapa cuti ibadah haji untuk penjawat awam dihadkan kepada 40 hari sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji mencecah 45 hari.

Kepada soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), Shahidan menjelaskan kerajaan menyokong dan menggalakkan swasta memberi cuti haji kepada pekerja swasta tapi mereka perlu faham bahawa cuti haji tidak perlu sehingga 40 hari.

Tiada ulasan: