KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140704

Cari, bantu, hebohkanlah jiran-jiran kita yang susah


Dua tiga hari lepas sebelum solat tarawih saya buat pengumuman kepada para jemaah surau bahawa jiran kita di Taman Alamanda, Senawang iaitu Sdr Saffian bin Mat Jani di No 77, Jalan Alamanda 5 dalam kesusahan. Dia bekerja sendiri, dan tidak dapat bekerja mencari rezeki apabila tiga jari kakinya di potong, kulit kedua-dua kakinya dibuang akibat komplikasi penyakit.

Di samping perlukan wang untuk perbelanjaan harian keluarga, beliau memerlukan kos rawatan yang tinggi. Alhamdulillah Majlis Agama Islam N.Sembilan ada membantu tetapi permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat beliau ditolak.

Antara jiran yang respon awal selepas pengumuman tersebut ialah seorang warga Pakistan yang menghulurkan sumbangan. Tadi sebelum solat subuh warga Pakistan tadi beritahu saya, kesian apabila dia melihat Sdr Saffian, tak pernah beliau tengok orang yang sakit sedemikian.

Marilah kita cari, bantu, hebohkan jiran tetangga kita yang memerlukan, yang susah. Janganlah kita harapkan mereka ini JKM akan bantu, kerana beratus ribu permohonan yang JKM terima saban tahun. Siapa lagi yang patut bantu mereka kalau bukan kita sebagai saudara mara atau jiran tetangga.

Hebohkanlah jiran dan saudara mara kita yang memerlukan ini sebelum solat tarawih, semasa tazkirah, yang terbaik semasa Khutbah Jumaat, dalam FB, dalam Blog Surau seperti Blog Surau Alamanda http://suraualamanda.blogspot.com

Kalau kita tak dapat bantu, sekurang-kurangnya kita berdoa atau buat solat hajat.

Malam tadi selepas solat tarawih, kita di Surau Taman Alamanda, buat solat hajat mohon agar ALLAH pulihkan jiran kita Sdr Anuar dari Lorong Alamanda 3/3 yang kini ICU di Hospital Seremban kes langgar lari oleh Mat Rempit di Taman Kobena minggu lepas.

Tiada ulasan: