KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140729

Majlis Kenduri Kahwin Bantu Anak Muda


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bersama beberapa persatuan lain sedang merancang untuk menganjurkan Majlis Kenduri Kahwin Bantu Anak Muda (MKKBAM) bertujuan untuk meringankan kos perkahwinan pasangan anak muda yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama.

Dengan kos hanya RM500 yang dikeluarkan oleh pasangan anak muda yang ingin berkahwin tersebut pihak penganjur akan mengaturkan majlis kenduri kahwin secara sederhana mengikut sambutan pihak lain yang ingin membantu dan ingin menaja. Dengan ini pasangan anak muda tersebut dapat menyimpan wang majlis kenduri kahwin untuk membeli keperluan asas lain dan sebagai simpanan untuk membeli rumah pertama mereka atau pelajaran anak-anak mereka.

Matlamat MKKBAM ini ialah untuk memberi mesej kepada masyarakat umum bahawa betapa kritikalnya gejala sosial pada ketika ini, justeru itu perlulah disampaikan mesej kepada masyarakat untuk meringankan beban persiapan pasangan anak muda yang ingin berkahwin.

Penganjuran pertama kami ialah di sekitar Rembau pada hujung tahun 2014 ini. Justeru itu kami amat mengalu-alukan mana-mana pihak serta individu yang ingin menaja program ini samada dalam bentung wang ringgit, khemah, persalinan pengantin, kompang, PA sistem, dewan, makanan, minuman, saguhati dan sebagainya sila hubungi Hj Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan di Tel/SMS/Whatsapp ; 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Laman web Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan : http://yam-ns.blogspot.com

Tiada ulasan: