KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140724

Keluarga asnaf ditimpa musibah beberapa hari sebelum Hari Raya

Senawang 23 Julai 2014 – Keluarga Puan Zarina Mohd Nor telah menerima satu musibah beberapa hari umat Islam akan menyambut Idil Fitri. Kediaman beliau di Rumah Pangsa PPR Paroi berhampiran Masjid At Taqwa, Paroi telah dijilat api. Suami beliau bekerja sebagai pemandu teksi dan mereka mempunyai 7 orang anak.

Pihak Majlis Perbandaran Seremban telah memberi keluarga dari golongan asnaf ini menumpang sementara di blok rumah pangsa berhampiran.

Antara barangan keperluan yang boleh disumbangkan untuk keluarga ini ialah bantuan tunai, dapur, peralatan memasak, tikar getah, baju sekolah dan sebagainya.


Mereka yang ingin menghulurkan bantuan melalui Pusat Khidmat PAS DUN Paroi sila hubungi Sdr Mohamad Hassan Tamby (Naib Yang Dipertua PAS Rembau) Tel/SMS/Whatsapp di 019-2171942 atau salurkan ke akaun Maybank 155126007814 .  




Tiada ulasan: