Lebih ramai bakal dibuang kerja
23 Feb 2017
KUALA LUMPUR – Lebih ramai pekerja dijangka diberhentikan
sepanjang tahun ini berpunca daripada suasana ekonomi yang lebih mencabar
selain adaptasi teknologi-teknologi baharu.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia
(MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, antara sektor yang diramalkan terlibat
ialah industri perbankan, insurans, pembinaan dan pembuatan.
Menurutnya, berdasarkan angka rasmi, setakat September 2016,
jumlah pekerja yang telah diberhentikan mencecah 40,000 orang manakala bagi
tahun 2015, jumlah mereka adalah kira-kira 44,000 orang.
“Situasi ekonomi sekarang serta pengenalan teknologi baharu
membuatkan banyak majikan melihat semula keperluan tenaga kerja mereka.
“Saya percaya bilangan pekerja yang akan diberhentikan tahun
ini mungkin sedikit lebih tinggi berbanding sebelumnya,” katanya pada sidang
akhbar selepas Seminar MEF-Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung topik
Majikan dan Pencukaian di sini semalam.
- Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan