KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170202

Majlis perkahwinan di Turki cukup ringkas dan mudah



Majlis perkahwinan di Turki cukup ringkas dan mudah
2 Februari 2017


SIAPA kata jejaka Melayu tidak mampu menambat hati gadis asing?

Ini terbukti bagi Said Imaddudeen, 29, pernah datang ke Turki untuk kali pertamanya pada 2008 sebagai pelancong dan kemudiannya pada 2011 bertujuan untuk belajar bahasa Turki di Istanbul. Dan akhirnya pada November 2012, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Turki dan kini Said melanjutkan pengajian Master di Universiti Istanbul.

Hati Ayse Karateke, 21, gadis tinggi lampai dan berhidung mancung dari Istanbul, mula terpaut dengan keikhlasan cinta Said.

Bagaimanapun, kesemua cabaran untuk dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran sehinggalah mahligai perkahwinan yang diimpikan akhirnya terbina pada Ogos 2015.

"Namun urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki," ujarnya sambil berjenaka. Hanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat diundang pada majlis pernikahan Said dan Ayse.

"Majlis kahwin di sini begitu mudah dan kehadiran hanyalah sekitar 30 orang dan tidak perlu untuk menyediakan makanan yang banyak bahkan tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk majlis besar-besaran.

"Berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia bila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja," jelasnya.

Majlis pernikahan syarie antara Said dan Ayse ini hanya dibuat di Pejabat Organisasi Egitimder sahaja dengan kehadiran rakan-rakan dan keluarga yang terdekat.

- Sinar Harian

Tiada ulasan: