KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061207

Pertandingan Azan & Hafazan DIS 06 SeNawanG

Pertandingan Hafazan Juz Amma dan Azan
Peringkat Masjid Bandar Baru Senawang

Jumaat 29 Dis 2006
Jam 8 pagi – 4 ptg
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada remaja dari kariah Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Badan Kebajikan , Masjid Bandar Baru Senawang

Taman-taman di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah :
Taman Anggerik, Taman Widuri , Taman Senawang Indah, Taman Jasmin, Taman Kobena, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Desa Melor, Taman Satria, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Bandar Senawang, Taman Kuartes Polis

Syarat-Syarat Pertandingan :
1. Penyertaan hendaklah melalui Pengerusi Surau setiap taman
2. Terdapat 2 kategori setiap pertandingan– Sekolah Rendah (7-12 tahun) dan Sekolah Menengah (13-17 tahun).
3. Pertandingan Azan hanya untuk pelajar lelaki.
4. Pertandingan Hafazan terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan.
5. Untuk pertandingan azan setiap taman hanya dibenar menghantar tidak lebih 3 orang wakil untuk setiap kategori.
6. Untuk pertandingan hafazan setiap taman hanya dibenar menghantar tidak lebih 2 orang wakil untuk setiap kategori.
7. Peserta lelaki hendaklah memakai baju melayu lengkap atau berjubah.
8. Peserta perempuan dikehendaki memakai baju kurung atau jubah serta bertudung.
9. Senarai nama peserta yang mewakili taman hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Khamis 21 Disember 2006.

Hadiah-hadiah
Johan untuk setiap kategori RM 100
Naib Johan untuk setiap kategori RM 75
Tempat ke3 untuk setiap kategori RM 50

Maklumat lanjut hubungi Sdr Amin Farid 019-6510167

Forum Kebebasan Beragama 17 Dis Senawang

FORUM : “Islam Dan Kebebasan Beragama”

AHAD 17 Dis 2006
Jam 2 ptg – 4 ptg
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Ahli Panel :
Prof Dr Abd Aziz Bari – Pensyarah UIA
Tn Hj Azmi Abd Hamid – Presiden TERAS
Dr Azhar Yaakob – Pensyarah Kolej MARA

Semua DiJemput Hadir

Anjuran :
TERAS Pengupayaan Melayu
Masjid Bandar Baru Senawang
Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ali

Maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Nazri : 019-3457690
Hj Mohamad : 019-6576540
Sdr Kamal : 019-6532973

20061206

Dapat BONUS, hati-hati kalau tukar kereta

Mungkin ada yang dah berkira-kira berapa bonus yang akan dapat hujung tahun ini. Cuma sedikit nasihat kepada mereka yang berkira-kira yang hendak tukar (trade in) kereta, dah banyak kes berlaku dimana kereta yang di trade in, tidak dijual oleh penjual kereta. Pemilik kereta asal yang menyangka kereta trade in mereka telah dijual sebenarnya masih tidak terjual, akibatnya mereka akan menerima surat tunggakan bayaran daripada bank, surat mahkamah, lebih malang lagi mereka menerima tunggakan saman lalulintas dan lebih malang jika kereta mereka digunakan untuk tujuan jenayah dan penyeludupan.

Berikut ialah beberapa tips kalau hendak trade in kereta :

1. Dapatkan harga pasaran kereta anda daripada majalah, akhbar, atau laman web www.ambg.com.my , www.motortrader.com.my, www.thestar.com.my dan lain-lain.
2. Dapatkan jumlah baki pinjaman anda daripada bank (full settlement)
3. Jika full settlement anda adalah lebih dari harga pasaran, maka anda akan berisiko kalau anda trade in kereta anda.
4. Berhati-hati peniaga kereta yang menawarkan 0 downpayment kalau anda trade in kereta anda. Anda akan membuat pinjaman kereta baru dan kereta lama anda belum tentu lagi dapat dijual.
5. Berhati-hati juga peniaga kereta yang sanggup mengambil kereta anda walaupun full settlement lebih tinggi dari harga pasaran kereta walaupun anda dioffer discount untuk kereta baru , kerana sekali lagi kereta lama anda belum dijamin akan terjual.
6. Sebaiknya anda trade in kereta apabila road tax atau insuran kereta lama anda hampir tamat tempoh, tetapi anda masih tetap berisiko.
7. Sebaiknya mereka yang ingin trade in kereta, pastikan ada pembeli untuk kereta anda terlebih dahulu.

Walau apa pun, sekiranya anda tidak pasti dalam urusan jual beli kereta, dapatkan nasihat daripada rakan anda yang sentiasa ingin membantu, bukannya rakan yang mengharapkan komisyen.

Berikut ialah laporan akhbar mengenai kes jual beli kereta di Seremban

Harian Metro 4 Disember 2006. Peniaga kereta tamak

Oleh Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Sikap tamak sesetengah peniaga kereta terpakai di negeri ini menyebabkan banyak pengguna teraniaya apabila mereka menerima saman lalu lintas dan notis tunggakan bayaran ansuran walaupun kereta itu baru dibeli.

Presiden Persatuan Pengguna negeri (PPNS), Khairuddin Yunos, berkata peniaga kereta terpakai terbabit bersekongkol dengan orang tengah untuk memujuk pengguna menjual kereta mereka atau membeli kereta baru.

Katanya, orang tengah memperkenalkan pengguna kepada peniaga kereta terpakai dengan memberi beberapa cadangan kepada pengguna membeli kereta baru.

"Peniaga terbabit memujuk pemilik kereta itu dengan mengatakan dia tidak perlu membayar ansuran bulanan kepada bank selepas kereta mereka diserahkan untuk urusan pertukaran hak milik kepada pembeli baru.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pemilik kereta itu mengesyaki mereka ditipu apabila dihubungi pihak bank yang memberitahu pembayaran bulanan kereta tertunggak," katanya ketika dihubungi, semalam.

Khairuddin berkata, PPNS memandang serius masalah itu kerana persatuan itu menerima kira-kira 10 aduan berhubung perkara itu dalam tempoh beberapa bulan lalu.

"Sikap sambil lewa serta keghairahan menggunakan kereta baru kerap menyebabkan pengguna terpedaya dengan sikap tamak peniaga kereta terpakai terbabit," katanya.

Katanya, pengguna perlu prihatin dengan perkara itu bagi mengelakkan teraniaya dengan sikap tamak peniaga kereta terpakai yang tidak bertanggungjawab.

"Pengguna boleh mengetahui status pinjaman daripada bank mengenai pembeli yang berminat membeli kenderaan mereka dalam tempoh kira-kira dua minggu," katanya.

Katanya, pemilik yang didaftarkan dalam geran kenderaan itu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan atau kereta itu digunakan untuk kegiatan jenayah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20061204101938/Article/indexm_html

20061204

Motivasi Anak Soleh Penyejuk Hati 9-16 Dis

Motivasi Penghayatan Islam – “Anak soleh penyejuk hati ayah bonda”

Tarikh Program - Sabtu 9 – Sabtu 16 Disember 2006 ( 1 minggu )

Program ini terbuka untuk para pelajar yang berumur 11 tahun – 13 tahun sahaja.

Jumlah Peserta – Terhad kepada 40 orang sahaja untuk menjamin keberkesanan program.

Tempat : Kg. Jawa, Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Penganjur : Pengajian Ummu Qurra’

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Ahyad 019-378 8517 / 013 233 0696

Objektif
a. Memberi halatuju dan matlamat hidup yang betul kepada semua peserta
b. Menyiapkan para peserta dengan didikan fardu ain yang lengkap dan sempurna
c. Melatih para peserta untuk menjadi remaja yang berani, berkepimpinan dan berakhlak mulia
d. Mendidik peserta menjiwai tanggungjawab mereka dalam membela nasib keluarga dan menghormati orang tua terutamanya ibu bapa.

Pengisian program :
1. Motivasi Pelajar Terbilang
2. Pembentukan halatuju sebagai seorang pelajar dan anak soleh/ah
3. Team building
4. LDK dan persembahan pasukan
5. Asas bersuci
6. Kemahiran membaca Al-Quran
7. Kemahiran solat termasuk solat Jama’ & Qasar
8. Kemahiran memperdengarkan azan & iqamah
9. Kemahiran membaca khutbah (lelaki)
10. Qiamullail
11. Pembentukan akhlak & sahsiah
12. Pentingnya menjadi anak soleh/ah
13. Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibubapa
14. Riadah berkonsep
15. Kembara alam
16. Motivasi ”Curahan Kasih” bersama ibubapa

20061203

Ceramah Sheikh Nuruddin Al Banjari 12 Dis Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :
MAJLIS ILMU

Bersama Tuan Guru Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
SELASA 12 Disember 2006
Jam 7:15 malam , Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Seminar Semarak Aqidah Umat 17 Dis Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Seminar Sehari – “Semarakkan Aqidah Umat”

AHAD 17 Disember 2006
Jam 8:30 pagi
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Perasmian oleh Sohibus Samahah Dato’ Murtadha bin Hj Ahmad, Mufti N.Sembilan

Barisan ahli panel dan penceramah :
1. Dato Seri Dr Harussani Zakaria – Mufti Kerajaan Negeri Perak
2. Tuan Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid – Presiden TERAS
3. Yg Bhg Prof Dr Abdul Aziz Bari – Pensyarah UIAM

Anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan TERAS Pengupayaan Melayu

Maklumat lanjut hubungi :
Tn Hj Taufek : 019-6576540
Sdr Shamsul : 019-6532973
Ustaz Hj Azhar : 019-9619876

Taklimat Sureco 10 Dis Rembau

Semua Dijemput Hadir ke :

Majlis Taklimat Perniagaan Rangkaian Perniagaan Muslim SURECO

AHAD 10 Disember 2006
Jam 10 Pagi
Di Kedai M Tag Enterprise & Imej Amal
Pekan Kg Batu, Rembau (kedai belakang hentian bas Kg Batu)

Maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Md Nazri Yusof 019-3457690
Hj Mohamad 019-6576540

20061130

Kem Bestari Al Quran 4 – 29 Dis Senawang

Kem Bestari AL QURAN
Khusus untuk anak-anak berumur 9 hingga 13 tahun
Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Bermula 4 Disember 2006 hingga 29 Disember 2006
Kelas dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tgh
Bertempat di Pusat Pengajian Imtiyaz, Dataran Senawang

Bilik kuliah selesa dan berhawa dingin
Dikendalikan oleh pengajar penyayang dan berpengalaman
Tempat terhad

Maklumat lanjut hubungi Al Fadil Ustaz Norazman 019-6400062 atau 06-6792617

Orang Rembau Utamakan KARAOKE, abai SPM, pelajaran

SURAT PERTAMA

Daripada : Rafizan bin Harun, No 63, Rumah Rakyat Chengkau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tal : 017-3212699.Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau,Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau operasi dua buah restoran di pekan Chengkau yang menyediakan perkhidmatan karaoke, salah sebuah daripadanya ialah Perpatih Corner.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 5 petang hingga jam 1 pagi. Sementara acara karaoke bermula sekitar jam 8 malam berlanjutan hingga jam 2 pagi.

Kami penduduk setempat di kawasan Rumah Rakyat Chengkau ini dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar , Rafizan bin Harun Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363, Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

****************************
SURAT KEDUA

Daripada : Abd. Rahim bin Maarof, Kg Senama Baru, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tal : 012-4675820. Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau, Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum wrt wbt, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau sebuah restoran di Kg Senama Baru, di tepi jalan utama Rembau-Tampin yang menyediakan perkhidmatan karaoke.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 9 malam hingga jam 1 pagi.

Kami penduduk setempat dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Wassalam. Sekian, terima kasih.

Yang benar , Abd. Rahim bin Maarof , Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363. Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

Orang Rembau Utamakan KARAOKE, abai SPM, pelajaran

SURAT PERTAMA

Daripada : Rafizan bin Harun, No 63, Rumah Rakyat Chengkau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tal : 017-3212699.Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau,Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau operasi dua buah restoran di pekan Chengkau yang menyediakan perkhidmatan karaoke, salah sebuah daripadanya ialah Perpatih Corner.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 5 petang hingga jam 1 pagi. Sementara acara karaoke bermula sekitar jam 8 malam berlanjutan hingga jam 2 pagi.

Kami penduduk setempat di kawasan Rumah Rakyat Chengkau ini dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar , Rafizan bin Harun Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363, Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

****************************
SURAT KEDUA

Daripada : Abd. Rahim bin Maarof, Kg Senama Baru, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tal : 012-4675820. Tarikh : 24hb November 2006

Kepada : Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Rembau, Tal : 6851144, Fax : 6855117

Assalamualaikum wrt wbt, Tuan ,

Gangguan Ketenteraman Awam Operasi Karaoke/Restoran

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat memantau sebuah restoran di Kg Senama Baru, di tepi jalan utama Rembau-Tampin yang menyediakan perkhidmatan karaoke.

Restoran karaoke ini beroperasi hampir setiap hari bermula jam 9 malam hingga jam 1 pagi.

Kami penduduk setempat dan kawasan sekitarnya boleh mendengar gangguan bunyi karaoke yang mengganggu tidur kami terutamanya anak-anak kecil. Malahan ianya mengganggu konsentrasi para-para pelajar yang mentelaah pelajaran di rumah, lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Pihak kami akan mengumpulkan tandatangan berkenaan masalah yang sedang kami hadapi ini untuk diserahkan kepada pihak tuan dalam masa terdekat ini.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau operasi restoran karaoke berkenaan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Wassalam. Sekian, terima kasih.

Yang benar , Abd. Rahim bin Maarof , Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setempat

s.k. : Ketua Polis Daerah Rembau – Tal 6852222, Fax : 6857363. Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506

20061128

Kem Remaja Islam WORLD 1-3 Dis Seremban

Sertai Kem Remaja Islam WORLD ( Work Optimum Raise LeaDership )

Tempat : Taman Awam Rimba Rekreasi, Seremban, N.Sembilan
Tarikh : 1 – 3 Disember 2006 ( Jumaat – Ahad , 3 hari 2 malam )
Yuran : CUMA RM 30 sahaja ( Tempat Terhad – “First Come First Serve” )
Masa pendaftaran : 3 ptg , Jumaat 1 Disember 2006

Antara aktiviti yang dijalankan :
Mencari Maruah & Harga Diri Ku , Outdoor, Motivasi dan Pelbagai !!!

Anjuran : Kelab Remaja JIM

Maklumat lanjut hubungi :
Puan Jawiyah 012-3279161
Sdr Muhannad Hj Jamil 017-6149192

Surat Terbuka Kpd Polis N.Sembilan

Kalau nak tahu kenapa Mat Rempit makin menjadi-jadi, tanya diri sendiri. Apa sumbangan kita untuk mengurangkan aktiviti rempit di kejiranan kita, di kampung kita, di bandar kita ? Atau kita sebahagian daripada ibu bapa yang bangga anak pandai membawa motosikal walaupun di bawah umur ?

*********************************************************************************
Daripada :

Rozmal bin Malakan
No 144, Jln 6, Taman Alamanda
70450 Senawang
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tal : 012-2267406

Tarikh : 28hb November 2006

Kepada :

Ketua Bahagian Trafik
Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
Tal : 6013222, Fax : 6012624


Tuan ,

Mohon Bantuan Pemantauan Remaja Bawah Umur Tanpa Lesen Bermotosikal

Merujuk kepada perkara di atas adalah saya di sini amat mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk melakukan pemantauan terhadap remaja-remaja bawah umur termasuk remaja sekolah rendah yang menunggang motosikal di kawasan Senawang ini. Ini memandangkan kebelakangan ini aktiviti sebegini semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak-anak mereka membawa motosikal tanpa lesen dan di bawah umur.

Pada Khamis 23 Nov. 2006 sekitar jam 8.30 malam anak jiran saya yang berumur 6 tahun di No 143 telah dilanggar lari oleh seorang remaja bawah umur yang membawa motosikal Modenas Kriss berwarna merah. Anak jiran saya tadi telah mengalami luka-luka serta patah gigi.

Pada Isnin 27 Nov. 2006 sekitar jam 6.30 petang sebuah kereta Proton Satria hitam plet no. NBP 293 dipandu oleh seorang wanita telah mengejar sebuah motosikal Modenas Kriss warna biru plet no. MBC 4960 dibawa oleh seorang remaja dalam keadaan laju dan merbahaya melalui Jalan Alamanda 6.

Malah anak saya sendiri yang berumur 5 tahun tahun lepas telah dilanggar oleh remaja perempuan tingkatan 1 yang membawa motosikal juga di Jalan Alamanda 6 dan telah mengalami luka dan calar seluruh badan.

Oleh yang demikian saya amat mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau kegiatan menunggang motosikal oleh remaja di bawah umur dan tanpa lesen ini sebelum lebih ramai lagi anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa disebabkan kelalaian para remaja dan para ibu bapa yang tidak bertanggung jawab.

Kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.


Sekian, terima kasih.

Yang benar ,

_____________________
Rozmal bin Malakan

s.k. :
Ketua Polis Negeri Sembilan – Tal : 7682222, Fax : 7623506
Ketua Balai Polis Bandar Baru Senawang – Tal : 6792222, Fax : 6792231

20061125

Kursus Tahfiz & Komputer Cuti Sekolah, Seremban

PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH

Kelas Tahfiz Al Quran, Tahsin Al Quran, Asas Bahasa Arab, Komputer

Tarikh : 27 Nov 06 – 14 Dis 06
Hari : Isnin – Khamis ( 4 kali seminggu)
Masa : 8 pagi – 12 tgh
Tempat : Pusat Pendidikan As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Jln Senawang-Paroi, Seremban
Yuran : RM 30 setiap subjek

Syarat Penyertaan :
Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
Terhad 30 orang sahaja untuk setiap subjek

Untuk penyertaan dan pendaftaran sila hubungi :
Mohd Alauddin Alias
HP : 012-9299914
Tal/Fax : 06-6798660, 06-6771232
http://mtasns.tripod.com

Anjuran :
Unit Latihan dan Bimbingan PPSB
72 Atas, Jalan Melor 2, Taman Rasa Sayang, 70450 Seremban, NS

20061120

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur Hangus Terbakar

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, atau lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nuur telah ditimpa musibah kebakaran pada 17.11.2006 (Jumaat) jam 1.15 ptg. Ketika kejadian pelajar-pelajar lelaki sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaami' Kg Kuala Penor, Kuantan, Pahang.

Bangunan yang terbabit ialah, bangunan asrama lelaki, kantin lelaki, pejabat pentadbiran, bilik kelas dan bilik kediaman guru-guru bujang. Kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM 400,000.00.

Muslimin dan muslimat diharapkan dapat menghulurkan bantuan segera, khususnya untuk membangunkan semula bangunan-bangunan yang musnah dalam kejadian tersebut, bagi kegunaan pelajar-pelajar pada tahun hadapan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Pondok An-Nuur atas nama "Pondok An-Nuur" (BIMB) 9010021868-01.

Rebutlah peluang ini untuk anda membantu anak-anak Islam meneruskan pengajian mereka. Kebajikan tersebut adalah amal jaariah anda untuk bekalan di negeri yang kekal abadi.

Muslimin dan muslimat yang berhasrat membangunkan seluruh bangunan asrama akan kami namakan asrama tersebut dengan nama anda atau ibu-bapa anda yang telah meninggal sebagai tanda amal jaariah anda yang berpanjangan. InsyAllah.

Yang benar
Ustaz Mokhtar bin Senik
Pengerusi pentadbiran An-Nuur & Atiq
( Akademi Tahfiz dan Ilmu-ilmu Al-Quraan).

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan sila hubungi Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi , Tel : 019 916 8182 , e-mel tantawi22002@yahoo.com

Kalau Bertudung Begini Caranya

Hmmm ;-)
Yang Muda Akan Tua, Yang Hidup Akan Mati
Kecantikan Iman Adalah Kecantikan Yang Kekal Abadi

Kelas Tajwid ,Al Quran di rumah, sekitar Senawang

Assalamualaikum,

Sempena cuti sekolah ini 5 orang anak-anak saya dari Tingkatan 2 dan Pasti akan belajar Al Quran, Muqaddam dan Tajwid di rumah, insyaAllah. Bermula Khamis 23 Nov 06 jam 3 ptg , insyaAllah, hampir setiap hari bekerja.

Kepada mereka yang berminat , yang tinggal berhampiran Taman Alamanda, Senawang untuk mendapatkan perkhidmatan seumpama dirumah sendiri, sekiranya pelajar yang mencukupi bolehlah menghubungi Us Safruddin sendiri 019-3742493. Setakat ini saya ambil slot antara 3 ptg hingga Asr. Kalau boleh sekitar taman berhampiran Taman Alamanda, dan bilangan pelajar yang cukup, kerana Us Safruddin tinggal di Rahang.

Atau kalau permintaan ramai beliau boleh tolong carikan rakan-rakan ustaz dan ustazah yang lain sekitar Senawang dan Seremban

Wassalam.

20061117

Pelbagai Kekosongan di Sek Men Islam AsSaidiyyah

PENGAMBILAN SESI 2007 - DAPATKAN BORANG SEGERA
MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN
JUGA PENDAFTARAN PELAJAR SEK MEN ISLAM ASSAIDIYYAH 2007

• Guru Akademik ( Sek Rendah dan Menengah ) - kelulusan Ijazah , Diploma, Sijil dan STPM. Berpengalaman dan mahir dalam bidang Akademik.
• Guru Diniyyah ( Sek Rendah dan Menengah ) – kelulusan Ijazah , Diploma, Sijil dan STPM. Berpengalaman dan mahir dalam bidang Usuluddin dan Syariah.
• Guru Tahfiz ( Sek Menengah ) – Kelulusan Ijazah, Diploma dan Sijil Tahfiz. – Berpengalaman dalam bidang Tahfiz.
• Guru Pra Sekolah – kelulusan Ijazah , Diploma, Sijil dan STPM. Berpengalaman dan mahir dalam bidang PRA Sekolah. Berminat dengan kanak –kanak.
• Pegawai / Pembantu Tadbir – Kelulusan Ijazah, Diploma, STPM dan SPM. – Boleh mengendalikan komputer dengan baik dan mahir dalam bidang pengkeranian.
• Warden Asrama – Kelulusan Diploma, STPM dan SPM. Berpengalaman menjadi Warden.
• Pengawal Keselamatan – Berpengalaman menjadi Pengawal Keselamatan. Kerja waktu siang dan malam.
• Pekerja Am – Kelulusan SPM dan PMR, berpengalaman dan mahir dalam bidang perkebunan.
• Tukang masak / Pembantu kantin – Berpengalaman dalam bidang masakan dan boleh menguruskan kantin sekolah

TEMUDUGA AKAN DIJALANKAN PADA AWAL DISEMBER 06
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Perkhidmatan dan Perjawatan PPSB
06-6798660 / 06-6771232 / 06-6771197
BORANG BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT PUSAT PENDIDIKAN AS- SA’IDIYYAH BERHAD (PPSB), Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang - Paroi, Seremban

********************************************************
Pendaftaran ke Tingkatan 1 2007 Sek Men Islam As-Saidiyyah, Seremban dibuka sekarang !

Syarat kemasukan :
Tamat darjah 6 dan memilikki sijil UPSR
Berkemahiran membaca Al Quran dan tulisan Jawi
Lulus ujian penilaian khas yang diadakan oleh pihak SMIAS
Memiliki sijil SPPM atau setaraf dengannya adalah diberi keutamaan

Yuran :
Pendaftaran RM 200
Semester RM 150
Bulanan pengajian RM 190 (diskaun istimewa untuk pelajar tahun 6 2006 SRIAS)
Asrama RM 190 (pilihan, tidak diwajibkan tinggal asrama)

Kemudahan yang disediakan :
Makmal Sains, Bilik Komputer, Dewan Serbaguna, Perpustakaan

KURIKULUM :
Kurikulum Khas SMI As-Saidiyyah yang berpandukan Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pelajaran Malaysia
Kurikulum Tahfiz (minima hafaz 12 juzuk Al Quran)

MATA PELAJARAN :
B. Melayu, B. Inggeris, B. Arab, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kem Hidup, Pendidikan Islam, Biologi, Fizik, Kimia, EST dan Matematik Tambahan
Tauhid, Sirah, Feqah, Hadith, Al Quran, Tajwid, Muhtolaah, Insyak

KO KURIKULUM
Pergerakan Syabab dan Fatayat
Kelab dan Persatuan
Sukan dan Olahraga
Kesenian dan Kebudayaan

Khemah Ibadah MENTOR Disember 06

Super Mentoring Junior Camp
Tempat : Darul Miftah, As Saadah, Bukit Naga, Shah Alam
Tarikh : 2 – 6 Dis 2006 (Kumpulan Remaja Lelaki), 5 hari 4 malam
9 – 13 Dis 2006 (Kumpulan Remaja Perempuan), 5 hari 4 malam
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan. Kategori A 9 – 12 tahun, Kategori B 13 – 16 tahun.
Yuran Cuma RM 220 (sebahagian akan disalurkan ke tabung anak yatim & miskin KHP)
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi :
Akademi Tarbawi
Us Izzudin 012-5859537, Us Saif 013-4922495, Us Abd Rahim 017-4753040, Sdr Razali 019-3338484, Cik Asiah 03-89433943
E-mel : akademi_tarbawi@yahoo.com

Pembayaran boleh melalui Akaun : BIMB 12029010049189

Kelebihan Program :
# Pembimbing & fasilitator berpengalaman
# Interaktif dan menyeronokkan
# Penekanan aspek penghayatan Islam sebagai cara hidup
# Konsep “Mentoring” dan “Usrah”
# Nota dan sijil untuk setiap peserta

Penasihat Program :
# Us Salleh Saad (Imam Masjid Putrajaya)
# Pen Prof Salleh Saad – UIAM
# Dr Hj Azizan Ahmad – Pakar Motivasi UKM
# Prof Madya Dr Asmawati Desa – Pakar Psikologi UKM

MODUL PROGRAM
1. Modul kenali diri dan membina matlamat
2. Modul Halaqah Quran/Iqrak – Bacaan & Kefahaman (Asas)
3. Modul Smart Solat – Teori, Praktikal dan Penghayatan
4. Modul Pemantapan Iman (Rukun Iman)
5. Modul Ukhuwwah dan Penanaman Nilai Murni
6. Modul Bina Akhlak & Sakhsiah
7. Modul Oh Ibu ! Oh Ayah !
8. Modul Ancaman Syaitan !
9. Modul Kemasyarakatan – Ziarah Rumah Orang Tua
10. Modul Outdoor – Jungle Trekking, Obstacle, Kemahiran Hidup
11. Modul Pengurusan Diri – Self Development
12. Modul JATUH CINTA …. ILMU
13. Motivasi & Spiritual Journey

Makcik dikejar “Along” ucap terimakasih

Assalamualaikum,

Beberapa hari sudah saya ada menyiarkan kisah seorang makcik di Bahau , N.Sembilan yang dalam kesempitan hidup, berpisah dengan suami, tidak diberi nafkah, menyara hidup berniaga makanan, terpaksa meminjam dari “Along” untuk meneruskan perniagaan, menyara anak-anak, sewa rumah dan sewa gerai banyak tertunggak.

Semalam makcik tersebut Pn Zainah mengirim SMS mengucapkan terimakasih kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan, ada yang secara langsung berjumpa dengan beliau. Beliau amat terharu , kerana tiada saudara mara yang mahu menolong, hanya mahu menyalahkan diri beliau.

Alhamdulillah, semua pertolongan tersebut adalah dengan izin Allah. Dibukakan pintu hati komuniti siber ini untuk membantu beliau.

Sebenarnya masih ramai lagi diluar sana yang memerlukan bantuan. Mungkin mereka saudara mara kita, mungkin mereka ini jiran kita, mungkin mereka ini orang kampung kita.

Kalau nak mengharapkan Pusat Zakat dan Pegawai Kebajikan Masyarakat mereka ini adakalanya terlalu banyak kerja. Ada antaranya hanya seorang pegawai zakat atau pegawai kebajikan masyarakat untuk memantau satu kawasan parlimen yang menjangkau puluhan atau ratusan ribu orang.

Tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan bantuan adalah tanggungjawab semua. Kalau kita tak mampu hendak membantu, kita sampaikanlah kepada mereka yang mampu, Baitul Mal, Kebajikan Masyarakat, dermawan, Jawatankuasa Masjid dan Surau. Ada sesetengah masjid mempunyai simpanan tabung mencecah beratus ribu ringgit dan jutaan ringgit, mengapa tidak tabungan beratus ribu ringgit ini digunakan untuk membantu peniaga kecil, bantuan pembayaran yuran pelajar dan siswazah.

Sekiranya semua pihak memainkan peranan, insyaAllah, akan turun keberkatan, masyarakat aman dan harmoni, terhindar segala penyakit sosial, akidah dan masyarakat.

Sekiranya kita tidak mampu langsung untuk membantu atau kenal sesiapa untuk membantu, setidak-tidaknya kita berdoa , bermunajjat kepada Allah swt agar mereka yang memerlukan bantuan tadi dipermudahkan dari beban tanggungan mereka dan mereka diberi taufik dan hidayah.

Wassalam.

20061116

Ibadah Qurban 1427 H Untuk Mustad’afin Sabah & Sarawak

Yayasan Amal Malaysia mempelawa kepada muslimin sertamuslimat menyertai ibadah Qurban & Aqiqah 1427 H untuk golongan mustad'afin di seluruh Malaysia, khususnya masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak.

Bayaran untuk satu bahagian Qurban atau Aqiqah ialah RM 350.00. Untuk bahagian Qurban konsep pembahagian daging mentah akan dilaksanakan. Manakala bahagian yang diniatkan aqiqah akan dibuat masakan untuk jemaah masjid atau kampung yang terlibat.

InsyaAllah kami akan menyampaikan korban & aqiqah tuan/puan kepada mereka yang memerlukannya sebagaimana dihajati. Kami juga berpengalaman mengendali program seumpama ini di Aceh, Kemboja, Pakistan dan lain-lain tempat. Sasaran program kali ini ialah 1000 keluarga dengan agihan 4 kilogram untuk setiap keluarga

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: "Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil kami:

Dr. Rani 019-3951222 Ust Misbah 019-5557628 (Perak) Haji Azmi 019-2568820 (Sel) Ust Bob 013-9354843 (Tganu) Johari 019-9844767 (Pahang) Halim 019-5232961 (Penang) Kamis 012-4779100 (Perlis) Rahman 017-3817040 (Wilayah) Ust Nordin 013-3295079 (melaka) Sufian 013-3589328 (Negeri 9) Hj Rafi 019-7571316 (Johor) Abd Azeez 012-8817955 (Sarawak) Hj Khairan 012-8272417 (Sabah)

Pembayaran boleh dibuat melaui Akaun AMAL : 553010122090 (Maybank Malaysia Berhad) kemudian sms @ email ke alamat berikut :

YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL)
AMAL FOUNDATION OF MALAYSIA
PEJABAT HUBUNGAN LUAR:
133-3A JALAN SBC TAMAN SRI BATU CAVES 68100 BATU CAVES
TEL & FAX: +603-61874382

Web: www.amalmalaysia.net Email: info@amal.malaysia.net

BORANG PENYERTAAN

Nama :
Alamat :
Tel / E-mail :
Nama peserta korban/aqiqah :
LAFAZ AKAD
"Bismillahirrahmanirrahim"
Saya dengan ini mewakilkan ...........................................untuk menyempurnakan ibadah Qurban/Aqiqah bagi ..................../dan nama di atas bagi tahun 1427 Hijrah kerana Allah Taala.

.....................................
Tandatangan peserta/wakil


LAFAZ PENERIMA AMANAH

Saya .................................................mewakili YAYASAN AMAL MALAYSIA dengan ini menerima amanah untuk mengurus dan menyempurnakan ibadah Qurban/aqiqah untuk beliau/ahli keluarga/peserta qurban berkenaan seperti nama di atas bagi tahun 1427H kerana Allah Taala dan menerima cek/wang tunai bernilai/sebanyak RM................ dari beliau untuk tujuan diatas dan sekiranya ada wang lebihan dari bayaran tersebut ianya akan digunakan untuk tujuan kebaikan ummah.

FIESTA Kerja Kosong Nisa Terengganu 24 Nov

Nisa' Terengganu akan mengadakan program MEH CARI KERJA.
Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 November 2006 (Jumaat)
Masa : 9 Pagi- 5 Petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, (depan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu)

Sila bawa bersama :
- Salinan kad pengenalan
- Gambar berukuran pasport
- Salinan resume (berbentuk cetakan dan soft-copy)
- Salinan transkrip/sijil kelulusan
- Berpakaian kemas

Antara jawatan yang ditawarkan:
- Pengurus
- Guru taska/tadika
- Kerani
- Eksekutif zakat
- Perekabentuk grafik
- Pembantu am
- Programmer
- dan sebagainya

Terdapat lebih 200 kekosongan jawatan untuk lepasan SPM hinggalah ke usia 50 tahun,
dan meliputi negeri Terengganu & Kelantan

Sebarang masalah, boleh rujuk pada :
09-688 5699 (Pejabat Nisa' Terengganu) e-mel : nasikerabupetro@yahoo.com

Konvensyen Kebebasan Beragama 29 Nov UIA

KONVENSYEN KEBEBASAN BERAGAMA & ISU MURTAD : KEARAH PENYELASIAN YANG PRAKTIKAL

TARIKH : 29 -30 November 2006
MASA : 9.00 pg - 5.00 ptg

TEMPAT
Mahkamah Mut , Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

PENGANJUR
Jabatan Undang-undang Islam
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM &
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

AHLI PANEL :
DATO’ HAJI MOHD. ZAWAWI SALLEH (Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara)
Y.BHG. SAHIBUS SAMAHAH DATUK SERI HJ. HARUSSANI ZAKARIA
(Mufti Kerajaan Negeri Perak)
PROF. DR. ABD AZIZ BARI (Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)
DATO‘ HAJI MOHD MURTADZA HJ. AHMAD(Mufti Negeri Sembilan)
Y.BHG. DATO’ FAIZA THAMBY CHIK (Bekas Hakim Mahkamah Tinggi)
Y.BHG. PROF DATUK DR. ABDUL MUNIR YAACOB (Jabatan Syariah dan Undang-undang, UM)
DR. HJ. HASSAN AB. RAHMAN (Jabatan Peguam Negara)
PROF. MADYA DR. NAJIBAH MOHD ZIN (Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)
DR. ZULKIFLY MUDA (Pen. Prof. Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM)

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :
Pn Suzana Yaacob 03-61964200
Dr Mohd Asmadi Abdullah 03-61964267
Cik Artini Ariffin 03-61964250 ext 3209

Yuran Penyertaan
RM 150 (Institusi)
RM 100 (Awam)

Tarikh tutup : 27 November 2006

Seminar Ancaman Zionis 25 Nov Kepala Batas

SEMINAR ANCAMAN PROTOKOL ZIONIS & PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Tarikh: 25 November 2006 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 01.00 tgh
Tempat: Dewan Melinium, Kepala Batas, P.Pinang.

Penceramah:
1. Ustaz Mohd Darus Senawi Ali - Naib Presiden HALUAN
2. Pen. Prof. Dr. Ugi Suharto - Pensyarah UIAM

- Kemasukan Percuma

Keterangan lanjut: Sdr. Rozaini: 019-4565524 (SUA Haluan P.Pinang)

Program Anjuran Pejabat Mufti P.Pinang dah HALUAN Malaysia.

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Program Tahfiz Al Azhar anjuran TERAS 2007

Program Tahfiz Al Azhar, Mesir dengan kerjasama TERAS Pengupayaan Melayu

Kemasukan Disember 2006
Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan umur 9 – 15 tahun
Tempoh pengajian 2 hingga 3 tahun, Sijil dari Al Azhar
Tambang dan pendaftaran RM 2960
Bulanan RM 380
Maklumat lanjut hubungi Ustaz Idris +20161296100

http://www.terasmelayu.net/

20061107

Ada siapa boleh bantu Makcik ni dikejar Along ???

Assalamualaikum,

Saya menerima permohonan bantuan daripada Ustaz Mohd Azmi bin Ismail, dari Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan. Seorang makcik telah menulis surat kepada beliau merayu menyelesaikan masalahnya, dikejar ceti Along kerana buat pinjaman untuk berniaga kecil-kecilan, lagi 2 hari akan dihalau rumah kerana sewa rumah sebanyak RM 150 sebulan telah tertunggak, anak-anak sejak buka sekolah lepas raya ni dah tak pergi sekolah kerana tidak mampu.

Makcik ni namanya Pn Zainah tinggal di Bahau, dan berniaga kedai makan di Kedai Majlis Daerah di Taman ACBE Bahau. Beliau telah berpisah dengan suami 2 tahun sudah, tetapi biasalah, bekas suami tak beri nafkah. Anak dalam tanggungan ada 3 orang, perempuan tingkatan 3, lelaki tahun 1, dan lelaki di tadika. Ada seorang anak lelaki baru diberhenti kerja. Beliau buat pinjaman untuk berniaga dari Along sekitar RM 2000.

Sewa kedai Majlis Daerah tertunggak 7 bulan, RM 130 sebulan tak masuk tunggakan api air. Bagaimanapun pihak Majlis bertimbangrasa , beritahu makcik tadi boleh terus berniaga kerana kesian. Makcik tu pun ada jumpa JKKK dll untuk minta rumah PPRT, mereka jawab mungkin bulan Julai 2007 baru boleh dapat.

Sesiapa rakyat Malaysia yang prihatin, terutamanya orang Melayu Islam yang ingin membantu bolehlah menghubungi Pn Zainah di talian 017-6266915 . Untuk pengesahan juga boleh menghubungi Us Mohd Azmi Ismail 013-3031703, 017-3793731

20061106

Wanita Melayu Gadai Barang Kemas Bantu Rakyat Palestin

Baru-baru ini saya menerima RM 1,000 dari seorang muslimat. Dia kata dia gadaikan barang kemasnya di Ar Rahnu. Tujuannya adalah untuk membantu umat Islam di Palestin yang kebuluran, dibunuh setiap hari seperti binatang oleh pengganas nombor satu dunia rejim zionis israel yang disokong amerika syarikat. Saya serahkan wang tersebut kepada salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia yang terlibat secara langsung membantu pelarian Palestin.

Saya menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia ini , agar berkorban apa yang ada untuk membantu umat Islam di Palestin. Kalau dah habis semua wang simpanan dan harta barulah kita berdoa dan berserah pada Allah.

Hari-hari kita mendapat berita kes ragut, kes rompakan, pecah rumah, dimana banyak barang kemas dicuri. Alangkah baiknya barang kemas yang tidak dipakai, wang simpanan yang menjadi rebutan anak cucu, diberikan untuk membantu rakyat Palestin dari dibiarkan diragut, dicuri dan dirompak.

Mereka yang ingin membantu rakyat Palestin pilihlah mana-mana persatuan yang banyak terdapat di Malaysia ini Aman Palestin, JIM, ABIM, AMAN Malaysia, Yayasan Amal dan banyak lagi.

MALAM AMAL PALESTIN anjuran RICOI
JAMUAN MAKAN MALAM dan Ceramah olih Dr. Chandra Muzaffar - "WHAT HOPE PALESTINE?"
BERSAMA KITA BANTU RAKYAT PALESTIN

1 Disember, 2006
Dewan Al Malik Faisal, UIA (Pusat Matrikulasi), Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Sila hubungi Urusetia RICOI:
Talipon: 03-77273092(Pejabat)
H/P: 013-2284349(Anwar), 012-6986057(Adam), 013-375268(Norman),
019-3172160(Ustaz Muhammad), 019-3141400(Hafsah), 013-3595740(Sakina)

20061104

Rakyat Palestin Dibunuh Setiap Hari, Anda Masih Berdiam ???

Rayuan Derma Malam Palestin 2006
Maklumat penuh sila layari laman web Yayasan Aman Palestin www.amanpalestin.com
Assalamamualaikum YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pakatan Persatuan Islam Tenaga Nasional Berhad (PAKATAN TNB), Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad (BAKIT TM) dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Program Malam Palestin 2006. Program ini dianjurkan sebagai usaha kita bersama untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lebanon dengan cadangan cara membina pusat latihan untuk wanita dan rumah kebajikan anak-anak yatim di sana.

Sebagai makluman kepada YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan, pada tahun 2005, kami telah pun mengadakan program yang sama dan wang yang diperolehi telah diserahkan terus oleh wakil-wakil Penganjur Bersama untuk membina Rumah Anak Yatin di Bur Barajneh, Lebanon dan Pusat Latihan Jahitan di sana. Hasil Kutipan daripada Program Malam Palestin 2006 ini pun akan dihantar terus oleh wakil-wakil Penganjur Bersama ke tempat-tempat yang dirancangkan itu.

Program yang bakal diadakan itu adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 Nov 2006 (Sabtu malam minggu)
Masa Program: 8.00 - 11.00 malam
Tempat : Dewan Sebaguna Kompleks TNB, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur

Penceramah: Dr. Azam Tamimi dari London, United Kingdom

Pengajur Bersama:
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, KL
PAKATAN, Tenaga Nasional Berhad
BAKIT, Telekom Malaysia Berhad
Aman Palestin Berhad

Oleh itu, kami merayu agar YHbg Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan turut sama menjayakan pgorgam ini dengan memberikan sumbangan kepada program ini. Individu yang memberikan sumbangan melebihi RM20,000.00 akan diberi kesempatan menyerahkan "mock cheque" kepada Penaung Program Malam Palestin 2006 di majlis tersebut.

Adalah diharapkan pihak YBhg Tan Sri/puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat mengesahkan persetujuan untuk memberikan sumbangan selewat-lewatnya pada 1 November 2006 ke alamat berikut:

Bendahari,
Program Malam Palestin 2006
d/a Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Seumbangan cek hendaklah di atas nama:
"Akaun Malam Palestin"

atau dikreditkan terus ke:
Akaun No: 14-023-01-003154-0 di Bank Islam Malaysia Berhad

Atas kerjasama dan sokongan YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Lampiran: Borang Jawapan:

Rujukan Kami:
Rujukan Tuan:

Bendahari,
Program Malam Palestin 2006,
d/a Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur

PER; RAYUAN DERMA MALAM PALESTIN 2006

Kami merujuk kepada surat Tuan Rujukan: PAL2006/URU/(001) bertarikh 10 Oktober 2006 mengenai perkara di atas. Kami bersetuju memberi sumbangan wang bagi PROGRAM MALAM PALESTIN 2006 seperti dibawah:

i- RM 3,000.00
ii- RM5,000.00
iii- RM10,000.00
iv- RM15,000.00
v- RM20,000.00
vi- ……………….

Kami sertakan bersama cek berpalang No:…………………… Bank ……………………… untuk tindakan selanjutnya.

Kami telah memasukkan wang seperti di atas ke dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad, Akaun No. 14-023-01-003154-0. Kami sertakan bersama salinan “bank-in slip” berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Sila kemukakan resit rasmi berkaitan untuk simpanan kami

Article posted: 30 Okt, 2006 - 01:24 AM

http://www.amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=50

Jemputan Ibadah Qurban 1427 H Masjid Senawang

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang yang merangkumi Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Kobena, Taman Widuri Indah, Taman Senawang Indah, Taman Desa Anggerik, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Satria, Taman Desa Melor dan Taman Bandar Senawang adalah dipelawa untuk menyertai Ibadah Qurban Masjid Bandar Baru Senawang 1427 H.

Urusan qurban akan diadakan pada hari Ahad 10 Zulhijjah 1427 H bersamaan 31 Disember 2006 selepas Solat Idil Adha.

Bayaran setiap bahagian qurban ialah RM 300 sahaja.

Borang penyertaan qurban boleh didapati di Pejabat Masjid Bandar Baru Senawang atau Surau dibawah qariah Masjid Bandar Baru Senawang.

Borang serta bayaran qurban hendaklah diserahkan kepada Imam, Bilal atau Siak Masjid Bandar Baru Senawang pada atau sebelum Jumaat 24 Zulkaedah 1427 H bersamaan 15 Disember 2006.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Nazir Masjid Bandar Baru Senawang , Tn Hj Osman Ujang di talian 012-9170816

20061103

Kuliah Menarik Aero Angkasa di USM 15 Nov , PERCUMA !

Saya pernah menghadiri Kuliah mengenai Space Tourism ini. Satu kuliah yang agak menarik dan PERCUMA. Saya menyeru kepada golongan professional, para graduan dan pelajar agar jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ianya percuma, tempat terhad !!!

Tajuk : Space Tourism:An Opportunity for Engineering Lecturers and Students
By: Professor Patrick Collins
Tempat : Auditorium, Lecture Hall Complex, Engineering Campus
Tarikh : Rabu 15 Nov 2006
Masa : 3 pm

Organized by: School of Aerospace Engineering, USM and Space Future Consulting

Maklumat dan pendaftaran lanjut hubungi :
Phone: 04-5995901/5904
Fax: 04-5941026
E-mail: aero@eng.usm.my
School of Aerospace Engineering, Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia,
Seri Ampangan, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Tarikh tutup pendaftaran 8 Nov 2006

BIODATA dan INFO
Professor Patrick Collins is the founder & Director of Space Future Consulting, a nonprofit organization specializing in space economics, especially space tourism. Currently he is also the Professor of Economics at Azabu University, Japan, and
an advisor, to Malaysian Institute of Aero & Space Studies. Previously, he worked as a Consultant at the European Space Agency. In 1991, he joined Institute for Space & Astronautical Science, Japan as a researcher and then became the Visiting Professor
at Hosei University, Japan in 1993. His other professional works in the space area include being the Science & Technology Fellow, National Aerospace Laboratory, Japan, 1995; Researcher at Tokyo University Research Center for Advanced Science & Technology, Japan, 1997-2000; Researcher at National Space Development Agency, Japan, 2000-2002.

Professor Patrick Collins has published more than 100 papers in space economics, especially in space tourism, and has successfully published the first serious book on space tourism, “Your Spaceflight Manual – How You Can be a Space Tourist within 20 Years”, co-authored with David Ashford in 1990.

Professor Patrick Collins lead the first market research on the demand of space tourism in 1993, and was a key figure in the Japanese Rocket Society’s Space Tourism Study Program between 1993 and 2002 (as reference in NASA/STA report, “General Public Space Travel & Tourism”).

Space Tourism is the term that's come to be used to mean ordinary members of the public
buying tickets to travel to space and back. Many people find this idea futuristic. But over
the past few years a growing volume of professional work has been done on the subject, and it's now clear that setting up commercial space tourism services is a realistic target for business today.

The first steps will just be short sub-orbital flights, like Alan Shepard made in 1961, since
these are easier than getting to orbit. But the technical know-how to make passenger launchvehicles and orbiting hotel accommodation is available, and there is enormous unsatisfied demand - market research has revealed that most people, at least in the industrialized countries, would like to take a trip to space if it was possible. This gives huge scope for reducing the cost of space travel by large-scale operation like airlines.
(cited from www.spacefuture.com)

20061102

Sukarelawan Masjid Jamek KL Diperlukan

Masjid Jamek KL dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Pusat Islam yang praktikal. Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan Masjid Jamek KL sila e-mel ke mahaguru58@gmail.com . Untuk maklumat lanjut cadangan menjadikan Masjid Jamek KL sebagai Pusat Islam sila ke laman web berikut http://mahaguru58.blogspot.com/

Proposed Islamic Centre at Masjid Jamek KL

In the Name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.

Insya Allah, if my plans go well and no hindrances arise, this building which houses the Meeting Hall of the Masjid Jamek Bandaraya K .Lumpur will soon be tranformed into an Islamic Centre to cater for the growing number of visitors to this most historical mosque in the capital!

I am in the midst of finishing the working papers for the setting up of the Islamic Centre and have the tacit approval of the Mosque Committee members and patron in the form of the Chairman of the Ubaidi Trust Foundation.

I have received a substantial number of Quran English, Malay, Mandarin, Spanish and Tamil Translations from the Islamic Counsellor's Office of the Kingdom of Saudi Arabia plus some Comprehensive Guidebooks , gifts from the Islamic Outreach Department of the Malaysian Muslim Youth Movement @ ABIM, KL.

I invite those of you who are interested to join us as volunteers in our Islamic Centre by emailing me your contact details at mahaguru58@gmail.com

As you can see, the hall is already well equipped with the necessary library facilities, whiteboard, tables, chairs, airconditioned, etc.

Just add in a few easy chairs, counters, audio visual equipment, brochure cabinets, etc and we will have a practical information centre that will cater well to our visitors from all over the world, Insya Allah!

Wasted spaces can be best utilised by putting in the extra effort to fully utilise and maximise usage of available facilities instead of letting it go to waste and the visitors just go around the mosque complex , snap a few photos and just leave without gaining some precious information about Islam during their visit.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala commands us to 'Invite All (Mankind) to the Way of Our Lord with Wisdom and Beautiful Preaching and to Reason with them ( the Non Muslims) in Ways that are Best and Most Gracious'. Surah An Nahl Verse 125 ,Holy Al Qur'an .

Come join us in this noble efforts!
All are welcome especially those who have good Islamic Knowledge and are fluent in English, Mandarin, Malay, Tamil, Spanish, French, Italiano, etc. Those who are good in sign languages are also needed!

At first we will be operating totally on a voluntary basis. As and when we get our finances stabilised, we will pay an allowance to you. It's all ikhlas fi sabilillah for the sake of Allah SWT!

We will be operating during weekends at first and as we get more volunteers, we will be operating daily in the long run. Please do'a for us. Insya Allah

20061030

Kedai 7 11 Rembau ada jual arak ?

Aidil Fitri yang baru berlalu kami sekeluarga beraya di Pantai Timur. Semasa 1 Syawal saya menerima beberapa SMS yang bertanyakan kenapa kedai 7 11 di Rembau, Negeri Sembilan ada jual arak, sedangkan beberapa kedai 7 11 tempat lain yang majoritinya Melayu tiada menjual arak ? Saya belum sempat singgah di 7 11 di Rembau, tetapi saya perhatikan 7 11 di Senawang dekat Taman Tasik Jaya dan di Muadzam Shah, Pahang memang tiada menjual arak.

Pengirim SMS berkata, bila dia tanya pada pekerja 7 11 Rembau kenapa jual arak, dia kata sebab tiada bantahan dari penduduk setempat. Penduduk setempat boleh buat bantahan dan hantar surat ke pihak pengurusan 7 11 dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah Rembau) katanya.

Oleh itu disarankan kepada semua warga Rembau agar membuat bantahan samada melalui jawatankuasa bertindak, NGO, AJK Masjid dan Surau, individu, PIBG dan sebagainya agar membuat bantahan agar 7 11 Rembau tidak menjual arak.

Malah tindakan ini boleh diambil dimana-mana tempat di Malaysia atas alasan penduduk sekitar adalah majoriti Melayu. Yang penting semua kena bangkit dan bertindak, jangan serahkan hal ini kepada pihak tertentu sahaja.

Bangkitlah bangsaku !

20061016

Orang ramai diseru jayakan Rumah AMAL BUNDLE

Projek Rumah AMAL “BUNDLE” atau pun AMAL SHOP adalah merupakan pusat pengumpulan dan pengagihan pakaian baru dan terpakai untuk keperluan keluarga miskin, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa musibah serta mereka yang sedang bermusafir.

Idea penubuhan Rumah AMAL “BUNDLE” timbul apabila didapati ramai orang yang ingin memberi sumbangan pakaian baru dan terpakai kepada mereka yang memerlukan tetapi tiada tempat pengumpulan dan pengagihan yang khusus, ianya hanya timbul apabila
berlaku malapetaka atau bencana alam.

Oleh itu Rumah AMAL “BUNDLE” ini perlu diadakan sepanjang masa, memandangkan sebenarnya disekeliling kita ini masih ramai yang memerlukan bantuan terutamanya pelajar-pelajar miskin serta anak-anak yatim.

Dalam pada itu sesi Mini Rumah AMAL “BUNDLE” telah diadakan pada 15 Oktober 2006 yang lalu di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan , Seremban dimana seramai lebih kurang 60 orang pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim sekitar Ampangan diraikan dalam majlis pengagihan duit raya dan pakaian baru dan terpakai kepada mereka. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pn Norwani Ahmat mewakili Nisa N.Sembilan, Sdr Sufian Ibrahim mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Sdr Zulkefly Mohamed Omar mewakili Teras Pengupayaan Melayu dan Sdr Hakki Bawai mewakili syarikat korporat.

Untuk menjayakan Rumah AMAL “BUNDLE” atau AMAL SHOP ini di Negeri Sembilan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bercadang untuk mengadakannya di sekitar Senawang atau Seremban memandangkan kawasan ini mempunyai banyak rumah atau kedai kosong memandangkan kadar permintaan rumah atau kedai di sini adalah kurang. Justeru itu Yayasan Amal menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai rumah atau kedai kosong yang dalam keadaan baik dan tidak digunakan
untuk tujuan apa-apa agar dijadikan Rumah AMAL “BUNDLE”.

Dengan adanya Rumah AMAL “BUNDLE” pengumpulan serta pengagihan pakaian baru dan terpakai kepada mereka yang memerlukan dapat dijalankan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu waktu-waktu perayaan.

Disamping itu Sdr Sufian juga menyeru kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan pakaian ini sebaiknya yang baru atau sekiranya ianya pakaian terpakai hendaklah dalam keadaan yang nampak baru, tidak koyak, tidak lusuh, bersih dan dilipat dengan
baik atau digantung menggunakan penyangkut baju.

Sekiranya sambutan Rumah AMAL “BUNDLE” menggalakkan ianya bukan hanya akan dijadikan pusat pengumpulan dan
pengagihan pakaian, ianya akan diperluaskan kepada buku-buku, keperluan alat tulis, permainan kanak-kanak dan sebagainya.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan rumah atau kedai mereka kepada Rumah AMAL “BUNDLE” atau AMAL
SHOP di Seremban atau Senawang bolehlah menghubungi Sdr Rozmal Malakan Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan N.Sembilan di talian 012-2267406 atau melalui e-mel rozmal@yahoo.com

20061014

Idil Fitri ini jangan lupa ratusan anak yang ayah mereka dibunuh

Dalam kita bergembira menyambut kedatangan hari lebaran, janganlah kita lupa ratusan mungkin ribuan anak-anak orang Melayu yang beragama Islam yang begitu ramai di Selatan Thailand menjadi yatim kerana ayah mereka mati dibunuh akibat pergolakan di sana.

Justeru itu atas dasar tanggungjawab saudara seagama, atas dasar bangsa serumpun, atas dasar keperihatinan dan keakraban Rasulullah saw terhadap anak-anak yatim, Yayasan Pembangunan Ummah merayu kepada umat Islam di Malaysia agar dapat menghulurkan bantuan semampu agar anak-anak yatim ini dilayan sepertimana dengan anak-anak yatim di Malaysia ketika Ramadhan dan Idil Fitri.

Mungkin sepinggan nasi berlaukkan daging sudah cukup untuk mereka ini. Mungkin sehelai baju baru untuk dipakai sepanjang tahun sudah cukup untuk mereka ini. Mereka bukannya mahu beraya atau berbuka puasa di hotel-hotel mewah. Mereka bukannya mahu 2-3 pasang baju raya, mereka bukannya mahu dibelikan mercun dan bunga api. Apa yang penting mereka mendapat asas makanan seadanya dan pendidikan yang sempurna.

Mereka yang prihatin serta ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Sdr Aminudin di talian 019-6510167

20061011

Kuih Moden Industri Kampung Lenggeng

Isnin 9 Okt 2006 terbelilah saya kuih London Almond lepas program buka puasa di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan. Cuma beli satu balang 50 biji harganya RM 16. Bawa balik rumah dalam masa 24 jam habis dimakan oleh anak-anak lepas waktu berbuka, moreh dan sahur. Tak tahulah apa keistimewaannya , isteri saya terus order 8 balang.

Sesiapa yang berkenan Kuih Moden Industri Kampung berjenama “Biskut Kak Long Muslimat Lenggeng” bolehlah menghubungi Sdr Zulkefly Mohamed Omar 019-2818816 untuk mengetahui lebih lanjut kuih-kuih dan biskut-biskut lain yang dijual. Ianya kuih-kuih moden yang diusahakan secara tradisional oleh kakak dan isteri beliau.

Selamat Bertarawih, Bertaddarus, Berqiamulllail, Berbuka, Bersahur dan Selamat Hari Raya Idil Fitri

20061009

Ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam Kemboja ?

Anda ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam di Kemboja serta membantu umat Islam di sana ? Melihat sendiri bagaimana umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali , itupun melalui sumbangan ibadah korban dan aqiqah. Melihat sendiri bagaimana umat Islam di sana yang berketurunan Melayu yang hanya makan nasi berlaukkan garam. Melihat bagaimana anak-anak mereka berkongsi-kongsi Al Quran untuk mengaji. Walaupun hidup dalam kesusahan dan penuh kedaifan tetapi mereka masih bahagia dengan Islam yang ada pada diri mereka.

Sekiranya anda sendiri ingin menyampaikan bantuan kepada umat Islam di sana maka andalah bolehlah menyertai Misi Relief ke Kemboja anjuran Yayasan Amal Malaysia pada 25 hingga 28 November 2006. Perbelanjaan untuk seorang adalah sekitar RM 1000, penginapan dan makan minum bukanlah hotel lima bintang, anda mungkin terpaksa tidur di masjid yang berlantaikan tanah beratapkan langit atau mungkin tidur di pondok-pondok.

Anda bolehlah menyampaikan sendiri sumbangan yang anda kumpulkan di kalangan sahabat handai serta rakan taulan samada dalam bentuk wang ringgit, makanan, buku, Al Quran, sejadah, telekung kepada saudara-saudara seagama dan sebangsa di Kemboja.

Jika anda tidak berkesempatan untuk bersama anda juga bolehlah menaja sesiapa untuk ke sana serta memaklumkan program ini kepada rakan-rakan.

Disamping itu mereka yang ingin mengambil bahagian dalam ibadah aqiqah di sana kadarnya hanyalah RM 150 untuk satu bahagian. Dengan hanya RM 150 berpuluh-puluh keluarga Islam di sana dapat makan nasi berlaukkan daging. Atau anda tiada siapa untuk diaqiqahkan anda masih berpeluang untuk memberi satu bahagian atas niat sedekah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Relief Kemboja sila hubungi Sdr Jamaludin Elias AJK Yayasan Amal Pusat 019-6644796.

Mereka yang ingin pergi ke sana sila sediakan RM 1000, wang saku serta serahkan nama penuh, No Kad Pengenalan dan No Paspot kepada Sdr Jamaludin Elias.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Amal sila ke laman web berikut www.amalmalaysia.net

Fatwa Main Mercun dan Meriam Buluh Ketika Ramadhan

Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat kedengaran pada malam hari tanggal 1 Ramadhan lagi dentuman meriam buluh dan mercun, sahut menyahut antara satu taman ke satu taman, antara satu kampung ke satu kampung, antara satu jalan ke satu jalan dan seterusnya. Malah dentuman meriam buluh dan mercun ini ada kalanya dihalakan atau dimainkan berhampiran dengan surau atau masjid ketika jemaah sedang bertarawih.

Dari manakah budaya bahawa sudah menjadi kewajipan meriam buluh dan mercun mesti dimainkan apabila masuk tanggal 1 Ramadhan hinggalah ke 30 Syawal ? Apakah tidak boleh bermain meriam buluh atau mercun ini diluar bulan Ramadhan dan Syawal ? Sudahlah ianya menyalahi undang-undang negara, membahayakan mereka yang bermain serta orang awam yang lalu lalang, ianya dianggap pula sebagai satu kemestian untuk memeriahkan bulan Ramadhan dan Syawal. Sedangkan bulan Ramadhan sepatutnya dimeriahkan dengan memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Maha Pencipta, memperbanyakkan kebajikan membantu sesama manusia serta mengamalkan sikap berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran.

Jika sekiranya kerajaan negeri Selangor dan mungkin kerajaan negeri lain mengeluarkan pekeliling melarang mana-mana masjid atau surau mengadakan sesi tazkirah kerana dianggap mengganggu jemaah yang bertarawih. Maka sepatutnyalah Majlis Fatwa Kebangsaan serta Jabatan-Jabatan Agama negeri mengeluarkan fatwa atau pekeliling mengenai pendirian mereka dalam hal bermain meriam buluh dan mercun ini. Malah ianya bukan terhad kepada mereka yang bermain, termasuklah hukum bapa yang membeli mercun atau memberi duit kepada anak-anak mereka untuk bermain mercun, disamping hukum orang-orang Islam yang menjual mercun ini, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini yang sepatutnya menggalakkan umat Islam berjimat cermat dan tidak mengganggu orang ramai.

Untuk mengelakkan pertembungan antara budaya dan ibadah ini, mungkin ada baiknya pihak yang berkaitan dengan kebudayaan dan pelancongan contohnya supaya budaya bermain bunga api diadakan pada sambutan Hari Kemerdekaan contohnya yang tiada pertembungan antara budaya dan agama-agama lain.

Justeru itu tugas pengawalan bermain mercun dan meriam buluh ini bukan hanya dibebankan kepada pihak polis semata-mata, pihak berkuasa agama yang sepatutnya lebih ke hadapan dalam menangani masalah ini yang semakin menjadi-jadi saban tahun.

Jika tazkirah ketika tarawih boleh dilarang, kenapa tidak dikeluarkan larangan bermain mercun dan meriam buluh, serta pembaziran-pembaziran lain ketika Ramadhan seperti berbuka puasa di hotel-hotel mewah dan seterusnya.

20061008

Tazkirah Khas Palestin 13 Okt Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Sempena Ramadhan Al Mubarak , muslimin dan muslimat semua di jemput hadir ke program berikut :

Tazkirah Khas Palestin
Jumaat 13 Oktober 2006
Selepas Solat Tarawih dan Witr , 9.15 mlm
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

Oleh :
Dr Zainurrashid Zainuddin
Doktor Pakar Hospital Seremban, Pensyarah International Medical University, Sukarelawan Yayasan Aman Palestin

20061005

3R di Masjid Senawang ? Tak boleh jadi ni ! :-(

3R – Remaja Rai Ramadhan
Sebuah bengkel khas untuk remaja pada bulan Ramadhan 1427 H

Terbuka kepada semua remaja berusia antara 12 – 17 tahun

Sabtu – Ahad , 14 – 15 Oktober 2006
Di Masjid Bandar Baru Senawang, Senawang, N.Sembilan

Sesi beramah mesra dengan pesakit di hospital, menonton video, sembahyang, bertaddarus dan berbuka bersama kawan-kawan, aktiviti dalam kumpulan, pengisian Islam yang menarik dan pelbagai lagi.

Anjuran : Pertubuhan Jamaan Islah Malaysia NS (JIM NS)

Yuran Cuma RM 10 sahaja

Untuk pendaftaran sila SMS atau hubungi Pn Jawiah Darmawan 012-3279161 atau Cik Nadzirah Ahmad Basri 012-9637644.

Sesi pendaftaran Sabtu 14 Oktober 2006 8 pagi di Masjid Bandar Baru Senawang

Pelajar lelaki perlu bawa kelengkapan untuk bermalam di masjid seperti pakaian persalinan, tuala, alatan mandi dan sebagainya (pelajar perempuan tidak akan bermalam di masjid). Keperluan lain : Surau Al Ma’thurat, Al Quran, Alat tulis, Telekung.

Pelajar perempuan tidak akan bermalam di masjid dan boleh pulang ke rumah pada hari Sabtu 10.30 malam. Ibu bapa diminta mengambil anak-anak mereka. Mereka diwajibkan kembali semula ke masjid keesokan harinya pada jam 8 pagi. Program akan berakhir jam 2 ptg Ahad 15 Oktober 2006

20061003

Peluang Kongsi Harta Dengan Anak-Anak Yatim

Semua harta dan wang ringgit yang kita milikki hasil titik peluh keringat siang dan malam serta perit jerih belajar di menara gading adalah milik Allah yang Maha Kaya. Ianya hanyalah pinjaman di dunia yang fana ini. Kini kita berpeluang untuk berkongsi harta dan wang ringgit yang dipinjamkan ini dengan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin, mudahan-mudahan Allah akan meggantikannya dengan harta yang kekal milik kita dengan berlipat kali ganda di akhirat, alam yang kekal abadi selama-lamanya

Adalah dimaklumkan Nisa' NS akan mengadakan " Program Sayangi Kami" yang mana dalam program ini anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin di sekitar Negeri Sembilan akan menerima sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit dan barangan hasil sumbangan orang ramai dan para dermawan.

Penyerahan sumbangan ini akan diadakan pada hari Isnin 16 Oktober 2006 jam 3 petang di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Justeru itu, pihak Nisa mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim dan pelajar miskin ini bagi sama-sama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.

Sebarang pertanyaan untuk sumbangan barangan boleh menghubungi Puan Norwani (O13-3851202), Cik Jazilah (019-3073100) atau Cik Hanadiah (013-2069775)

Sumbangan boleh disalurkan ke
NISA’ NEGERI SEMBILAN
No.835, Jalan Sri Pulai 38,
Taman Sri Pulai 3, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

20061001

Jangan biarkan orang bukan Islam diseksa di Malaysia

Pengakuan oleh Shah Kirit bin Kakula Govinci yang memeluk Islam di Malaysia sejak 1996
“ Semasa saya bukan beragama Islam, saya ada ramai kawan-kawan di sekolah mahupun di tempat kerja. Saya sangat rapat dengan mereka tetapi tidak ada seorang pun daripada mereka yang berdakwah kepada saya secara sistematik dengan adanya susulan. Di sini saya nak bertanya, suka ke melihat saya mati dalam keadaan kafir ? Nauzubillah. Kalau tidak suka, kenapakah tidak ada orang-orang Islam yang berdakwah kepada saya dahulu ? Kami yang bukan beragama Islam juga dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kami juga sebenarnya dahagakan kebenaran. Oh, kenapakah sikap orang-orang Islam ini kurang semangat untuk menyampaikan kebenaran kepada mereka yang beragama lain, tanpa berkira kita bangsa apa pun ? Bukankah kita bermoyang kepada Nabi Adam as ? Bukankan kita semuanya bersaudara?”

Demikianlah pengakuan Shah Kirit yang memeluk Islam pada tahun 1996 yang pada asalnya kerana hendak berkahwin dengan gadis Melayu.

Cerita ini diabadikan dalam bentuk cerita dan nasyid dalam Album Xifu & The Algebra yang berjudul “Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam?”

Antara yang menjayakan album ini ialah gandingan ustaz, pendakwah dan artis antaranya Xifu Muadz, Hafiz William, Ustaz Maszlee Malik, Nash Lefthanded, Dayang Ku Intan, Alex Koh dan beberapa yang lain. Album ini adalah Edisi Terhad.

Mereka yang ingin mendapatkan album ini bolehlah menghubungi :
Northpoint MGT
74-1&2 Jalan 1/76D
Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Hotline : 012-9417144
E-mail : xifu_a@yahoo.com
Website : www.myxifu.com

Di Negeri Sembilan bolehlah menghubungi Xifu Shamsul 019-6532973, e-mel skamalidz@yahoo.com