KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100708

Tawaran Umrah Ramadhan dan Raya di Mekah

UMRAH AWAL RAMADHAN
8 ke 22 Ogos 2010
Cuma RM 5,600
Daftar sebelum 20 Julai 2010

UMRAH DAN HARI RAYA DI MEKAH
7 ke 19 Sep 2010
Hanya RM 5,000
Daftar sebelum 20 Ogos 2010

Deposit RM 2,000
Kos termasuk visa , kursus , beg kecil dan ziarah

Hubungi :
Sdr Hassan Tamby 019-2171942
Taman Tasik Jaya , Senawang

20100707

Semangat Gotong Royong Melayu Makin Luntur


Kita leka dengan politik, kita leka dengan hiburan, kita leka dengan sukan, kita leka mengejar pangkat dan harta, kita leka mencari keseronokan, hingga semangat gotong royong makin hari makin luntur di kalangan kita. Ke mana hala tuju kita , hinggakan kubur pun kita ambil sikap macam Bangau Oh Bangau untuk dijaga.

Kubur sendiri sendiri agaknya.

Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Rasulullah saw pernah ditanya: Siapakah orang beriman yang lebih bijak ? Jawab baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak”
(Riwayat ibn Majah drpd ibn Umar ra)

Beberapa kisah sadis lunturnya semangat gotong royong kita di
http://amkns.blogspot.com/2010/02/anjing-kuda-masuk-kubur.html
http://waghih.blogspot.com/2010/05/kubur-pun-orang-melayu-tak-boleh-jaga.html

***************************

KUBUR TAK TERURUS
Berita Harian 7 Julai 2010

Kawasan perkuburan Jalan Pengadang Baru dikhuatiri jadi sarang binatang liar

KUALA TERENGGANU: Tanah perkuburan di Jalan Pengadang Baru, dekat sini kini terbiar dan dipenuhi semak dibimbangi menjadi tempat binatang berbisa seperti ular dan kala jengking membiak sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Penduduk kawasan terbabit berharap pihak pengurusan tanah perkuburan yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi membersihkan tanah perkuburan itu.

Tinjauan Edisi Timur mendapati semak hampir menenggelamkan semua 100 kubur sehingga menyukarkan pengunjung menziarah kubur saudara mereka, selain pagar kubur roboh. Penduduk, Mohd Alif Bahktiar, 28, mendakwa kawasan tanah perkuburan Islam seluas lebih 1.2 ekar itu sudah lama terbiar dan tidak terurus dan seperti sudah dilupakan.

Katanya, semua pihak termasuk penduduk setempat bertanggungjawab membersih kubur itu.

Beliau juga melahirkan rasa sedih apabila melihat keadaan kubur nenek moyangnya yang tidak terurus dan kebanyakan sudah daif.

Semua pihak perlu bertanggungjawab atau mengadakan gotong-royong bagi membersih tanah perkuburan itu supaya ia tidak kelihatan menakutkan.
Tanah perkuburan ini terletak di tepi jalan utama ke Kuala Berang sebenarnya sudah menimbulkan persoalan dan cerita buruk daripada pengunjung kubur yang menziarah kubur ibu bapa dan sanak saudara mereka mengapa kawasan kubur ini tidak jaga, katanya.

Mohamad Musa, 39, pula berasa sedih melihat persekitaran tanah perkuburan itu yang tidak terurus dan bimbang kehadiran ular dan kala jengking serta menjadi sarang pembiakan binatang berbisa itu.

Katanya, tanah kubur itu terbiar kerana sikap tidak bertanggungjawab pihak yang terbabit terhadap pengurusan tanah perkuburan itu walaupun sudah ada pihak yang membuat aduan mengenai masalah itu.

Pengurusan tanah perkuburan perlu mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan ini terutama sebelum Aidilfitri, katanya.

Saya berharap tanah perkuburan ini dapat dipulihkan segera termasuk kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar dapat membersihkan segera kubur ini, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuburtakterurus/Article

20100706

Belajar loghat N.Sembilan dengan Beruk

Ini memang pure loghat N.Sembilan punya. Saja , hilang tension sikit. Banyak sangat isu politik , gejala sosial dan macam-macamlah. Ianya ada kaitan dengan Beruk. Terjumpa klip video ini dalam Youtube. Entah siapalah pandai sangat alihbahasa rencana National Geographic ini dalam loghat N.Sembilan, lari dari maksud asal. Walau apapun , Take a Break, mari kita tonton kisah Beruk loghat Negeri Sembilan


Talian Kecemasan Cegah Bunuh Diri di Malaysia


Sepulus peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah mental. Kalau jumlah penduduk di Malaysia 29 juta, bermakna 2.9 juta mempunyai masalah mental. Mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari di Malaysia , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Malangnya tiada pihak yang benar-benar serius dalam menangani gejala bunuh diri ini, penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia.

Kupasan dan statistik bunuh diri di Malaysia saya ada tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Macamanapun saya terjumpa ada satu badan bebas yang mengambil inisiatif untuk mencegah gejala bunuh diri di Malaysia yang menyediakan talian kecemasan pada pautan berikut http://www.suicide.org/hotlines/international/malaysia-suicide-hotlines.html . Badan bebas ini menggelarkan diri mereka Befrienders.

Bila pula JAKIM , Majlis Agama Islam , Parti Politik Islam dan Melayu juga NGO-NGO Islam akan mengambil pendekatan serupa ?

Atau kita masih leka siapa sebenarnya pengkhianat negara, siapa sebenarnya sahabat Yahudi , siapa sebenarnya musuh Zionis , siapa yang bekerja dengan APCO , siapa yang rapat dengan NED , FELDA Bankrap , FELDA Kaya ?

*************************
Malaysia Suicide Hotlines
Befrienders Malacca
Peti Suraj No. PS245
Pejalat Pos
Besar Melaka
75100
MELAKA
Contact by: Face to Face - Phone
Hotline: (06) 284 2500

Befrienders Penang
104-1A Mewah Court
Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
11600
PULAU PINANG
Contact by: Face to Face - Phone - E-mail:
Hotline: (04) 281 5161
Hotline: (04) 281 1108
Website: befpen.org
E-mail Helpline: pat@befpen.org
Hours: Sat, Sun: 17:00 - 23:00

The Befrienders Kuala Lumpur
95 Jalan Templer
Petaling Jaya
46000
SELANGOR DARUL EHSAN
Contact by: Face to Face - Phone - Letter: - E-mail:
Hotline: (03) 7956 8144
Hotline: (03) 7956 8145
Website: befrienders.org.my/
E-mail Helpline: sam@befrienders.org.my
Hours: Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri, Sat, Sun: 00:00 - 23:00

Befrienders Ipoh
Peti Surat 413
Ipon
30750
PERAK
Contact by: Face to Face - Phone
Hotline: (05) 547 7933
Hotline: (05) 547 7599

Befrienders Seremban
Seremban
Contact by: - Phone
Hotline: 06 7653588
Hotline: 06 7653589
Hours: Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri: 19:00 - 22:00

Lifeline Association of Malaysia
71-2nd Floor, Jin Jejaka 2
55100
TMN MALURI
Contact by: Face to Face - Phone
Hotline: (063) 92850039
Hotline: (063) 92850279
Hotline: (063) 92850049

Saman Ekor latih rakyat jadi Kedekut Bakhil



Kalau kita ada kereta atau motosikal , nasihat saya jangan beri pinjam kepada sesiapa , walaupun kepada saudara mara terdekat dan sahabat karib. Kalau tak nanti kita akan jadi musuh dengan mereka kalau kena saman ekor. Biarlah kita rakyat Malaysia ini digelar Kedekut , Bakhil dan Tangkai Jering, asalkan kita tidak kena Saman Ekor.

*****************************

Bawa ke mahkamah pesalah saman ekor

Utusan Malaysia 6 Julai 2010

SAYA ingin merujuk kepada surat Pegawai Pencen dari Lembah Keramat dalam sebuah akhbar tabloid pada 27 Jun yang lalu yang mengadu tentang kenderaan beliau yang telah disenaraihitamkan oleh pihak polis dan JPJ.

Menurut pegawai pencen yang malang tersebut, kenderaan beliau tersebut telah dikesan melakukan tiga kesalahan melebihi had laju, dan kerana itu beliau mempunyai tiga saman ekor yang masih belum dijelaskan.

Isunya sekarang ialah bukannya sama ada saman ekor tersebut telah pun diterima oleh si pengadu atau pun tidak, tetapi isu yang lebih utama adalah sama ada pihak polis dan JPJ mempunyai kuasa atau pun tidak untuk menyenaraihitamkan mana- mana pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor daripada membaharui cukai jalan kenderaan dan lesen memandu mereka.

Dalam hal ini, prinsip yang selalu digunapakai ialah bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi mahkamah belum mendapati beliau bersalah.

Katakanlah jika ada pesalah saman ekor yang telah menerima notis saman daripada pihak polis, tetapi ia tetap enggan membayar kompaun yang dikenakan kerana dia yakin bahawa dia tidak bersalah.

Oleh itu, 'pesalah' tersebut menunggu notis hadir ke mahkamah untuk membolehkannya membela diri.

Namun, setelah lama menunggu, akhirnya dia mendapati namanya telah disenaraihitamkan oleh pihak JPJ dan dia akhirnya terpaksa juga membayar saman tersebut kerana tidak mahu disaman akibat membawa kereta tanpa cukai jalan. Adilkah begitu?

Dalam hal ini, saya lihat semakin ramai pihak yang mempertikaikan tindakan polis dan JPJ tersebut, kerana bagi mereka pihak polis tidak boleh bertindak seolah-olah merekalah pendakwa raya dan merekalah juga hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Jangan marah jika ada pihak menganggap tindakan pihak polis ini seumpama berniaga saman ekor tanpa lesen yang sah.

Justeru, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar bertindak segera menghadapkan pesalah-pesalah saman ekor ke mahkamah.

Sekiranya mereka enggan hadir ke mahkamah dan pihak mahkamah mengeluarkan waran tangkap, barulah nama dan kenderaan mereka disenaraihitamkan.

Itulah tindakan yang lebih adil kerana prinsip undang-undang juga ada menyatakan bahawa melepaskan sepuluh orang yang bersalah lebih baik daripada menjatuhkan hukuman ke atas seorang yang tidak bersalah.

PEMANDU BERHEMAH
Pasir Mas, Kelantan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Ustaz Kamal Ashaari 10 Jul 2010 Seremban



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Kamal Ashaari
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau An-Naim , Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Semua dijemput hadir

Ustaz Rosli Jabar 10 Jul 2010 Senawang



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang

Semua dijemput hadir

20100704

Kempen JOM Solat Sempena Isra Mikraj 10 Jul 2010


Sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Dipetik dari laman web ISMA http://www.ismaweb.net/v4/perutusan-khas-sempena-isra%E2%80%99-dan-mi%E2%80%99raj/

PERUTUSAN KHAS SEMPENA ISRA’ DAN MI’RAJ

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat.

Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam.

Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat.” (Riwayat Imam Muslim)

Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur

Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud:

“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Ingatlah amaran Allah SWT!

Marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang meninggalkan solat. Antaranya adalah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak solat, maka tiada agama baginya.” (Riwayat as-Sayuti)

“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapuslah segala pahala amalannya.” (Riwayat Imam Bukhari)

Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ayuh wahai saudaraku! Marilah kita semua menjaga dan memelihara solat dalam kehidupan seharian kita, kerana solat itu adalah tiang seri agama kita. Renungi sabda Rasulullah SAW:

“As-Solatu imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad hadamad din.”

Maksudnya: “Solat adalah tiang seri agama, maka sesiapa yang menunaikan solat, maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas solat, di samping mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.

Sekretariat Dakwah & Sosial,
Ikatan Muslimin Malaysia

Poster Kempen di http://www.ismaweb.net/v4/kempen-ayuh-solat-sempena-israk-mikraj-1431h/

20100703

Kursus Kecemasan di Rumah 11 Julai 2010 Senawang




CERAMAH dan DEMO KESIHATAN
Asas Penjagaan Kesihatan Anak-Anak di Rumah
Bersama Jururawat Terlatih Persatuan Bulan Sabit Merah
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 pg - 12 tgh
Tempat : Taman Bandar Senawang (sebelah Pusat Bersalin Sukhilmi)

Yuran :
RM35 seorang.
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM100 untuk 3 peserta yang mendaftar serentak
Jamuan ringan disediakan
Tempat terhad

Hubungi :
Dr Faridah Idris - 019-6548073 myzulfa@gmail.com
Raziah Johar - 0196519722

Maklumat lanjut di http://2uzulfa.blogspot.com/2010/07/ceramah-asas-penjagaan-kesihatan-anak.html

Anjuran : Kelab Susu Ibu Seremban

KANDUNGAN PROGRAM:
Kaedah-kaedah tindakan awal untuk masalah:
- demam
- cirit-birit
- batuk dan kahak
- sawan dan demam
- rawatan luka
- rawatan melecur
Praktikal cara rawatan juga akan ditunjukkan

20100702

Jawab soalan ini sebelum mansuh UPSR PMR


Kepada pihak-pihak yang menyokong pemansuhan UPSR dan PMR terutamanya Pak Menteri sendiri, sila jawab lima sahaja soalan-soalan di bawah ini sebelum beria-ia hendak memansuhkannya. Sesal Dulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tiada Berguna.

1. Berapa banyakkah penjimatan kerajaan dalam Ringgit Malaysia apabila UPSR dan PMR ini dimansuhkan, dari mesyuarat lembaga peperiksaan, kos buat soalan, kos, tanda kertas jawapan dan sebagainya ? Adakah mencecah jutaan ringgit setiap tahun ?

2. Apakah bentuk peperiksaan atau pemilihan yang telus dan holistik untuk menentukan pelajar masuk ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan sebagainya ? Berapa pula kos diperlukan untuk proses pemilihan pelajar ini tanpa UPSR dan PMR yang masuk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ?

3. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk menguruskan Program Permata Negara ?

4. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk mengambil guru bahasa Mandarin dan Tamil untuk ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun 2011 ? Kenapa Bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, kenapa tidak Bahasa Arab atau Guru khusus Tulisan Jawi ?

5. Bolehkah diadakan satu sistem sekolah menengah sahaja , sesuai dengan konsep 1Malaysia, tidak perlu Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan sebagainya. Ini akan memudahkan penempatan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 , kerana para pelajar tidak akan ada tekanan untuk merebut tempat ke sekolat Elit sebegini kerana tiada lagi sekolah Elit , dan juga memudahkan Pejabat Pelajaran sendiri untuk menempatkan pelajar ?

*************************************
ISU KEWAJARAN UPSR, PMR DIUMUM TAHUN INI
KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada kementerian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

MBM SOKONG MANSUH PMR, KEKAL UPSR
KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong cadangan pemansuhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Bagaimanapun Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (gambar) berkata, MBM berpendapat, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diteruskan kerana ia mampu menilai keupayaan murid sepanjang berada di sekolah rendah sebelum memasuki sekolah menengah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

MUHYIDDIN ARAH PENGAMBIL SEGERA GURU BAHASA IBUNDA
PUTRAJAYA 30 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan pengambilan segera bagi guru bahasa Mandarin dan Tamil supaya mereka dapat ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun depan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm&arc=hive

Seminar Faraid 7 Julai 2010 Seremban



SEMINAR ZAKAT DAN FARAID
Bersama Ustaz Mohd Fauzi Mustafa (Moderator Al-Kuliyyah TV3)
Masa : 8.30 pg – 1 ptg
Tarikh : 7 Julai 2010 / Rabu
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi , Seremban

Terbuka Untuk Semua

Maklumat lanjut hubungi 06-7651402 (En Zamru atau En Zaharim)

Masuk Percuma

Poster program di http://www.zakatns.com.my/v3/images/stories/seminar.pdf

Lalat menyerang Kampus UiTM Kuala Pilah ?


ernah dengar Kampus Lalat ? Kedai Lalat pernah dengarlah, di Kota Bharu. Dikhabarkan UiTM kampus Kuala Pilah dipenuhi dengan lalat-lalat. Malahan penduduk Kampung Beting pun mengalami nasib malang yang serupa dengan warga kampus UiTM. Menurut cerita besar kemungkinan lalat ini berpunca dari ladang ternakan ayam berhampiran. Kesian, kesian. Macamana anak-anak kita nak belajar di kampus tersebut ? Macamana nasib penduduk kampung sekitar ?

Siapalah yang akan membela nasib mereka semua ?

Macamanalah perasan ibu bapa yang anak mereka di UiTM ni ? Makan lalat, tidur lalat, sembahyang lalat , belajar lalat.

Sedih baca cerita lalat-lalat ni pada Blog berikut :

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/lalat-di-kantin-kampus-uitm-kuala-pilah.html

http://thepotpetking.blogspot.com/2010/06/oh-tidak-pilah-diserang-lalat.html

Jemaah PAS dan UMNO bertumbuk di Masjid Melaka ?


Gambar Hiasan


Ada lagi kes macam ni. Ingatkan zaman saya kecil-kecil dulu. Walaupun dalam berita tak di sebut orang UMNO dengan orang PAS, kemungkinan itu ada. Kalau nak ulas isu ini, siapa bersalah, siapa benar, sampai bila-bila pun tak habis. Masing-masing akan bawa hujah masing-masing. Kalau nak saman ke mahkamah pun, akan memakan masa bertahun-tahun. Mudah sahaja, nak selesai, atau tak nak selesai, itu sahaja.

Kepada ulama-ulama veteran dalam UMNO dan PAS, cubalah turun padang, selesaikan isu ini dengan cara baik.

Nak sangat bertumbuk, dua-dua pihak daftar sebagai sukarelawan bantuan ke Palestin, baru tahu langit tinggi rendah.

Kepada pihak yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, baik jangan masuk campur. Berdoa sahaja agar Allah memberi petunjuk kepada mereka dan kita semua.

*****************
JEMAAH BERTUMBUK DALAM MASJID
Sinar Harian 1 Julai 2010

PERNU – Hanya kerana disangka menutup lampu masjid, seorang lelaki dibelasah beberapa jemaah lain di Masjid Bukit Pegoh, di sini, Ahad lalu.

Kejadian berlaku sebelum solat Maghrib apabila mangsa, berusia dalam lingkungan 37 tahun itu disergah seorang jemaah yang berusia 20an yang baru tiba.

Mangsa yang memegang jawatan ahli jawatankuasa masjid itu belum menyalakan lampu masjid kerana hari masih siang, tetapi dipercayai memadamkan lampu.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan menyerang jemaah itu selepas menyergah mangsa dengan pertanyaan "kenapa kau tutup lampu masjid?".

Mangsa kemudiannya diserang bertubi-tubi dan cuba melawan untuk mempertahankan diri sebelum seorang lagi jemaah yang juga ‘orang kuat’ masjid itu turut sama menyerang dengan mengetuk kepala mangsa dengan lampu suluh.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila berlaku campur tangan jemaah lain yang menyokong kedua-dua pihak berkenaan sehingga bertukar menjadi ‘medan gusti’ sambil disaksikan lebih 60 jemaah.

Akibat kejadian itu, mangsa dan beberapa jemaah terbabit mengalami lebam lebam.

Sumber berkata, kejadian itu ada kaitan dengan pemecatan salah seorang imam masjid itu beberapa bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7889457.asp

JEMAAH BUKIT PEGOH DILEMA SOLAT DUA IMAM
Berita Harian 10 Mei 2010

JASIN: Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh di Pernu, dekat sini, bagaikan dalam dilema apabila mereka berhadapan situasi melakukan solat berimamkan dua imam, sejak awal April lalu, dipercayai akibat perbezaan fahaman politik.

Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor, 65, berkata perselisihan faham antara imam masjid itu yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan seorang imam muda berusia 28 tahun bermula tahun lalu. Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar ilmu agama tanpa tauliah sejak setahun yang lalu, imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 masjid terbabit tidak layak menjadi imam. Katanya, menyedari imam muda itu mengajar tanpa tauliah, kariah masjid memintanya untuk mendapatkan tauliah terlebih dulu daripada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Pada awal tahun ini, kita memintanya mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi dia enggan, malah pengikutnya seramai kira-kira 15 orang hingga 20 orang memarahi kami.

"Berikutan itu, pada 1 April lalu, ahli kariah masjid membuat laporan kepada Jaim dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya melakukan solat dua imam di masjid ini," katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Md Jani berkata, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun akan melihat dan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan selepas itu, barulah beliau mengimamkan solat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JemaahBukitPegohdilemasolatduaimam/Article/index_html

SEJARAH MASJID BUKIT PEGOH

Masjid Bukit Pegoh asalnya adalah sebuah surau dibawah naungan Masjid Pernu. Setelah bertambahnya bilangan penduduk dalam Kg. Bukit Pegoh dan Bukit Larang berlakulah persempadanan semula kawasan kariah dan wujudlah kawasan Kariah Masjid Bukit Pegoh. Bangunan surau telah dinaikkan taraf menjadi masjid dengan sedikit pengubahsuaian tetapi ianya masih bangunan kayu. Dalam tahun 1973 sekali lagi bangunan masjid ini telah dinaikkan taraf dan diubah menjadi bangunan batu. Bangunan ini masih berdiri diatas tapak asal masjid lama dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B. Tun Abd. Ghaffar Baba dalam bulan September 1973.

Setelah lebih 30 tahun berlalu dan bilangan penduduk dalam kawasan kariah bertambah, usaha-usaha untuk membesarkan masjid mula dijalankan. Pada bulan Ogos 2003 pihak lembaga Masjid telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri bagi meminta peruntukan sebanyak RM600,000 bagi tujuan mengubahsuai dan membesarkan masjid. Di akhir tahun 2004 pihak Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan kelulusan peruntukan yang diminta.

Setelah beberapa perubahan dibuat pada pelan yang dikemukakan maka akhirnya nilai sebenar semasa kos pembinaan dan pengubahsuaian telah meningkat melebihi RM780,000. Setelah dikeluarkan tender Syarikat Epilog Bina Sendirian Berhad telah berjaya memperolehi tender tersebut dengan nilai RM732,075. Tarikh penyerahan tapak telah dilakukan pada 17 Julai 2005 dan pembinaan masjid dijangka siap pembinaannya dan diserahkan kepada pihak Lembaga Masjid pada 2 Disember 2005.

http://www.al-azim.com/~bukitpegoh/sejarah.htm

20100701

Apa Menteri Pelajaran tak kisah Cikgu tak Senonoh ?


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Insiden guru-guru perempuan menyerbu pentas ketika Mawi sedang beraksi dalam majlis rasmi Perhimpunan Hari Guru pada 26 Jun 2010 di Padang MPS Seremban anjuran Kerajaan Negeri Sembilan adalah merupakan satu insiden yang amat memalukan profession perguruuan. Walaupun ianya hanya nila yang setitik, tetapi ianya merosakkan susu sebelanga.

Walaupun berita ini hanya tersebar dalam internet dan dalam blog-blog, namun sikap Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran yang tidak menjalankan siasatan ke atas insiden ini , memberi persepsi kepada masyarakat umum bahawa adalah tidak mengapa nila setitik yang berwarna BIRU PEKAT tersebut terus merosakkan susu yang berwarna putih dalam belanga yang lain pada masa yang akan datang.

Kementerian Pelajaran harus mengkaji dari semua aspek insiden ini. Adakah selepas ini Kementerian Pelajaran boleh membenarkan mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri menganjurkan perhimpunan hari guru tanpa sebarang garis panduan ?

Apakah Kementerian Pelajaran tidak perlu mengambil sebarang tindakan walaupun sekadar menasihat guru-guru yang secara spontan hilang kawalan seketika apabila melihat Mawi atau artis-artis lain dalam satu majlis rasmi ?

Apakah keutamaan dalam program Kementerian Pelajaran , persembahan kebudayaan dari pihak sekolah, guru dan murid harus diutamakan ?

Apakah persembahan kebudayaan setempat harus diutamakan, dalam contoh di Negeri Sembilan , Bongai, Cak Lempong, Tarian Piring perlu diketengahkan dalam sesuatu majlis rasmi ?

Sikap berdiam diri Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran dalam isu ini akan memberikan 1001 macam persepsi masyarakat lebih-lebih lagi para murid dan pelajar terhadap para guru , para pengarah pelajaran dan para menteri.

Kementerian Pelajaran boleh memulakan siasatan dari gambar-gambar dan berita dari blog-blog berikut :

AURA MAWI MEMBUATKAN RAMAI CIKGU-CIKGU WANITA NEGERI SEMBILAN LUPA SAKIT LUTUT DAN SENDI
http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/aura-mawi-membuatkan-ramai-cikgu-cikgu.html

CIKGU PELUK MAWI DI SEREMBAN
http://warnailahhidupku.blogspot.com/2010/06/cikgu-peluk-mawi-di-seremban.html

WAHAI GURU .. TUNJUKLAH CONTOH YANG BAIK
http://assirkami.blogspot.com/2010/06/wahai-guru-tunjuklah-contoh-yang-baik.html

HARI GURU PERINGKAT N9
http://qistinafilzah.blogspot.com/2010/06/hari-guru-peringkat-n9.html

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010
http://hadfurrayyan.blogspot.com/2010/06/perhimpunan-hari-guru-peringkat-negeri.html

Abah dia kaki judi



Petikan dari Utusan Malaysia 1 Julai 2010. Abah ku kaki judi (Umat Islam itu bersaudara, ayah orang, ayah kita juga, marilah kita membantu). Demikian kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca minggu ini. Kisah seorang bapa yang menjadikan judi sebahagian daripada hidupnya dan mengetepikan tanggungjawab terhadap isteri, anak-anak dan rumah tangga.

Kisah ini luahan hati seorang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Zie untuk renungan bersama.

“Saya merupakan anak pertama dalam lima beradik dan dibesarkan di dalam serba sederhana.

“Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai sikap abah saya yang suka berjudi sejak dari zaman muda hingga zaman emas hingga kini.

“Biarpun pelbagai teguran dibuat oleh mak dan kami anak-anak, abah tetap macam itu, langsung tidak mahu berubah.

“Abah saya merupakan bekas anggota badan beruniform dan ada pangkat.

Sikapnya yang suka berjudi menjadi-jadi selepas kami berpindah ke Selangor.

“Bermula dari tikam ekor untuk suka-suka akhirnya dia berjinak pula dengan judi mesin.

“Sebagai anak saya merasa amat malu dengan jiran-jiran yang selalu terserempak dengan abah di kedai ekor dan kedai permainan judi.

“Tambah malu kerana bapa bekas anggota pasukan keselamatan tetapi gila judi. Apa perasaan anda, kalau berada di tempat saya?

“Dulu semasa saya berada di bangku sekolah, kawan-kawan sekolah selalu beritahu mereka terserempak dengan abah di kedai judi tapi saya tidak percaya.

“Tuhan itu adil, mungkin Allah ingin menunjukkan kepada kami, satu hari saya dan adik sendiri terjumpa abah di tempat sama.

“Kami menangis sambil berpelukan. Saya merasa amat malu dan berfikir selama ini kami makan dan belanja duit yang abah dapat daripada hasil berjudi.

“Saya merasakan duit itu tidak halal dan tidak berkat digunakan untuk menampung kehidupan kami.

“Barulah saya sedar selama ini hidup kami tidak tenang dan tenteram kerana sikap abah yang buruk itu.

“Bukan itu sahaja setiap masa kami kesempitan wang sebab gaji abah dihabiskan untuk tujuan tersebut.

“Apabila habis duit abah minta pada mak dan kami anak-anaknya. Kalau tidak kerana mak dapat upah jaga anak orang, tentu kami semua tidak makan.

“Saya sedih melihat keadaan mak yang selalu menyimpan perasaan sedih dan kecewa terhadap kelakuan abah.

“Mak amat penyabar dan tidak pernah jemu menasihati abah supaya berubah.

“Malangnya setiap teguran dan nasihat mak dibalas dengan tengking dan jeritan.

“Sudah puas cakap elok-elok mak turut mendapatkan nasihat ustaz untuk mengembalikan abah ke pangkal jalan.

“Namun tidak ada perubahan berlaku, abah tetap macam itu juga. Sekarang abah telah pencen tetapi menghabiskan masa dan duit pencen di kedai judi.

“Kalau orang lain ada bapa yang menghabiskan hayatnya setelah berpencen dengan beribadah dan bertaubat di masjid, tapi abah saya mensia-siakan hidup nya dengan berjudi.

“Hidup kami bertambah malang apabila sering diganggu oleh orang bank yang menuntut hutang tertunggak yang dibuat oleh abah.

“Semua barang di dalam rumah hampir disita, mujurlah ada pakcik yang datang menolong kerana kasihankan kami. Itu pun abah tidak insaf dan sedarkan diri lagi.

“Sikap abah menyebabkan anak-anak menjauhkan diri daripadanya. Saya sudah jarang dan kalau boleh tidak mahu pulang ke kampung sebab abah akan minta duit tetapi kemudian hilang sehari suntuk untuk berjudi.

“Saya kini tinggal di bandar J kerana bekerja. Jika balik pun kerana rindukan mak dan adik-adik yang memerlukan perhatian saya.

“Saya amat kecewa dan sedih dengan sikap abah. Saya malu dengan kawan-kawan, jiran dan saudara mara.

“Saya teringin mempunyai seorang abah yang baik, beriman, penyayang dan bertanggungjawab.

“Sayangnya abah saya tidak macam abah orang lain. Sebagai anak saya tidak pernah putus asa untuk berdoa.

“Saya amat berharap satu hari nanti abah akan insaf dengan perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan.

“Setiap kali solat saya tidak pernah lupa berdoa agar abah akan berubah.

“Saya teringin melihat abah sujud menyembah Allah, mengimamkan isteri dan anak-anaknya serta berdoa untuk kesejahteraan kami sekeluarga.

“Saya berdoa agar abah akan berubah sebelum Allah menjemputnya pulang.

“Pesanan saya kepada kaum lelaki yang bakal menjadi suami dan bapa jangan ikut perangai abah saya. Jadilah suami dan bapa yang bertanggungjawab dan sayangkan rumah tangga serta keluarga,” kata Azie menutup cerita.

Saya bersimpati membaca kisah Azie. Pengalaman Azie memang pahit bagi seorang anak berbanding orang lain.

Bagaimanapun saya kagum dengan ketabahan Azie dan ibunya menangani masalah ini.

Saya berharap Azie dapat mencari orang tengah untuk menyelesaikan kemelut bapanya ini seperti seperti bapa saudara atau orang tua yang disegani oleh bapanya.

Saya tahu ia sukar tetapi sekurang-kurangnya berusahalah. Pinta saya, sebagai anak, teruskan berdoa supaya bapa anda berubah.

Bapa juga manusia biasa tidak terlepas daripada kesilapan.

Saya juga berharap dan berdoa agar dalam masa terdekat abah Azie akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Mengundur diri, pesanan saya Sesungguhnya Allah jika mencintai dan menyayangi hamba Nya, maka Dia akan mengujinya.

Salam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm

Kerajaan rugi RM 2.7 Billion kerana Saman Ekor ?


Kira-kira RM 2.7 Billion gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan. Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati.

Sebelum ini saya ada menulis prosedur Saman Ekor menganiaya sesetengah pemilik kenderaan yang tidak bersalah. Pemandu yang bersalah terus bebas. Ulasan sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2010/06/haramkan-saman-ekor-pdrm.html

Sekarang RM2.7 Billion saman tertunggak, majoriti adalah saman polis. Adakah ianya majoriti dari saman ekor ?

Kalau saman ekor , yang kena saman ialah pemilik kenderaan. Pemandu yang bersalah kalau dia bukan pemilik kenderaan, dia tak akan bayar samannya sampai bila-bila.

Menteri Dalam Negeri , tolonglah kaji balik sistem Saman Ekor ni. Buatlah macam negara lain, kalau nak saman, saman pemandu pada masa kejadian. Berikan lebih anggota polis untuk saman laju. Saman ekor perlu seorang anggota polis sahaja, saman pemandu mungkin memerlukan 10 anggota polis untuk buat sekatan jalanraya.

Juga bekalkanlah polis dengan kereta peronda yang boleh pergi 200 km/j bila ada saman laju, biar kereta peronda tadi boleh kejar pemandu yang memandu laju. Takkanlah polis nak kejar dengan Kancil atau Waja kereta Mercedes, Volvo, Bas Xpress , Evo , GTO dsbnya.

**************************
Dewan Rakyat: 16.5 Juta Saman Dengan Nilai RM2.7 Bilion Gagal Dikutip

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2010 (Bernama) -- Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.

"Bagi saman yang dikeluarkan tahun lepas sehingga kini, ia adalah saman aktif yang masih menjadi saman kitaran semula," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohd Nor mahu tahu jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun ini.

Abdul Rahim berkata bagi memastikan saman tertunggak tersebut dikutip, beberapa pendekatan termasuk menyekat urusniaga seperti pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Usaha lain yang dilakukan ialah memperuntukkan kira-kira RM282 juta bagi menambah baik sistem pungutan pengkomputeran JPJ yang dikenal pasti masih berkapasiti rendah bagi membolehkan kapasiti pungutan ditingkatkan.

"Kita juga menyediakan perkhidmatan online bagi pembatalan sekatan dan penyenaraian hitam di antara JPJ dan agensi lain khususnya PDRM dan mewujudkan pusat sehenti supaya pembayaran saman boleh dilakukan di mana-mana selain pembayaran secara online dan kad kredit," katanya.

Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan supaya saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata cadangan itu sukar untuk dipertimbangkan.

"Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati," katanya.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=509810

*******************
RM2.7b saman lalu lintas gagal dikutip

KUALA LUMPUR 30 Jun - Sebanyak 16.5 juta saman lalu lintas bernilai RM2.7 bilion yang diklasifikasikan tertunggak gagal dikutip kerajaan antara 2000 hingga 2008.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, saman itu membabitkan tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 15,220,358 saman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 470,983 saman dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 838,507 saman.

"Saman yang dikeluarkan pada 2009 sehingga sekarang adalah saman aktif yang masih tidak dianggap sebagai tertunggak," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanya mengenai jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun ini pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata, tindakan menyaman itu bukan semata-mata untuk mendapatkan hasil tetapi bagi mewujudkan persepsi 'ditangkap' di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati.

"Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), persepsi 'ditangkap' di kalangan pengguna jalan raya kini hanya 35 peratus.

"Apabila kita kenakan saman, kebanyakan pengguna masih menganggap tiada tindakan akan diambil. Ini berpunca daripada kelemahan kita untuk mengutip saman," katanya.

Dalam usaha mengutip saman tertunggak, katanya, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah termasuk menyekat pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM282 juta bagi menambah baik sistem pengkomputeran JPJ yang masih berkapasiti rendah untuk membolehkan kutipan saman tertunggak ditingkatkan.

"Pusat sehenti bagi membayar saman akan diperbanyakkan, selain memperkenalkan pembayaran secara dalam talian dan kad kredit," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_06.htm

20100630

Hebat, Guru Besar boleh tidur di sekolah


Sedih pun ada, terharu pun ada, gembira pun ada, apabila membaca cerita ada seorang Guru Besar di Negeri Sembilan tidur di sekolah. Sedih sebab jarang kita dengar seorang guru apatah lagi seorang guru besar yang begitu komited hinggakan sanggup menjadikan sebuah setor di sekolahnya seluas 12 kaki kali 12 kali sebagai bilik tidurnya.

Cikgu Liu Shuang Zhen dari SRJK (C) Kampung Baru Tanah Merah, Port Dickson tinggal di Bahau , 105 km dari sekolah. Jadi beliau lebih rela tidur di sekolah tiga hari seminggu. Bukan dia tidak mampu untuk menyewa rumah atau menyewa bilik, tetapi Cikgu Liu suka dengan keadaan demikian, di mana beliau boleh memberi tumpuan yang lebih di sekolah dan ibu bapa lebih mudah untuk berjumpa beliau di luar waktu sekolah.

Sedihkan, tak ramai orang yang sanggup berkorban macam Cikgu Liu ini. Berkorban dengan rela hati, tanpa rasa hendak menyalahkan sesiapa, tetapi suka akan apa yang dilakukannya, demi kejayaan anak bangsa.

Semoga ramai daripada kita, bukan sahaja dari kalangan guru bahkan dari kalangan menteri, wakil rakyat, pegawai daerah, doktor, askar, polis, pekerja kilang dan lain-lain dapat mencontohi sikap Cikgu Liu ini.

Laporan penuh dan gambar tempat tidur Cikgu Liu di laman web akhbar Sin Chew di
http://www.mysinchew.com/node/40722

Budak Melayu Rank No 1 Dunia Tinju


Malaysia boleh menang Bola Piala Dunia. Pokoknya , hendak atau tak hendak, itu saja. Dulu Jepun, Korea Selatan, Ghana tu setaraf atau bawah ranking dari Malaysia masa zaman Super Mokh dan Ghani Minhat. Rupanya Dato Ghani Minhat ini orang Kg Solok, Rantau. N.Sembilan tapi tak pernah bermain untuk N.Sembilan.

Malaysia boleh menang apa-apa acara dunia, hendak atau tak hendak, dengan komitmen bukan sahaja pemain, tetapi jurulatih, pengurus dan pegawai. Kalau nak berjaya semua pengurus, pegawai, jurulatih dan pemain makan menu yang sama, bilik taraf yang sama, kenderaan yang sama. Kalau pergi pertandingan atau latihan luar negara tu jangan bawa anak bini, semua dari pemain hingga pegawai.

Baru-baru ni saya ke Shah Alam atas urusan peribadi. Jumpalah seorang brader ni, yang tak pernah saya jumpa sebelum ni, tapi sebab ada urusan terjumpalah dia. Dia pun ceritalah sikit karier beliau. Beliau terlibat dalam sukan Muay Thai atau Tomoi atau Kickboxing.

Sebut Tomoi ni selalunya yang kita ingat hanya orang Thai atau Jean Claude Van Damme. Rupanya ada budak Melayu yang sekarang ini ranking No 1 Dunia kategori Feather Weight.

Brader yang saya jumpa ni kata , Melayu yang terlibat dalam seni bela diri ini ada segelintir kecil yang tunjuk terror sesama sendiri sahaja. Tapi tak ke mana.

Muay Thai katanya perlu disiplin yang tinggi. Ada budak kita yang tak tahan.

Hairan ye, kenapa ahli sukan macam ni yang mendapat ranking No 1 dunia tidak mendapat liputan dan ganjaran yang sehebat sukan lain seperti Badminton dan Squasy dan lain-lain ?

http://www.worldmuaythai.org/fighter-ranking
Feather Weight
55.338 KG (122 Lbs) - 57.153 KG (126 Lbs)
1. Saiful Boxx Warrior - Malaysia
2. Ochir Odbayar - Spain

Light Weight
58.967 KG (130 Lbs) - 61.235 KG (135 Lbs)
1. Jerson Estoro - Philiphine
2. Rivero Alexander - Spain
3. Uiziibat Turbayr - Mongolia
4. Wayi Boxx Warriors - Malaysia

http://boxxtomoi.blogspot.com/
http://muaythaimalaysia.blogspot.com/
http://muaythaitigers.blogspot.com/

Al Fatihah untuk sahabat kita di Seremban


Mungkin ada yang mengenali dan terlepas pandang :

Diucapkan takziah kepada murid Sekolah Rendah Islam AsSaidiyyah , Seremban dari darjah 2.

Nur Athirah telah kematian bapanya (Muhammad Abu Bakar 33 tahun) disebabkan kemalangan motosikal.

Maklumat lanjut dan keratan akhbar kemalangan pada pautan berikut : http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/06/murid-srias-kematian-bapa.html

Kuliah Us Dato Arshad 2 Jul 2010 Alamanda

KULIAH HADITH 40
Oleh Ustaz Dato Arshad Abd Samad, Mantan Ketua Hakim Syariah N.Sembilan
Jumaat 2 Julai 2010
Selepas solat Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

Kursus Penyembelihan 17 Jul 2010 N.Sembilan

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG
Tarikh : 17 Julai 2010 / Sabtu
Jam : 8 pagi ke 12 tgh
Tempat : Masjid Qariah Lukut , Port Dickson

Maklumat lanjut di http://masjidqariahlukut.blogspot.com/2010/06/kursus-penyembelihan-binatang.html

20100628

Personaliti TV Gemparkan Masjid Senawang


Pada 27 Jun 2010 telah diadakan Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang. Pelbagai acara telah diadakan dari pertandingan melukis dan sukaneka. Jarang kita tengok umat Islam ke masjid bersama keluarga membawa anak-anak dan isteri. Tapi penganut agama Kristian akan ke gereja setiap pagi Ahad bersama keluarga, penganut agama Hindu akan ke kuil setiap minggu pada malam tertentu bersama keluarga.

Hari Mesra Masjid yang diadakan mendatangkan rasa muhibbah bukan sahaja para jemaah masjid , malahan dari kalangan ahli keluarga sendiri. Masjid dan surau perlu pelbagaikan aktiviti dan perbanyakkan aktiviti sebegini selain mengekalkan aktiviti solat jemaah dan qiamullail.

Masyarakat kita khususnya umat Islam di Malaysia ini sedang sakit. Hari Jumaat tidak dapat dimanafaatkan bersama keluarga di masjid sepertimana orang Kristian memanafaatkan hari Ahad bersama keluarga di gereja.

Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang telah digemparkan dengan kehadiran personaliti TV , saya tak kenal, tapi anak-anak yang seronok. Bukan main lagi anak-anak saya berposing dengan personaliti TV tersebut. Untuk menggalakkan masyarakat datang ke masjid elok juga personaliti TV dan artis ini datang ke masjid untuk menunjukkan contoh yang baik kepada peminat.

Lagi gambar-gambar sekitar Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/06/sekitar-hari-mesra-masjid-pada-27-jun.html

Semua umat Islam perlu memainkan peranan memakmurkan masjid untuk mengatasi gejala di bawah ini :
*******************************
PENYAKIT PSIKOLOGI KANAK-KANAK MENINGKAT

BENTONG 26 Jun – Kementerian Kesihatan bimbang dengan trend peningkatan mendadak penyakit berkaitan psikologi terutama di kalangan kanak-kanak berumur antara lima hingga 15 tahun di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian menunjukkan penyakit tidak berjangkit itu meningkat sebanyak 13 peratus kepada 20.3 peratus dalam tempoh 1996 hingga 2006.

Beliau berkata, gaya hidup masyarakat pada hari ini dalam mengharungi era dunia globalisasi dipercayai menyumbang kepada peningkatan penyakit itu.

“Dahulu persaingan sengit berlaku antara sebuah negara dengan negara lain namun hari ini senario berubah apabila berlaku persaingan antara manusia.

“Ini menyebabkan seorang individu itu menjadi tertekan untuk berdepan dengan cabaran hidup yang dihadapinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Fiesta Jom Sihat - Hidup Sungguh Bermakna di sini hari ini.

Fiesta itu anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan (SMVTAA) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kementerian dan Prostar Malaysia.

Ditanya punca tekanan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak di negara ini, Tiong Lai tidak menolak kemungkinan faktor sistem berorientasikan peperiksaan menyumbang kepada masalah yang sama.

Justeru, beliau berharap nilai-nilai kekeluargaan yang positif dapat diamalkan di kalangan ibu bapa dengan menyemai kasih-sayang dan keharmonian.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya memandang serius jumlah kematian demam denggi yang semakin meningkat di negara ini walaupun kes berkurangan.

Sehingga hari ini, sebanyak 75 kematian dicatatkan berbanding 62 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagi mencegah wabak ini secara agresif, kementerian menggalakkan jawatankuasa kawasan perumahan menubuhkan lebih banyak skuad program Combi (Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku) di kawasan mereka,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

**************************
PATAH KAKI TERJUN SEKOLAH

Harian Metro 26 Jun 2010 PORT DICKSON: Suasana di sebuah sekolah menengah di bandar ini gempar seketika apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun tiba-tiba terjun dari tingkat dua di blok makmal sekolah berkenaan, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, situasi kembali reda berikutan pelajar tingkatan tiga itu didapati tidak cedera serius dan hanya patah kaki kanan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, siasatan awal mendapati pelajar itu mengambil kerusi di kelasnya di tingkat bawah selepas selesai perhimpunan.

Pelajar itu kemudian naik ke tingkat dua iaitu blok makmal dengan membawa kerusi sebelum terjun.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahkakiterjunsekolah/Article

20100625

Undang Rembau digeruni pihak Inggeris



Ayah dan beberapa ayah saudara dan datuk saudara saya menceritakan kepada saya bawah keturunan mereka Undang Rembau ke 18 iaitu Dato Abdullah bin Dahan adalah merupakan seorang pemimpin Melayu yang amat pintar dan digeruni pihak Inggeris. Undang Dato Abdullah menurut ceritanya amat mengambil berat dan sentiasa membela nasib orang Melayu.

Walaupun dia membela orang Melayu, dia berlaku adil kepada bangsa lain. Pada 13 November 1933 En Lee Chin Hua mewakili masyarakat Cina Rembau mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dato Undang dan menyatakan bahawa Dato Undang adalah pemimpin yang paling berkelayakan dan paling pintar dan amat prihatin akan kebajikan orang Cina di Rembau.

Dato Undang juga adalah pengasas Rejimen Askar Melayu Diraja. Ayah saya kata, hanya 2 orang keturunan Dato Abdullah yang menyertai askar Melayu, iaitu dia sendiri dan ayah saudaranya dia pangggil Pakcik Shaharom.

Penyakit misteri yang membawa kepada kematian Undang Rembau masih menjadi tanda tanya , ada yang mendakwa beliau telah diracun dan sebagainya.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia adalah datang dari cetusan idea Dato Undang.

Menurut ayah saya, Dato Undang bukanlah datang dari keluarga yang kaya sepertimana dikisahkan dalam sebuah buku. Ayah saya kata Haji Dahan ayah kepada Dato Undang ini dulu hanya kerja kampung , jual pisang goreng , bawa beruk keliling kampung untuk panjat kelapa dan bertukang.

Entah kenapa kisah sejarah Dato Undang ke 18 ini begitu sukar diperolehi. Mungkin banyak tersimpan di England ? Apakah rahsia-rahsia pemikiran beliau ? Apakah punca kematian beliau ?

Masih adakah lagi orang Rembau yang berani dan tegas macam beliau yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya kepentingan keluarga , perut dan bawah perut ?

Kisah beliau di http://waghih.blogspot.com/2007/09/undang-rembau-ke-18-pejuang-agama-dan.html

Keratan-keratan akhbar kisah kebijaksanaan dan ketegasan Undang Rembau mempertahankan hak orang Melayu pada pautan berikut :

The Straits Times, 28 July 1931, Page 10
A MALAY MONOPOLY ?
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19310728.2.33&sessionid=ea39ab4a4dbe4633890206caba1de6a7&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 28 March 1933, Page 10
FEDERAL AFFAIRS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19330328.2.40&sessionid=d8dd2d4519cb4c80b53bf83f05599898&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 3 June 1933, Page 10
THE HONOURS LIST.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19330603.2.40&sessionid=d8dd2d4519cb4c80b53bf83f05599898&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 10 November 1933, Page 12
GUN-FIRE ECHOES OVER PADI FIELDS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19331110.2.68&sessionid=2ba70e8ac109405d85f460b264045410&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 14 November 1933, Page 13
UNDANG OF REMBAU.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19331114.2.92.aspx

The Straits Times, 14 November 1933, Page 20
Untitled
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19331114.2.129.aspx

The Straits Times, 21 February 1936, Page 13
HIGHER POSITIONS FOR MALAYS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19360221.2.78&sessionid=2ba70e8ac109405d85f460b264045410&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 22 November 1936, Page 5
ARSON SUSPECTED IN REMBAU FIRE DISTRICT OFFICE IN FLAMES
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19361122.2.47&sessionid=8da2b7462a2a471caa721beede13b663&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 9 October 1930, Page 16
REPLIES TO QUESTIONS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19301009.2.120&sessionid=57659d910c8f49d48b538aef6df5f94e&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 11 May 1937, Page 12
UNDANG OF REMBAU VERY ILL.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19370511.2.52&sessionid=00cceef702e54fa98aa634518736f23e&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 6 October 1939, Page 11
NEGRI SEMBILAN CHIEF DIES
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19391006.2.82.aspx

Wanita Rembau Sombong ?


Itulah tajuk akhbar The Straits Times bertarikh 28 Februari 1951 iatu Rembau To Curb Arrogant Women (Rembau akan mengekang wanita-wanita yang sombong). Keratan akhbar tersebut pada pautan berikut http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19510228.2.115&sessionid=9c2cb8a9d32e4387a4f642b6bb89c418&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

Pada tahun 1951, berlaku krisis adat dimana Biro Hal Ehwal Ugama UMNO Rembau telah menentang peraturan adat tentang tanah pesaka yang dianggap bertentangan dengan hukum Islam. Mereka yang menyokong peraturan berkenaan dianggap sebagai melakukan dosa dan akan bertanggungjawab kepada Allah pada hari kiamat nanti.

Kisah selanjutnya pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2010/02/umno-rembau-menentang-peraturan-tanah.html

FIFA 2010 ialah Fight Israel Free Al Aqsa




Tak tahu siapa punya idea buat poster dan t-shirt yang bertulis Fight Israel Free Al-Aqsa FIFA 2010. Ada sesiapa tahu mana boleh beli poster dan t-shirt ini. Boleh kita gunakan masa Perhimpunan Gerakan Mansuh Judi pada 3 Julai 2010 nanti di Kuala Lumpur. Ini yang dinamakan Killing Two Birds With One Stone.

Contoh versi poster di http://badarsdar.wordpress.com/2010/06/24/fight-israel-free-al-aqsa-fifa-2010/

Contoh versi t-shirt di http://www.xabcx.co.cc/2010/06/fight-israel-free-al-aqsa-fifa.html

20100624

Konvensyen Falak N.Sembilan 2 ke 4 Jul 2010


KONVENSYEN FALAK NEGERI SEMBILAN 2010
Tema : Bersama Menerokai Kebesaran Ilahi
Tarikh : 2 ke 4 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 11 malam
Tempat : Sek Men Keb Agama Syeikh Haji Mohd Said, Seremban

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan http://www.muftins.com

AKTIVITI MENARIK :
Pertandingan Teknologi Roket Sasaran dan Payung Terjun
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Pemeriksaan Kesihatan
Pertandingan Pidato mengenai Astronomi
Kuiz Manhaj Fiqh al-Shafie
Pertandingan Bercerita
Pameran oleh Agensi Kerajaan
Pameran Teleskop
Pameran Model Jam Matahari
Pameran Model Sistem Solar
Pameran Model Tongkat Istiwa
Pameran Foto Panorama Fenomena Alam
Semakan Tarikh lahir Miladi kepada Hijriah

Sumber : http://krewpaginfm.blogspot.com/2010/06/hebahan-radio-malaysia-negerifm-acara.html


Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 3,
Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427

Bahagian Falak,Sumber Maklumat dan Rundingcara Aqidah Islamiyah
Ustaz Ahmad Zaki Haji Hamzah
Pegawai Hal Ehwal Islam
Emel : ustazaki@muftins.gov.my

YB Ir Nizar Jamaludin di Seremban 29 Jun 2010



CERAMAH MOBILISASI MEMBANTAH JUDI
Tarikh : 29 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Penceramah :
YB Ir Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Chegubard
Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat
Aiman Athirah Al Jundi , EXCO Muslimat PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Solat Gerhana Bulan 26 Jun 2010 Padang MPS Seremban


Sabtu 26 Jun 2010 akan berlaku gerhana bulan antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam. Pada waktu yang sama akan diadakan Perhimpunan Besar Guru seluruh N.Sembilan di padang MPS, Seremban. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri mengadakan Program Solat Gerhana Bulan di Padang MPS atau Masjid Negeri. Jabatan Mufti Negeri Sembilan boleh mengambil inisiatif memasang teropong untuk orang ramai menyaksikan gerhana bulan dengan lebih dekat di padang MPS.

Menurut Hadith perkara yang sepatutnya dilakukan apabila melihat gerhana bulan ialah berdoa, bertakbir, solat dan sedekah.

Elok juga dilancarkan Tabung Kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza pada malam tersebut.

Parti-parti politik (UMNO, PAS, PKR) yang majoriti ahlinya umat Islam, NGO-NGO, masjid dan surau pun eloklah menyeru semua ahli dan jemaah mereka mengadakan solat sunat gerhana bulan.

****************************
Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508053

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Sumber : http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

20100623

Restoran mesti dilawati di Batu Kikir



Kebiasaannya apabila kami sekeluarga kembali dari percutian di Teregganu pulang ke Negeri Sembilan kami akan berhenti rehat di Kuantan atau Bandar Muadzam. Tak terfikir pula nak berhenti rehat di Batu Kikir , Jempol , N.Sembilan mungkin dah nak sampai Seremban agaknya.

Percutian yang baru lalu kami ubah selera, cuba cari tempat lain. Lalu kami berhenti di bangunan baru dua tingkat iaitu Arked MARA pekan Batu Kikir. Ada satu kedai coner lot tingkat bawah yang menjual kek, bakeri, laksa, rojak, roti bakar, ABC dan macam-macam lagi.

Lupa dah nama kedainya. Kedai kecil sahaja, kerusi pun tak sampai 20, tetapi bersih, dan terpampang di dinding kedai tersebut mendapat anugerah penyewa terbaik MARA seluruh N.Sembilan pada tahun 2008.

Suasana santai, ada gerai goreng pisang di hadapan kedai, ada gerai penjaja di seberang jalan. Arked MARA ni kalau dari Seremban sebelah kanan jalan sebelum Balai Polis, kalau dari Kuantan sebelah kiri jalan. Banyak juga kedai-kedai menarik di pekan Batu Kikir ni.

Kami semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan terutama laksa dan rojak, selera kampung.

Lepas makan, singgah solat Asar tidak jauh dari Arked MARA, tak sampai 100 meter rasanya, masjid baru di Taman Anggerik. Masjid juga selesa, banyak tempat parking, anak-anak sempat main bola dan badminton lagi hilang tension jalan jauh.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia ini. Kitalah kena hargai tempat kita sendiri. Media pun kenalah main peranan promosi tempat sendiri. Pemimpin pun kenalah menikmati keindahan tempat sendiri, ianya jauh lebih baik di negara luar.

Kalau kita tak hargai tempat kita sendiri yang dikurniakan Allah, siapa lagi ?

BATU KIKIR , JAMBATAN BOSI

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan


Akhir-akhir ini beberapa buaya kelihatan di pantai Melaka dan Negeri Sembilan. Adakah habitat mereka di Sungai Linggi diceroboh atas nama pembangunan, kerja penambakan atau perlombongan pasir ? Tidak mustahil buaya-buaya di Sungai Linggi ini akan mengganas dan menyerang manusia. Satu kajian harus dilakukan di sepanjang Sungai Linggi dan beberapa sungai lain di Melaka dan Negeri Sembilan untuk menilai kemusnahan dan pencerobohan habitat buaya.

Kisah kemunculan buaya-buaya di pantai Melaka dan Negeri Sembilan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

************************

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan

KOTA KINABALU, 23 Jun 2010 (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pembangunan yang tidak mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar menyebabkan berlakunya kejadian buaya menyerang manusia.

Beliau berkata walaupun jumlah buaya meningkat, terutama di Sabah, sumber makanan mereka telah habis, menyebabkan berlaku serangan terhadap manusia.

"Habitat mereka telah diganggu. Sungai telah dimusnah. Apabila haiwan yang menjadi makanan buaya tiada lagi di kawasan mereka mencari makan, buaya akan menyerang apa sahaja yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Antarabangsa Konflik Manusia-Buaya di sini pada Rabu.

Masidi berkata pemaju mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu mengambil kira kesan projek mereka terhadap hidupan liar.

Sementara itu, Pengaran Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Sabah Dr Laurentius Nayan Ambu berkata terdapat antara 12,000 hingga 15,000 buaya di Sabah, semuanya spesis buaya tembaga.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508070

Pustaka Iman Online Bookstore


Pustaka Iman adalah sebuah 'online bookstore' yang menjual pelbagai jenis buku bercorak Islami, merangkumi buku-buku dakwah & harakah, fiqh, novel Islami, novel sejarah Islam, rumahtangga, kekeluargaan, motivasi dan pelbagai lagi.

Pustaka Iman menjual buku-buku terbitan PTS, Pustaka Fajar, Pustaka Salam, pelbagai penerbit di Indonesia dan banyak lagi.

Pustaka Iman menawarkan khidmat penghantaran PERCUMA untuk pembeli-pembeli di sekitar Seremban. Kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan juga akan dipertimbangkan.

Layari http://pustakaiman.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut dan senarai buku-buku yang dijual.

Untuk pertanyaan atau penempahan buku, sila hubungi: pustakaiman@gmail.com

20100622

Dari Seremban ke Gaza 10 Julai 2010

CERAMAH SAMBUTAN ISRA MIRAJ
Tajuk : Dari Seremban ke Gaza
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 mlm (Selepas Maghrib)
Penceramah : Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang , N.Sembilan

MAKLUMAT AQSA SYARIF
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/



Aqsa Syarif ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.

Pelajar SRIAS Seremban cemerlang UPKK Kebangsaan


Antara calon yang mendapat anugerah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) peringkat kebangsaan 2009 ialah pelajar Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS http://srias-saidiyyah.blogspot.com/ ), Seremban iaitu adik Farzana binti Omar.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Najib pada 15 Jun 2010.

Sumber : http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/06/anugerah-pelajar-cemerlang-upkk.html

20100621

Wakil rakyat kita tahu kerja ke tidak ?


Adakah wakil rakyat kita samada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri tahu apa tugas dan tanggungjawab mereka ?

Adakah rakyat pula faham apa tugas dan tanggungjawab wakil rakyat ?

Kekecohan politik di Malaysia terutama orang Melayu ialah akibat dari tiada panduan khusus apa bidang tugas seorang wakil rakyat.

Yang rakyat tahu , kalau ada masalah jumpa wakil rakyat. Walhal kadang-kadang sesuatu masalah itu lebih cepat diselesaikan kalau rakyat berhubung terus dengan agensi kerajaan.

Nak derma jumpa wakil rakyat, nak minta duit jumpa wakil rakyat, nak buat program jumpa wakil rakyat.

Apa elaun wakil rakyat ni RM 100,000.00 ke sebulan ? Guru besar lagi tinggi gaji dari wakil rakyat, pegawai bank lagi tinggi gaji dari wakil rakyat, jurutera kilang lagi tinggi gaji dari wakil rakyat.

Kerajaan , parlimen , dewan undangan negeri , televisyen , radio dan akhbar harus memberi penerangan kepada rakyat , apa sebenarnya bidang tugas seorang wakil rakyat , berapa gaji wakil rakyat dan sebagainya.

Tapi sebelum beri pemahaman kepada rakyat, wakil rakyat kita tahu ke apa kerja mereka ?

Di bawah ini adalah pandangan peribadi saya bidang tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat :

1. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan , sekiranya kerajaan negeri memberi peruntukan untuk menyediakan pusat khidmat masyarakat. Jika tiada peruntukan bolehlah jadikan mana-mana tempat awam, masjid atau surau sebagai tempat bertemu dengan masyarakat dan mendengar masalah mereka.

2. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

3. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

4. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

5. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

6. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

7. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

8.Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

************************
Role of Canadian Members of Parliament

Representing Constituents in Parliament
Members of parliament represent the regional and local concerns of the constituents in their ridings (also called electoral districts) in the House of Commons. Members of parliament solve problems for constituents on a wide variety of federal government matters - from checking on individual problems with federal government departments to providing information on federal government programs and policies. Members of parliament also maintain a high profile in their ridings and take part in local events and official functions there.

Making Laws
While it is public servants and cabinet ministers who have direct responsibility for drafting new legislation, members of parliament can influence legislation through debates in the House of Commons and during all-party committee meetings to examine legislation. Even though members of parliament are expected to "toe the party line," both substantive and fine-tuning amendments to legislation are often made at committee stage. Votes on legislation in the House of Commons are usually a formality following party lines, but can be of significant strategic importance during a minority government. Members of parliament can also introduce legislation of their own, called "private members bills," however it is rare that a private members bill passes.

Watchdogs on Government
Canadian members of parliament can influence federal government policy by participating in House of Commons committees which review federal government department activities and spending, as well as legislation. Government members of parliament also raise policy issues in caucus meetings of members of parliament of their own party and can lobby cabinet ministers. Members of parliament in opposition parties use the daily Question Period in the House of Commons to raise issues of concern and bring them to the attention of the public.


Party Supporters
A member of parliament usually supports a political party and plays a role in the operation of the party. A few members of parliament may sit as independents and do not have party responsibilities.

Offices
Members of parliament maintain two offices with corresponding staff - one on Parliament Hill in Ottawa and one in the constituency. Cabinet ministers also maintain an office and staff in the departments for which they are responsible.

http://canadaonline.about.com/cs/parliament/a/rolemps.htm

Peguam pun bunuh diri di Malaysia ?


Peguam bukannya orang miskin atau merempat. Tapi ada juga peguam yang bunuh diri. Kenapa ye ? Makin teruk dan kritikal masalah bunuh diri di Malaysia, ianya adalah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung. Kenapa tiada usaha yang bersungguh-sungguh dari kerajaan, parti politik, pendakwah dan orang ramai untuk membendung gejala bunuh diri di Malaysia ?

Tahu atau tidak 10% rakyat Malaysia menghadapi masalah mental iaitu setiap 10 orang ada seorang yang ada masalah mental.

Lagi ramai yang mati disebabkan oleh bunuh diri daripada disebabkan oleh Denggi dan H1N1, tetapi kenapa tiada kempen mencegah bunuh diri ?

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Sumber http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Khutbah Jumaat harus mengulas isu ini sebaik mungkin !

***************************
Terjun selepas makan bersama isteri

Harian Metro 21 Jun 2010

GEORGETOWN: “Dia mungkin tertekan dengan kerjayanya hingga sanggup berbuat demikian,” kata seorang kenalan rapat seorang peguam, ******, 66, yang ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Larut, kelmarin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai masalah peribadi mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, mayat pemilik firma guaman ****** itu ditemui tertiarap di lorong belakang hotel itu dengan lengkap berpakaian pejabat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang menikmati hidangan makan tengah hari bersama isteri yang dikahwini dua tahun lalu di hotel berkenaan.

Beliau berkata, mangsa kemudian memaklumkan kepada isterinya mahu ke tandas dan selepas itu tidak muncul menyebabkan isterinya curiga lalu ke tandas hotel itu dan mendapati suaminya tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bawah hotel.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan siasatan awal polis mendapati tidak wujud unsur jenayah serta kematian mangsa disifatkan sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peguamterjunselepasmakanbersamaisteri/Article