KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100621

Peguam pun bunuh diri di Malaysia ?


Peguam bukannya orang miskin atau merempat. Tapi ada juga peguam yang bunuh diri. Kenapa ye ? Makin teruk dan kritikal masalah bunuh diri di Malaysia, ianya adalah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung. Kenapa tiada usaha yang bersungguh-sungguh dari kerajaan, parti politik, pendakwah dan orang ramai untuk membendung gejala bunuh diri di Malaysia ?

Tahu atau tidak 10% rakyat Malaysia menghadapi masalah mental iaitu setiap 10 orang ada seorang yang ada masalah mental.

Lagi ramai yang mati disebabkan oleh bunuh diri daripada disebabkan oleh Denggi dan H1N1, tetapi kenapa tiada kempen mencegah bunuh diri ?

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Sumber http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Khutbah Jumaat harus mengulas isu ini sebaik mungkin !

***************************
Terjun selepas makan bersama isteri

Harian Metro 21 Jun 2010

GEORGETOWN: “Dia mungkin tertekan dengan kerjayanya hingga sanggup berbuat demikian,” kata seorang kenalan rapat seorang peguam, ******, 66, yang ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Larut, kelmarin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai masalah peribadi mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, mayat pemilik firma guaman ****** itu ditemui tertiarap di lorong belakang hotel itu dengan lengkap berpakaian pejabat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang menikmati hidangan makan tengah hari bersama isteri yang dikahwini dua tahun lalu di hotel berkenaan.

Beliau berkata, mangsa kemudian memaklumkan kepada isterinya mahu ke tandas dan selepas itu tidak muncul menyebabkan isterinya curiga lalu ke tandas hotel itu dan mendapati suaminya tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bawah hotel.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan siasatan awal polis mendapati tidak wujud unsur jenayah serta kematian mangsa disifatkan sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peguamterjunselepasmakanbersamaisteri/Article

Tiada ulasan: