KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100605

Sekolah Malaysia macam ikan sardin


Tak tahulah politik di Malaysia ini. Kata semuanya perjuang nasib rakyat. Rakyat DiDahulukanlah , Pakatan Rakyatlah. Tapi jarang masalah sebenar rakyat di bincang di Dewan Rakyat. Sekarang ini masalah pelajar di kawasan bandar nak belajar , sekolah tak nak terima kerana kelas dah padat macam ikan sardin.

Dikhabarkan kepada saya ada sekolah di kawasan Seremban, Mantin dan Nilai tidak dapat menerima kemasukan pelajar kerana dah padat sekolah tersebut, sampai 50 orang satu kelas. Ada pelajar dah berminggu-minggu tak boleh daftar masuk sekolah kerana memang dah padat sangat kelas.

Apa ahli politik kerajaan dan pembangkang terlepas pandang ke isu ini ? Pelajar tersebut ialah rakyat kita, bukan rakyat asing. Pelajar tersebut ialah anak orang UMNO, anak orang PAS , anak orang PKR.

Takut sangat ke nak bincang isu macam ni dalam Dewan Rakyat atau DUN, atau sengaja tak nak ambil tahu ?

Sampai bila sekolah baru nak siap , sekolah yang sepatutnya dah lama siap, masih lagi menumpang di sekolah lain.

Tahun depan makin kritikal, akan berlaku banyak lagi limpahan pelajar.

Tak payahlah nak bincang isu Sekolah Berprestasi Tinggi ke , Sekolah Kluster ke , Sekolah Wawasan ke , Program Permata Pintar ke. Masalah kelas padat, sekolah tumpang, pelajar tak boleh daftar, pelajar dah sekolah menengah pun tak tahu menulis , membaca dan mengira , pelajar ponteng , pelajar sekolah rendah hisap rokok dan pelbagai lagi masalah lain. Selesaikanlah dulu masalah yang ini juga.

Berbalik kepada Sekolah Malaysia kelasnya dah jadi macam ikan sardin dalam tin.

Ambillah langkah segera , jangka pendek dan jangka panjang. Antaranya :

1. Pastikan pembinaan sekolah baru yang dirancang ikut jadual.
2. Tambah pembinaan sekolah baru
3. Galakkan ibu bapa tinggal di kawasan kampung, luar bandar, kawasan Felda di mana sekolah tidak padat.
4. Galakkan pelajar tinggal bersama datuk dan nenek di kampung dan luar bandar yang sekolahnya tidak padat, atau tinggal di asrama luar bandar
5. Sewa premis kedai untuk bangunan sementara sekolah, terutama premis kedai yang terbengkalai yang cukai pintu dah lama tak bayar.
6. Memberi subsidi, insentif dan sebagainya kepada sekolah swasta sedia ada dan sekolah swasta yang akan dibuka
7. Mengadakan pengajian on line kepada pelajar yang menunggu untuk ditempatkan ke mana-mana sekolah.

Kisah sebelum ini sekolah di Johor tak siap-siap sejak tahun 2004 di http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

Kisah sebelum ini Guru baiki kelas duit sendiri, kerajaan tak de duit di http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html

Tiada ulasan: