KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100615

Bunuh diri dengan keretapi ?



Adakah ini satu lagi kes bunuh diri ? Marilah kita bersama meningkatkan amal ibadah kita, menjaga diri dan keluarga kita. Prihatin dan ambil berat akan jiran tetangga dan sanak saudara. Semua pihak tolonglah ambil berat perkara ini, banyakkanlah usaha dakwah, nasihat menasihati, kurangkan perkara yang melalaikan.

Bunuh diri adalah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung, faktanya di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Kita semua adalah bersaudara, dari bapa yang sama iaitu Nabi Adam as.

**************************

Nota dalam tangan mayat kena gilis

Harian Metro 15 Jun 2010

BUKIT MERTAJAM: “Sha...012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati...,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.

Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.

Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.

Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.

Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.

“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.

“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, xxxxxx, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

“Wanita itu mengakui dia memutuskan hubungan mereka tetapi lelaki itu tidak bersetuju, malah minggu lalu, dia (si mati) sanggup mengelar badan di depan wanita berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Notadalamtanganmayatkenagilis/Article

1 ulasan:

zeeda berkata...

it is an actual malice and is about to sue them for defamatory statement. Police report has been lodged with the case against the publisher (harian metro)..and is ready to appoint lawyer if publisher failed to retract the article.