KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100602

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak kanak


Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak-kanak, Kata Pakar

MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) -- Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=502911

Tiada ulasan: