KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100607

Mana POLIS, Mana JPJ di Senawang ?


MANA POLIS , MANA JPJ , MANA IBU BAPA ? Pemandangan pelajar sebuah sekolah di sini menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semakin berleluasa dan menjadi perkara biasa. Majoriti penduduk menyifatkan keadaan ini sebagai membahayakan pelajar dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa.

Artikel Pandu bawah umur, Melayu dah pekak, buta, bisu http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

*********************
TAK SAYANG NYAWA

IBU BAPA, SEKOLAH PERLU BENDUNG PELAJAR TAK PAKAI TOPI KELEDAR

Berita Harian 7 Jun 2010

SENAWANG: Pemandangan pelajar sebuah sekolah di sini menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semakin berleluasa dan menjadi perkara biasa walaupun mereka berisiko mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian kepala jika terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang di sini sepanjang minggu lalu mendapati kebanyakan pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

Sikap generasi muda ini juga mungkin hasil ‘didikan’ ibu bapa sendiri yang turut mengabaikan keselamatan apabila menghantar dan mengambil anak di sekolah dengan motosikal tanpa bertopi keledar.

Difahamkan antara punca keadaan ini berlaku adalah kerana mereka tinggal di kawasan perumahan berdekatan menyebabkan topi keledar dianggap sebagai menyusahkan sedangkan jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh. Ibu bapa juga tidak begitu mengambil berat terhadap pemakaian topi keledar, malah dianggap sebagai perkara kecil.

Bagaimanapun, majoriti penduduk menyifatkan keadaan ini sebagai membahayakan pelajar dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa.

Jamilah Osman, 55, berkata bilangan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah semakin ramai, tetapi kebanyakan mereka tidak mementingkan keselamatan diri.

Katanya, keadaan itu juga mungkin berlaku kerana faktor usia yang muda dan mungkin tidak mempunyai lesen memandu menyebabkan undang-undang jalan raya dipandang mudah.

“Saya juga menyalahkan sikap ambil mudah ibu bapa yang sepatutnya memastikan anak menggunakan topi keledar. Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana walaupun jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh,” katanya.

Beliau mencadangkan pihak sekolah mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak menggunakan topi keledar serta memastikan setiap pelajar terbabit mempunyai lesen memandu yang sah dan dilindungi insurans.

V Saravathi, 43, turut kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak menggunakan topi keledar kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada generasi muda, terutama anak mereka sendiri.

“Saya sering melihat ibu bapa membiarkan anak menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan mungkin juga tanpa lesen memandu.

“Malah, mereka sendiri tidak memakai topi keledar. Ini yang menyebabkan kebanyakan pelajar terbabit bersikap acuh tidak acuh untuk menggunakan topi keledar dan tidak peduli teguran pihak lain, termasuk guru kerana ibu bapa sendiri tidak marah atau menegur mereka,” katanya.

Katanya, ibu bapa terbabit tidak sepatutnya membiarkan perkara itu kerana pemakaian topi keledar bukan sekadar untuk mematuhi undang-undang tetapi menjaga keselamatan pengguna.

Pelajar, Nur Athirah Ibrahim, 16, berkata ramai rakannya menunggang motosikal ke sekolah tanpa memakai topi keledar kerana rumah berdekatan sekolah.

“Sekolah ini terletak di kawasan perumahan menyebabkan mereka malas memakai topi keledar. Saya tidak berani menegur kerana itu adalah hak masing-masing, tetapi ibu bapa dan sekolah perlu prihatin terhadap masalah ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dengan melakukan pemeriksaan mengejut serta menyaman pelajar terbabit serta mengadakan kempen penerangan di sekolah dari semasa ke semasa.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Taksayangnyawa/Article

1 ulasan:

madbi berkata...

senario ini bukan terjadi di ns sahaja, malahan boleh dikatakan disemua negeri. memang kalau diperhatikan ada kewajarannya polis atau pihak yang berkuasa mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid sekolah yang menggunakan motorsikal untuk pergi dan balik kesekolah. rasanya undang undang sedia ada sudah cukup untuk mengenakan tindakan kepada penunggangh yang terbabit. masaalahnya penguatkuasaan undang2 yang lemah. pdrm jangan marah kalau dikatakan tak buat kerja dan makan gaji buta. masa banyak terbuang dikedai kopi dan ronda2 mengabiskan minyak. sepatutnya buat la rondaan ketika murid pergi dan balik sekolah, tengok apa dan macamana cara mereka menunggang. dengan tak memakai topi kledar,tanpa lesen memandu dan membawa pembonceng. segelintir tu pulak berlagak samseng, menyusahkan dan membahayakan pengguna jalanraya lain. sepatutnya pdrm mengambil tindakan menyaman atau menembak saja mereka ini sebelum ianya melibatkan pengguna yang tak pasal pasal kena tanggung bermacam kerugian termasuk kemungkinan masuk penjara disebabkan kemalangan dengan murid tersebut. saya yakin murid yang memandu kesekolah kebanyakannya tak memiliki lesen dan bersikap kurang ajar ketika memandu kerana saya setiap hari berhadapan dengan situasi tersebut dan beberapa kali dicabar oleh 'setan kecil' ini. kalau ikutkan hati, memangla setan tersebut tidur bawah kereta, tapi tak taula sampai bila boleh sabar dengan keadaan ini....