KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100619

Adakah majikan anda mencarum KWSP anda ?


Majikan yang tidak mencarum KWSP anda setiap bulan boleh didenda sehingga RM 10,000.00 untuk setiap kesalahan untuk setiap pekerja. Hak anda sebagai pekerja untuk menyemak caruman KWSP anda yang mudah sekarang ini di kebanyakan bank atau di internet atau di pejabat KWSP.

Bantulah saudara mara , jiran tetangga juga kenalan anda yang kurang faham hak mereka sebagai pencarum KWSP.

*****************
Tarikh: 18 Jun 2010

Enam Juta Penyata Kira-Kira KWSP 2009 Selesai Diedarkan Kepada Ahli

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah selesai mengedarkan 6.33 juta penyata kira-kira ahli untuk tahun 2009 sebagai sebahagian daripada usaha untuk memaklumkan ahli status simpanan mereka di KWSP.

Selain daripada penyata kira-kira yang dihantar terus ke alamat kediaman, ahli juga boleh menyemak penyata mereka melalui Kios KWSP menggunakan MyKad dan imbasan cap ibu jari. Kios ini terdapat di cawangan-cawangan KWSP dan premis-premis tertentu seperti Institut Jantung Negara, Ibu Pejabat Permodalan Nasional Berhad, cawangan terpilih RHB Bank, RHB Islamic Bank, AmBank, CIMB Bank, Citibank, Public Bank dan HSBC Bank.

Sebagai alternatif, ahli boleh menyemak dan mencetak penyata kira-kira menerusi i-Akaun. Ahli juga boleh mendapatkan penyata di mana-mana cawangan KWSP dengan hanya mengemukakan MyKad mereka. Atas sebab keselamatan simpanan, ahli tidak dibenarkan untuk mendapatkan penyata kira-kira melalui telefon.

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3271

43(2) Mana-mana majikan yang gagal dalam tempoh 15 hari membayar kepada Lembaga KWSP caruman bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dalam mana-mana bulan. Penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2employers&pg=bm_p2employers_empguide&ac=432

Tiada ulasan: