KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100617

Bunuh diri di Malaysia menjadi jadi


Adakah ini satu lagi kejadian bunuh diri ? Nampaknya gejala bunuh diri ini tidak mendapat perhatian semua pihak untuk bertindak. Masjid dan surau masih lesu. Dengan kehangatan isu Gaza , jemaah masjid dan surau masih boleh dibilang dengan jari. Ruangan agama di tv dan radio dikesampingkan. Piala Dunia lebih utama. Khutbah Jumaat membosankan. Isu politik , tarikh pilihanraya, pembangunan, pembangunan lebih utama.

Tapi rakyat terus merana, tersesat, terumbang ambing. Ini yang dilaporkan, berapa banyak lagi yang tidak dilaporkan ?

Analisis gejala bunuh diri di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

************************
Malang lelaki suka berkurung

Harian Metro 17 Jun 2010

KOTA BHARU: Seorang isteri yang pulang ke rumah untuk menghantar sebungkus nasi kepada suaminya, terperanjat apabila mendapati lelaki berkenaan sudah tidak bernyawa dengan leher terjerut dengan getah paip di rumah mereka di ***********, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Nor****** , 37, berkata suaminya, Mohd ******* , 36, baru saja empat hari pulang dari urusan kerja di Pahang dan sejak itu dilihat sering bersendirian di bilik tidur.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan suaminya itu ketika Maghrib kelmarin, memandangkan mangsa sering berkurung di dalam bilik.

“Sebelum kejadian, saya keluar bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah kedai makan berhampiran kira-kira jam 9 pagi.

“Sebaik pulang ke rumah pada tengah hari, saya terkejut apabila mendapati kakinya terjuntai dalam sebuah bilik di rumah kami.

“Saya sempat melihat lehernya terjerut dengan getah paip dan kakinya seperti terbelit dengan seutas rantai yang mungkin baru dibelinya kelmarin,” katanya.

Menurut Nor*****, suaminya yang berasal dari *************, Bachok sudah lama bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pahang.

Katanya, suaminya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan jika pulang, dia lebih suka mengasingkan diri di dalam bilik.

“Memang kejadian ini tidak dijangka kerana saya tidak pernah berselisih faham dengannya.

“Saya masih ingat beberapa hari lalu dia ada menyerahkan wang RM30 kepada saya untuk belanja dapur.

“Cuma yang menghairankan saya ialah sikapnya yang suka berkurung berseorangan di dalam bilik,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki bersama arwah iaitu Mohd ******, 9 tahun.

Sementara itu, sumber polis memberitahu siasatan awal pihaknya mendapati kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa membabitkan unsur jenayah.

Katanya mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, untuk bedah siasat lanjut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Malanglelakisukaberkurung/Article

Tiada ulasan: