Dalam perjalanan pulang dari KL
sebentar tadi, ketika sedang beratur untuk bayar tol di Plaza Tol
Senawang kedengaran dari belakang bunyi siren ambulan. Ingatkan
ambulan ni akan lalulah laluan Touch & Go ke laluan Smart Tag ke
atau laluan Motosikal, sebab laluan tersebut kosong. Rupanya ambulan
tadi terpaksa beratur menunggu giliran di laluan Tiket.
Saya tak pasti samada ambulan pun perlu
bayar tiket tol atau laluan Smart Tag atau Touch & Go tidak dapat
dilalui ambulan dalam kecemasan jika tak ada kad Smart Tag atau Touch
& Go.
Bayangkan macamana agaknya jika laluan
Tiket tadi sesak teruk dan mangsa kemalangan dalam keadaan kritikal,
dimana lambat 1 minit mungkin boleh menyebabkan kematian.
Selepas membayar tol, memang benar
ambulan tadi sedang dalam kecemasan. Ada kemalangan di simpang tiga
di Seremban Jaya berhampiran Tesco.
Kalau ambulan pun kena beratur di plaza
tol, bagaimana pula bomba yang dalam perjalanan memadam kebakaran?
1 ulasan:
Ikut pengalaman, mmg x bayar tol. Laluan mmg ikut laluan tunai. lepas tu, jurutol bg lepas.
Catat Ulasan