KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131229

Banjir, musibah dari Allah tidak boleh diramal


Bukan main lagi media mengatakan akan berlaku banjir gelombang kedua di pantai timur. Persoalannya kenapa tidak dapat diramal banjir gelombang pertama sebelum ini? Ketika media dan rakyat bersedia menghadapi banjir gelombang kedua di pantai timur, Allah mengirimkan hujan ke Sarawak. Marilah kita banyakkan bertaubat, lebih-lebih lagi menjelang detik 12 tengah malam 31 Disember 2013 ini. Detik di mana ramai manusia seluruh dunia meraikan dengan hiburan yang melalaikan.

EMPAT BAHAGIAN DI SARAWAK DILANDA BANJIR
29 Dis 2013

KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. - Bernama

Tiada ulasan: