Rugi siapa yang melawat Kuala
Terengganu tak naik bot penambang. Tambangnya teramatlah murah
rasanya di Malaysia, RM1 je. Dahlah tambangnya murah, botnya pula
mengembalikan nostalgia tahun 80an dan 70an dengan bot kayu dan bunyi
enjin bot macam motosikal Harley Davidson. Bot beginilah yang
dicari-cari oleh pelancong asing.
Mereka yang nak naik bot penambang ini
boleh cari jeti berhampiran dengan Pasar Payang. Lagi menarik tiada
kaunter jualan tiket dan tiada tempat menunggu khas. Cuma duduk
sahaja atas bangku di jeti beratapkan langit atau pokok kelapa.
Memang menarik.
Kemudian dengan bayaran RM1 boleh
merentasi Sungai Terengganu menuju ke jeti Seberang Takir. Bayar di
jeti Seberang Takir.
Apa yang menariknya mereka dari Gong
Badak atau Kota Bharu tak perlu susah-susah cari tempat letak kereta
di Pasar Payang. Letak saja kereta di jeti Seberang Takir dan naik
bot penambang ke Pasar Payang.
Mereka yang melancong ke Kuala
Terengganu jangan lepaskan peluang naik bot penambang yang susah nak
dapat di Melaka, N.Sembilan, Johor, Perak dengan bayaran terlalu
murah RM1 je.
Hairan kenapa kerajaan negeri
Terengganu, TV3, TV1, Utusan Malaysia tak promosi betul-betul
pelancongan bot penambang yang murah dan penuh nostalgia ini ????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan