KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131219

Judi dan Melayu tidak dapat dipisahkan, kita perlu banyak bertaubat


Nampaknya aktiviti judi dan Melayu sudah menjadi sinonim sekarang ini. Contohnya di Senawang ini yang menjadi kawasan bala wabak denggi pada ketika ini. Sesiapa yang pergi ke pekan Senawang pada hari tertentu pasti akan nampak ramai orang Melayu melepak kerana di sini ada kedai judi berlesen. Kalau kita hampiri mereka, antara isu bualan mereka ialah nombor ekor.

Tak cukup dengan kedai judi berlesen, ditambah pula dengan pusat judi internet yang tumbuh macam cendawan. Tak cukup dengan pusat judi internet, ada pula sekarang ini judi ekor tidak berlesen datang ke taman-taman perumahan yang pelanggannya majoriti ialah orang Melayu.

Marilah kita banyakkan bertaubat dan beristighfar agar ALLAH tidak turunkan lebih banyak bala lagi. Arahan taubat dengan taubat nasuha ini bukan untuk orang Islam kebiasaan sahaja, tetapi untuk orang Islam yang beriman. Sebab apa ALLAH suruh orang beriman bertaubat dengan taubat nasuha? Adakah mungkin kerana orang beriman ini hanya sibuk beribadah di masjid tetapi tidak turun padang beri nasihat pada orang Islam dan orang bukan Islam, antaranya mereka yang berjudi? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang - (Al-Maaidah 5:91)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai - (At-Tahriim 66:8)

Tiada ulasan: