Alhamdulillah tempat kerja saya pun menjayakan Program
Kembali Ke Sekolah. Harap semua syarikat dan agensi kerajaan, terutamanya yang
orang atasannya beragama Islam lebih prihatin akan kebajikan ahli keluarga
pekerja mereka sendiri. Begitu juga pihak masjid dan surau, terutama masjid dan
surau yang ada wang simpanan dalam bank berpuluh ribu atau ratusan ribu ringgit
juga boleh menjayakan program ini untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berkasih
sayang tanpa batasan agama, bangsa dan politik.
Berikut surat edaran oleh pihak majikan saya ;
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH
???? bercadang untuk membantu pekerja ???? yang memerlukan
barangan sekolah seperti beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Bantuan ini
adalah khas untuk mereka yang tidak mampu untuk membeli barangan tersebut.
Pemberian barangan tersebut adalah mengikut keperluan individu.
Jika anda memerlukan bantuan ini, anda boleh memohon secara
bertulis dengan memberi maklumat yang dikehendaki di bawah. Setelah menerima ke
semua permohonan, pihak kami akan menilai dan memilih mereka yang layak untuk
menerima bantuan ini.
Program ini adalah khas untuk barangan sekolah sahaja.
Maklumat yang di perlukan:
1. Apakah barangan yang anda perlukan untuk anak anda?
2. Mengapa anda perlukan bantuan ini?
3. Maklumat pasangan, jika suami/isteri berkerja sila beri
maklumat pekerjaan dan gaji
4. Jumlah bilangan anak & maklumat anak-anak (Jantina /
umur / maklumat persekolahan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan