Di dalam al Quran ada kisah Zulkarnain,
seorang raja yang soleh yang amat mahir dalam ilmu peperangan dan
pembuatan senjata yang telah mengurung kaum Yakjuj dan Makjuj dengan
izin Allah. Zulkarnain telah mencipta aloi yang amat kuat yang hingga
kini saintis belum dapat menjumpai formulanya. Aloi besi dan tembaga
adalah aloi metastabil, iaitu dua logam ini tidak boleh bercampur
pada keadaan biasa.
Aloi ini hanya boleh dihasilkan pada
ketinggian aras laut yang tertentu pada suhu yang tertentu dan suhu
panas besi yang tertentu dan suhu tembaga yang tertentu, kerana tahap
lebur tembaga adalah jauh lebih rendah dari tahap lebur besi.
Aloi tembaga besi yang dihasilkan
Zulkarnain ini jika dapat dijumpai formulanya pada waktu ini akan
menjadi idaman pembuat kereta kebal. Ini adalah kerana pembuat kereta
kebal pada ketika ini pening kepala kerana besi kereta kebal boleh
dengan mudah ditembusi oleh peluru RPG atau bom IED.
Mitos mengatakan Zulkarnain mempunya 3
orang putera, seorang memerintah di Syria, seorang di Pagaruyung
(Minangkabau) seorang lagi di Jepun. Ketiga-tiga tempat ini mempunyai
ilmu pembuatan senjata yang tinggi yang menggunakan teknologi nano
dalam menghasilkan pedang dan keris juga senjata api “matchlock”
iaitu “Damascus Steel”.
Kedatangan penjajah barat ke Tanah
Melayu dan Nusantara sebenarnya adalah untuk mencuri teknologi ini
bukannya mencari rempah, menurut setengah pendapat.
Betapa kita lupa sejarah, sampaikan
orang Rembau sendiri tak tahu keturunan mereka berkemungkinan
mempunyai teknologi dari Zulkarnain.
Sesungguhnya Zulkarnain seorang raja
yang soleh, pintar dan hebat. Tapi lebih hebat dan pintar ialah
pencipta Zulkarnain, iaitu Allah Yang Maha Esa.
**************
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan
kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang
perihalnya":
(Al-Kahfi 18:83)
Sehingga apabila ia sampai di antara
dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka
tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di
bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina
sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
Dia menjawab: "(kekuasaan dan
kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari
bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu
beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok
penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi";
sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan
antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan
berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila
ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah
tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok
itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Al-Kahfi 18: 93-97)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan