Sambutan Tahun Baru sepatutnya menginsafkan kita semua
kerana setiap kali kita menyambut tahun baru bermakna baki umur kita semakin
pendek. Masa kita untuk bertaubat, beramal, bersedekah juga semakin pendek
berbanding dengan tahun lepas. Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi, semoga kita
tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH.
KEMPEN JAUHI ZINA SEMPENA TAHUN BARU 2014 SELANGOR
Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu
merupakan antara gandingan yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014
Negeri Selangor.
Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang
Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru
2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti,
lapor Selangor Kini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi
dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari
program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun
Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di
kalangan generasi masa kini.
KONSERT AMBANG 2014 SASAR 500,000 PENGUNJUNG
Kumpulan Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi
Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31
Disember.
Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini
turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj). Presiden PPj Tan Sri Aseh
Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada
semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan