Saya semakin takut dengan ALLAH apabila
ada kenyataan-kenyataan para pemimpin yang begitu yakin akan keadaan
di Malaysia tanpa berserah kepada ALLAH dan kalau pemimpin Islam
keluar kenyataan jarang kita dengan ucapan InsyaALLAH. Tidak sampai
sehari kenyataan tiada pekerja asing merusuh, dengan takdir ALLAH
ianya berlaku. Marilah kita banyakkan bertaubat dan beristighfar, jom
kita serbu masjid untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu serta
ceramah.
Tiada pekerja asing tiru tindakan
merusuh
KUCHING 14 Dis. - Kerajaan yakin tiada
pekerja asing di negara ini berani meniru tindakan merusuh seperti
berlaku di Little India, Singapura baru-baru ini. Menteri Sumber
Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, pihaknya berpuas hati
dengan peranan dan aktiviti pekerja asing di negara ini.
Pekerja ladang serang pasukan polis
15 Dis 2013
Betong: Sekumpulan pekerja warga asing
menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah
ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.
Menurut sumber, polis datang ke ladang
itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing
mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.
Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian
itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati
seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, ketika ini pekerja asing
terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis
Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.
Difahamkan, sepasukan polis dari
Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal
keadaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak,
Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih
belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum
membuat sebarang kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan